Pages

Wednesday, 26 December 2012

Iman Oh Iman ..

Astagfirulahalazim .. Astagfirulahalazim .. Astagfirulahalazim ..

Sampai sudah susah betul nak tidur malam .. 

Kenapa ni .. 

Rasa iman aku sedang menurun laaa .. Allah ..

Tertanya-tanya siapa antara 10 orang yg akan mengulang. Aku ke?

Tertanya-tanya siapa aku bila bersama kawan lama tadi. Boleh ke?

Tertanya-tanya siapa aku untuk memarahi org lain. Layak ke?

Tertanya-tanya siapa di dalam hatinya. Aku ke?

Tertanya-tanya siapa yg dtg dlm mimpi. Dia ke?

Tertanya-tanya siapa yang buat aku begini. Mereka ke?

Semakin banyak pertanyaan dlm hati. Semakin semak pale otak aku ni memikirkan. Semakin banyak fikir. Semakin sesak hati mengundang perasaan. Semakin banyak perasaan yg datang. Semakin susah aku mengawal iman. 

Kata ayah, 
"Itu maknanya iman kau sedang menurun. Semakin dekat kau menghampiri ALLAH, semakin kuat ujian yg akan diberikan. Itu tandanya ALLAH sayangkan kau, dan nak tengok sejauh mana kau mampu berjihad mengawal iman."

Allahuakabar! Aku mohon sgt padamu Ya Allah... Jgn kau jadikan aku hamba yg kufur nikmat. 
Aaaarrrrrrrrrrrrrr .. :'( Astagfirullahalazim..




Tuesday, 25 December 2012

Ya Ukhti

Bismillahirrahmanirrahim,,


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana manjanya nada suaramu.


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.


Namun ukhtiku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
Pada bibirmu yang selalu berzikir,
Pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu,
Pada hatimu yang penuh ramah dan taqwa,
Pada pendirianmu yang tak goyah,memperjuangkan agamamu,
yang semakin hari semakin tenat,kerana madrasah utama ummah,
hilang arah dan tujuan kehidupan.


Ukhtiku Sayang,
Mengapa harus berbangga diri,
Tiada yang tinggal dalam jasadmu,
kecuali rohmu yang suci.
Janganlah engkau kotorkan dengan palitan nafsu.
Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan,
kepada Pemiliknya kelak.


Ukhtiku Sayang,
Sudah engkau menjadi amaran fitnah,
yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu.
Apakah engkau sanggup merealisasikan
sebuah fitnah,
yang mampu menggoncang keimanan
setiap yang bernama lelaki?


Ukhtiku Sayang,
Bukan diskriminasi Tuhan,
yang menciptakanmu sedemikian,
kerana engkau ibarat mutiara yang bernilai.
Yang sewajarnya dijaga rapi setiap ketika.


Selayaknya simpanlah kecantikanmu,
Kepada yang layak engkau pamerkan.
Bahkan pahala yang bakal dikurnia,
Jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya.....




Sunday, 23 December 2012

Aku dan Mati ..

Usai aku menunaikan solat-solat sunat .. Hati berdebar-debar semacam .. Aku sumbatkanlah telinga aku ni dengan alunan zikrullah .. Konon boleh dapat tidur dgn tenang .. Tak jugak makin resah .. Lalu aku menaip mesej pada ayah ibu ku. Jam menunjukkan 2:00 pagi .

"Assalamualaikum. Sebelum along tidur. Along sedaya upaya minta ampun dari Allah. Tapi along lupa nak mintan ampun dari ibu dan ayah. Along minta ampun dari ayah dan ibu dari along lahir sampai sekarang. Syurga along di bawah ayah n ibu. Kalau along tak mampu nak bawa ibu ayah ke syurga, ayah ibu bimbinglah along masuk syurga. Sekalipun tak layak. Samasama lah kita berusaha jgn masuk neraka. Along takut mati. Tapi mati itu pasti. Biar mati dlm iman. Minta ampun sgt pd ibu ayah"

Aku terlelap selepas Subuh. Jam 8:30 pagi aku terjaga. Sesudahnya aku dalam solat Dhuha. Dapat mesej dari ayah.

" InsyaAllah disamping kau mengecapi kejayaan kau, ayah doakan menjadi anak yang soleh. Amiin. "

Hanya tersenyum membalas. Itulah harapan ayah.

"In sha ALLAH. Alg akan berusaha bawak ayah masuk syurga .. Kalau alg tak sempat nak bls jasa ayah kat dunia. Alg akan berusaha bls jasa ayah kat akhirat. Alg akan minta dgn ALLAH tiket tuk ayah masuk syurga"

"Allahuakbar .. tu lah yg dipohon doa. Kpd anak2 harta ayah tak mau. Balek nanti bimbing lah adek2 agar keluarga kita semua dirahmati Allah"

"In sha ALLAH. Doakan along dpt tuntut ilmu agama kat sini. Dlm kelurga mesti ada sorg tahfiz. Kalau angah tak mampu, alg akan berusaha jd hafizah tuk bimbing mereka. Jgn ada antara ahli keluarga kita mati dlm kekufuran. Astagfirullahalazim.. Ayah doa..kanlah along byk2. Doa ayah ibu penting sgt bg along"

"Hafiz diberi syufaat sehingga 400orang tuk dibawa ke syurga. Subhanallah. Malam tadi ayah mimpi melihat bulan dikelilingi byk bintang dan ayat Al Husna berarak langit "

Aku akhiri mesej ayah ..

" Malam td alg tak dpt tdo. Pas solat sunat. Alg dgr zikir. Bilik gelap. Rase sedih. Rasa takut nak menghadapi mati .. Sejak akhir akhir ni asik ingat mati je. Alg takut la yah"


Astagfirullahalazim.. Aku mula membuka laman tanda-tanda kematian 100 hari .. 40 hari .. 7 hari .. 1 hari .. atau saat selepas entri ini dipostkan .. 


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.




Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Saya mahu ..

Saya mahu awak nampak saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu nampak ..
Nampaklah muslimah itu.

Saya mahu awak suka saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu suka ..
Sukalah muslimah itu.

Saya mahu awak rindu saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu rindu ..
Rindulah muslimah itu. 

Saya mahu awak pilih saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu pilih ..
Pilihlah muslimah itu.

Saya mahu awak cari saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu cari ..
Carilah muslimah itu.

Saya mahu awak panggil saya ..
Tapi jika muslimah lain yang awak mahu panggil ..
Panggillah muslimah itu,

Saya mahu awak tunggu saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu tunggu ..

Saya mahu awak cinta saya ..
Tapi jika muslimah lain yang awak mahu cinta ..
Cintailah muslimah itu.

Saya mahu awak sayang saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu sayang ..
Sayangilah muslimah itu.

Saya mahu awak bimbing saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu bimbing ..
Bimbinglah muslimah itu.

Saya mahu awak jaga saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu jaga ..
Jagalah muslimah itu.

Saya mahu awak peristerikan saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu peristerikan ..
Peristerikanlah muslimah itu.




Kerana saya masih gagal meraih cinta Allah, saya gagal meraih diri awak. 
Saya biarkan awak mencari yang terbaik.

Friday, 21 December 2012

Jumaat 21/12/12 ..

Assalamualaikum .. Alhamdulillah .. Banyak .. sangat nak bercerita .. Yang pastinya ALLAH Maha Mengetahui indahnya hati pada hari ini . Dia yang pertama. Dia yg terakhir. Walaupun kawan-kawan semua balik kampung .. Ayah ibu sibuk dengan persiapan pernikahan makcik. Blog jadi peneman aku berkongsi segala cerita hati. Sebab blog tak ada perasaan bosan untuk tahu cerita aku. Namun tidak setanding dan tak akan dibandingkan dengan Pemilik nyawaku yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui segalanya. Malah Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pemberi nikmat.

Jari jemari ni lancar untuk menaip dengan apa yang terjadi . Bermula pada pagi yang mendung redupnya .. Celik mata melihat roomate yang memulakan hari dengan perasaan stress. Yalah. Bila minggu kuliah dah berakhir. Study week pulak menjelma. Then. Faham faham lah.. Zon exam pun bakal bakal menghampiri. Tetapi. Alhamdulillah. Semester ni aku takda paper formal. So aku tak ada exam. Untungnya student seni visual. Tapi nak menyiapkan projek akhir. ALLAH je tahu kesengsaraan aku. Yelah. Aku bukan yang totally gifted berseni macam kosmate aku yang lain. After all that, Alhamdulillah aku dapat jugak settle kannya dalam saat saat akhir. Tinggal untuk dinilai oleh pensyarah luar pada 7hb1 ni . YA ALLAH Kau lembutkan hati mereka agar mereka dapat menerima dan memberi markah yg baik utk kerja akhir ku. Hemmm back to the story .. Tangan aku mencapai henfon Samsung Corby ku yg comel tuh, then mendail nombor UPSI. 

"Helo, Assalamualaikum. Boleh sy bercakap dgn En.Rizman..?"
"En.Rizman keluar, boleh tinggalkan pesanan..?"
"Oh, sy nak tahu keputusan L.I sy ..."

"Oh.. siapa nama cik..?
"Nur Atika Alia"

"Ohh.. cik dapat praktikal sini, kami dah post surat ke fakulti cik"
"Serius..????"
"Eya.. cik dapat."
"Oo Ya Allah. Tq so much!"

..... Aku call ibu.. tak angkat. Aku call ayah, pun tak angkat. Maklumlah, bila dah kat kampung, terbukti rumah kampung lebih indah dari rumah kami. Huhuw. Tak pe. Aku tak ambil hati. Meloncat girang .. ALLAH. Syukur nye aku ke hadratMu. Aku sujud syukur. 

.... Aku bersiap..nak pergi sekolah.. nak minta kepastian dari pihak pejabat.. Aku dapat satu mesej .. Awalnya aku malas nak ambil tahu.. Kalau tak dari Celcom.. Mesti dari ntah ape nombor yg malas nak layan. Maklumlah. Kalau title single nih. Tak perlu harap ada yg mesej. Tapi bile dah balik balik bunyi mesej. Rimas jadinya. Then dengan rela hati mengecheck la sape yg mesej. Dan. Hanya satu mesej yg buat aku tenung lama. Hati dah tak boleh selindung debarnya. YA ALLAH.. Berlagak tenang.

.... Tak ada tempat special nak tunggu, sebab aku pasti kami bukan jumpa lama pun. Aku menuju ke Harris sambil menunggu reply dr dia. Mata aku tertancap satu buku. Baru nak sentuh ada yg menyapa dari belakang..

"Assalamulaikum.."... Ya ALLAH, nasib lah aku tak melatah .. Aku menoleh dengan sepantas kilat, dia hulur pendrive. Aku menadah terima. Dia pergi then aku pun pergi dlm keadaan yg terpingapinga. Terkejut pun belum habis. Jalan menuju ke bustop. Allah .. Pertemuan kami tu macam dua saat je. Dan itu memang pasti lah. Untuk elak gosip katenya. Dah macam kata artis aku rasa. Tapi aku faham. Mungkin dia nak jaga maruah die. Tak mainlaa seorang bakal doktor nak lama lama dgn perempuan biasa mcm aku. Bak kate seorang kawan, " Yelaaa org hot, doktor lagi tu.. Byk sgt peminat.." 

... Aku biarkan kelebihan dia membatasi hubungan kami.. agar aku sentiasa merendah hati utk memiliki... Pertemuan tu tak semestinya lama .. Dua saat tu pun dah bangkitkan rasa syukur. Allah bagi peluang tu pada aku tuk lepaskan. Lepaskan rindu. Aku pergi sekolah.. Staf pejabat kate hal hal praktikal boleh tahu hari Isnin. Jadi.. Aku pun tak de ape hal kat sekolah tuh.. Dengan ringan langkah balik semula ke hostel.. 

... Dia lama kat 1B sebab nak tgk movie katenye. Hmmm aku sempat singgah promosi Popular.. Ya Allah. Terlalu banyak novel and buku agama yg penuh diskaun. Macam nak beli semua je.. Hoh.. Akhirnya aku beli jugak satu novel. Huhuhuw..Perut lapar. Beli makanan. Naik ke hostel dan aku tunggu die hbskan waktu terluang die tuh dengan mengopi semua movie yg die bagi then, tgk bersama roomate ku. Suka betul roomate aku tgk cerita Aku Terima Nikahnya, walaupun dia bukan Muslim. Aku pun suka. Aku suka sebab aku suka. Suka sebab. Cerita ni lah aku mula kenal dia. :) ..

... Aku pulangkan pendrive dia usai solat Maghrib, dia bagi 15 minit je tuk aku bersiap. Nasiblaa aku dah ngaji lepas Asar... Sedap tul makan KFC ye. Yang pasti kawan die pandang aku mcm tak suka jep. Bersangka baik. Maybe dia hairan kot kwn dia berkawan dgn aku. Aku bangun tidur , roomate belikan Milky Tea.. Die belanja sebab dia pinjam printer aku. Rezeki...

.... Aku sambung tengok cerita Adam dan Hawa.. Ade tarikan dalam cerita tuh...even jalan cerita nya hanya klisye jeh.. Yelah cerita novel. Tahu sgt ending dan ceritanya. Roomate minta teman tgk movie. Aku pun tak ada buat apa. So back to first type. I am blogging. ... Indah kan hari aku hari ni ..? Dapat tahu tempat praktikal.. Dapat jumpe dia.. Dapat movie lagi tuh.. Dapat beli novel.. Dapat Milky Tea free.. YA ALLAH. Betapa aku syukuri nikmat yg Kau berikan. Alhamdulillah .. Syukur sangat. .. ALLAH. Aku mohon jangan Kau lalaikan aku dengan kesenanganMu YA ALLAH. Pastikan hati aku hanya ada Kau yg Satu.

"Jangan ikutkan perasaan tu, Tuhan tu tahu apa yang terbaik untuk kita, jangan kufur nikmat, nanti Allah tarik semuanya.. " kata mak Ain Hawani via Adam dan Hawa.



{......................terselit satu cerita sebalik hari yg indah ni. Awak.. Mungkin harini hari terakhir awk jumpa saya.. Saya tahu awak suka duk negeri org.. Kalau boleh awak pun nak cari jodoh org Sabah jugak. Tapi sy lebih prefer tuk dekat family.. Sy cari tempat sedekat dekat dengan family .. Tapi sy takut lah awk.. Sy takut jauh dari awak.. Sedangkan keadaan sekarang pun sy rasa sy jauh dgn awk.. Walhal kita boleh je jumpa.. Bila dah jauh... Awak mesti lupakan saya.. "Yang penting awak jaga diri awak.." , itu je pesan awak yg selalu sy bawa.....dah dapat rezeki dekat dgn family .. ALLAH uji perasaan sy terhadap awak.. Saya mahu awak terima sy sebenarnya.. Tapi.. bila tahu latar awak, profesion awak, agama awak,  jarak yg makin jarak .. Buat saya rasa ..hentikan perasaan ini. Sy redhakan hati bila saya tak ada awak nanti, akan ada lelaki lebih baik tuk sy nanti.. Tapi, sy .. nanti sy rindu .. Tu je.. }





Monday, 17 December 2012

Kiranya yang baca boleh jawab soalan ini ..

Assalamualaikum .. Hari ni .. Aku tanya dua orang kawan. Soalan aku sama ja.. 

"Emmm camane ko boleh.. berubah dr yg dulu then jd seperti sekarang..? Maksud aku .. ko boleh biasekan diri ko dgn jubah.. tudung.. niqab .. Aku nak jadi macam yg ko buat.. tp aku tak tau nak mula dari mana .. Aku ingat pas hbs belaja ni aku nak buat semua tu.. in shaa ALLAH .. cuma tu lah .. aku takut pandangan orang, lebih lebih lg, kawan kawan aku .."

Jawapan dari dua orang kawan aku ..

Si A ..

"aku pon baru je brubah stat aku masuk blaja dkt kolej islam...mase umo aku 19taun..mule2 aku pon ase xselesa pakai tudung labuh..stokin..handsock n jubah..sbb syarat kolej da tetapkn mcm 2..lgpon..aku mmg da tanam niat nk blaja agama...sumenye bermula dari niat kite...dan stat dari kolej..aku berkenalan dgn kawan2 yg sume pon nk berubah..bile da niat mcm 2...aku ase selesa dgn pakaian 2...jubah n apa sume...dulu aku x pakai purdah..mase umo aku 21 taun..aku stat berniqab..tp mulenya aku biasakan diri dgn jubah,tudung labuh,stokin n handsock...bermula dari situ aku mulakn blaja kenal agama...byk baca buku ilmiah islam..apa yg islam larang perempuan buat n sumela..aku pakai niqab pon sbb dpt dorongan dari tunang aku..dye byk didik aku ttg agama...ttg kawan2..alhamdulillah...penerimaan kawan2 aku sumenya suke ..aku pon ade kawan2 yg lua kolej...cume..bile berniqab nie...jgn jauhkn diri dari sahabat kite...yg perempuanla...kalo dorg ajak aku kua..aku kua mcm biasa...kalau boleh..kite jgn susahkan org dan rasa ade jurang bile kite da berubah...buat mcm dulu2..tp dlm masa yg sama...jaga maruah...jaga bercakapan..sbb bile kite da berubah...automatik..org akn pndg kite..kite pon x sempurna..tp selagi boleh jaga..kite jaga..yg penting..bile da berubah...ikhtilat antara lelaki perempuan kene jaga ...."

Si B ..

"Alhamdulillah.. Sume ats diri aku sndri.. X de sape yg paksa.. X de sape yg suruh.. Aku fkr dh smp masa utk aku mcmni.. Dh ckup utk aku enjoy.. Lgpn aku fkr yg aku x mampu nk bg parent aku duit tp ckup la doa ngn ibadat aku skrg2nya leh tlg die kalau dieorg dh x de nnt.. In shaa Allah kalau ibadat aku dtrme.. Slow2 la.. Jgn trs melulu.. Aku pn mula2 just labuhkan tudung ngn pkai stokin.. Pas2 try pakai jubah..mula2 rase janggal.. Tp lame2 cayelaa kau akn selesa ngn 2 sume.."


Dan.. nasihat mereka ..

"....... kalo ko nak berbuah..step by step..jgn mendadak ...mule dari cube pakai stokin...pastu handsock...pastu ko ubah cara ko pakai baju...pakai t shirt muslimah dgn suar x ketat xpon kain...step by step dear ...pastu baru tukar tudung...insya allah lea...kalo kte berubah...allah akn bagi insan yg seperti kite jgk..tu jji allah pada hambanya yg soleh dan solehah ...kalo ko perlukan kwn..aku always ade utk kawan2 aku ...."

"Lain org lain carenye.. As long kau rase ape yg kau wt 2 betol msti ade ade org yg sokong.. X semestinya kena berjubah.. Kau mula satu2 la.. Klu kau x berstokin x pe.. Pakai stokin.. Pas2 pakai hdsock.. Kau caye ckp aku.. Kalau kau tgk aurat kau tutup smprna kn.. Kau akn rase tenang.. X de sape pn yg akan perlekehkan kau.. Aku selalu doa yg terbaik utk kwn2 aku.. Semoga kita semua trs istiqomah.. In shaa Allah aku yakin kau pn boleh jd lg baik dr aku... "







Sunday, 2 December 2012

Teman seketika ..

Saat aku bangun .. ye.. bangun .. penglihatanku tertancap ke luar jendela, disinari pancaran matahari pagi .. Pendengaran ku.. samar-samar mendengar kekalutan roomates yang bersiap-siap utk ke kelas. Pergerakan tubuhku, menggeliat membetulkan segala posisi urat setelah beberapa jam menikmati alam rehat. Dan mindaku, minda yang memikirkan perihal seseorang. Seseorang yg mungkin menjadi kerinduanku. Dan pabila sistem pernafasan ku menarik ruang nafas dan menghembuskannya secara tenang. Aku sedar betapa ALLAH sayang pada hambaNya di setiap detik aku bernafas. Aku masih dikurniakan deria penglihatan, pendengaran dan pergerakan tubuh serta minda yg masih normal. Alhamdulillah. Subhanallah. Nikmat yang sampai bila mampu bertahan. Sehingga aku bersendirian di ruang bilik yang cukup selesa. Aku sendiri bersama Dia. 

Mindaku.. ye.. mindaku.. Masih ligat merindukan dia. Pagi yang sama menunggu dia. Menunggu kereta miliknya disewakan kepadaku. Detik perkenalan bermula dari pagi seperti ini. Dia.. Pesanan pertama yang membuatkan aku sedar akan dosa. Menyuruhku membawa kawan supaya tak mengundang fitnah. Hanya senyuman sinis dapat diberikan. Bertapa skema nye orang ni. Dia la jua lelaki malang yang melihat aurat rambutku. Dan aku lah, perempuan yg untung kerana dalam kalangan kawab-kawanku yg ingin mengetahui siapa pemilik kereta yg skema tu, hanya aku yg dpt melihat dia. Berkenalan secara ringkas. Lembut tutur katanya. Banyak tersenyum. Banyak memerli. Ya. Dia.. Dia yg menjadi kerinduanku .. Dan pagi ini. Seakan mengulangi detik itu..

Perkenalan kedua mampu menyentak detik kesedaran ku. Aku dipelawa utk tgk wayang. Masih aku ingat. "Aku terima nikahnya" , namun dia mahu aku disertakan dgn kawan, supaya sekali lagi tidak mengundang fitnah. Malangnya. Aku tinggalkan dia dan melihat cerita itu bersama kwn ku yg lain. Dia tenang, dan mungkin itu sebaiknya, agar dia tak merasa kekok bila bersama kwn ku. Namun, sepertinya, aku melihat wayang bersama dia. Dan sesudah melihat, aku menceritakan betapa sweetnya cerita tu sehingga aku mahu kahwin. Dan saat itu. Dia mula menegur ttg aurat ku. Dan saat itu aku terfikir kenapa aku dipertemukan dengan dia.

Dan seterusnya , dia sedaya upaya mengambilku dari tempat set shooting. Dengan alasan menghantar dia ke airport. Kereta diserahkan kepada aku dan kwn ku. "Dah, dah, jaga kereta baik-baik.." Aku hanya mampu tersenyum. Dan malam itu, aku baru tahu bukan dari calang-calang keluarga. Keluarga yg besar dan berpengaruh. Keluarga golongan medik dan politik. Aku tahu dan aku search setiap ahli keluarganya. Ya Benar. Dia anak orang berada. Sehinggakan aku berasa rendah diri tuk berkawan dgn dia. Aku menyusul pulang tak lama selepas dia sampai ke kampung. Mesej kami penuh dgn nasihat agama dan ibadat. 

Aku tak faham kenapa dengan dia , aku seolah-olah menerima dengan apa jua nasihat yg diberi. Dia dihantar olehNya, supaya menjadi perencah ketakwaan imanku. Bukan sebelum ni aku hanyut melupakan agama. Didikan ibu ayah, uztas dan ustazah ttg ibadat solat fardhu serta Al-Quran  masih aku amalkan sehinggakan hal itu sebati denganku agar aku selalu ingat ALLAH. Namun, aku masih memberontak bila berbicara ttg aurat. Sungguh aku melayani egoku yang bahawa, walaupun aku tak menutup aurat, aku masih beribadat. Malah, aku sendiri tak mengendahkan nasihat dari org lain. Tapi, knp dgn dia, aku tidak..?

Di hari jadinya, 2 November. Dia mengingatkan aku tentang wanita solehah. Dan dia menyokongku utk menjadi ke arah tu. Dia menyuruhku agar tidak berputus asa utk menuju ke arah tuh. Malm tu dia menuntut hadiah dariku, tapi sebelum tu dia menghadiahkan nasihat yang baik kepadaku. 

Sehinggalah aku dilanda masalah kerja akhir. Aku mendapat tekanan hebat bila pensyarah ku mula mengatakan aku salah seorang yg akan failed. Sungguh aku down. Ibu ayah tak mampu meredakan keresahan hati aku. Dan saat itu. Aku kembali bersujud atas sejadah. Dan merenung apa kekuranganku. Ya ALLAH, mungkin ini hikmah agar aku kembali ke jalan Mu yang sebenar-benarnya. Hijab untuk menjadi wanita dan anak yang solehah sedikit demi sedikit terbuka dan aku mula merasa perubahan itu. Mungkin itu petanda Allah menghantar dia kepadaku. Doa aku tak putus agar aku diberi segala kesenangan utk melaksanakan kerja akhirku. Tangisan aku menjadi tawa bila dia post lagu lagu yang sepatutnya buat aku makin nangis. Katanya, " Biar nangis habis-habisan, nanti dah puas, tak nangis lagi dah. " 

..............

Alhamdulillah. Kerja akhirku berjalan dgn lancar. Ibadatku tak akan pernah lupa. Malah aku berusaha utk menambah imanku tuk menjadi wanita dan anak solehah. Akan berusaha selagi diberi hayat dan kudrat yang ada. Namun. Ada sesuatu yang kurang. Aku seolah-olah kehilangan dia. Sebaik sahaja laptopku diformat olehnya, dan diserahkan kepadaku. Dia hilang tanpa pesan. Tanpa ada mesej lagi. Ya.. Tanpa pelawaan dia lagi.. Aku terasa dan tertanya-tanya.. Dia hanya meninggalkan folder nasyid dan folder agama bersamaku. Lama aku tunggu dia. Dan aku mahu tahu kenapa dia hilang dari aku. Adakah dari salah aku..?? Atau dia sengaja menjauhi aku..? atau dia tenggelam dlm kesibukan dunia medik. Dan hari ini aku sedar. Bila Allah bagi nikmat kesenangan yang aku inginkan, Allah menarik sesuatu nikmat sebelumnya , agar aku sentiasa mengingati Dia. Ya.. Aku sedar.. Bila aku mula berasa di zon selesa dengan kerja akhir ku yang berjalan dgn lancar, iman ku semakin bercambah hari demi hari.. Minda dan hati sentiasa mengingati yang Esa walau setiap langkah. Doa aku dimakbulkan. Namun ALLAH hilangkan dia dari hidup aku, sehingga dia menjadi kerinduanku. Mungkin ALLAH tahu, aku boleh menjadikan diri aku sebagai muslimah yang baik walau tanpa dia. 


Mungkin satu saat bila Allah mengizinkan aku dipertemukan dengan dia. Dia pasti bangga dapat melihat aku berjubah dan bertudung labuh bersama iman penuh di dada. Mungkin kredit bagi dia yang berjaya mengubah seorang kawan yang dia pernah kenal dulu. Mungkin dia membawa org baru tuk diperkenalkan dgn aku. Mungkin juga aku. Dan mungkin kami yang akan akan bersatu. Allahualam.. Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang. Apapun terima kasih.. walau sekejap. : )



" Kereta, doktor, aurat, Aku terima nikahnya, puasa, nasyid, wanita solehah, nangis, laptop, .. Awak, saya rindu.. "






Saturday, 1 December 2012

Cinta itu bukan milik kita ..



Cinta bukan milik kita.

Setiap perpisahan tidak sia-sia.

Tak perlu bersedih lama.

 Cinta itu milik Allah.

Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. 

Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.

Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. 


Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: 
“..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” 
Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. 



Jika benar cinta itu kerana ALLAH

Maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,serahkan rasa yg tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memiliki-NYA.

Biarkan DIA yg mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.



Maafkan aku bila cinta itu berakhir.

Maafkan aku bila aku memungkiri satu janji.

Maafkan aku bila kita jadi begini.



Ujian Mu ..

Hari ini. Tuhan sedang uji perasaan sabar aku .. Aku didampingi seorang kawan yang tak habis-habis meluahkan masalah dia dengan family dan asyik sibuk memikirkan hal untuk balik kampung sehingga aku rimas dengan karenahnya. Iman aku rasa tercabar bila aku inginkan tunaikan solat Zohor, sekumpulan kaum dari satu negeri duk kecoh bercerita dalam surau dengan suara yang kuat sehingga terganggu solatku dan mahu je aku memarahi mereka. Menunggu bas yang tak kunjung tiba hari ini buat hati aku menggelagak dalam kegeraman. Didatangi oleh jurujual di shopping mall yang tak faham bahasa sehingga terkeluar kata cacian dari aku. Tak masuk zikir yang selalu didengar. Tidak tenteram hati walau beristigfar banyak kali. Dugaan apakah ini Ya ALLAH ..?? Alpakah aku dengan Mu Ya ALLAH..? Astagfirullahalazim .. Ya ALLAH, Kau tebalkanlah hati dengan rasa sabar. Hari ini mulut dan suara aku tak mampu nak ketawa dan bergurau senda kerana hati ini sungguh tak tenteram. Ya ALLAH , Kau datangkanlah aku dengan seseorang yg boleh buat aku tenteram. Sesungguhnya. Aku manusia yg adakalanya gagal untuk mengawal rasa amarah ini. Sungguh terasa diri banyak sangat kekurangan. Dan kelemahanku adalah air mata. Berikan aku kekuatan Ya ALLAH. Kau hilangkanlah rasa rindu ini kalau rasa itu buat aku dalam tekanan. Kau hilangkanlah rasa gundah ini kalau rasa itu buat iman aku goyah Ya ALLAH. Kau hilangkanlah rasa marah ini kalau rasa itu buat kesabaran ku tercabar. Sesungguhnya aku sedang diuji olehMu .. redhakan hatiku Ya ALLAH. Astagfirullahalazim..


Monday, 26 November 2012

Aku dan Kamu ..

Kata kawan ,

" Dalam byk byk kosmates .. Ko yg paling ngam dgn aku.. Yg lain ngam jugak, tapi, tak mcm ko.. "

Kata kawan,

" Kalau dah bergurau, kau blur je.. diam lah aku.. "

Hanya tersenyum dgn kata kata kawan aku .. Mana mungkin aku jadi sesempurna manusia. Aku hanya dicipta untuk memberi segala kasih sayang aku kepada sesama manusia. Dan kasih sayang yang aku dapat itu adalah anugerah yang tak terhingga dari Maha Kuasa. Aku hanya penyampai. Dan maafkan aku kiranya kekurangan aku yg dikenalpasti oleh org yg mengenali aku membawa jarak antara hubungan yg ada. Ternyata aku ingin sekali bahagia ketawa bersama mu , tetapi ada kalanya , hati ini jauh memikirkan sesuatu sehingga aku terlepas gurauan yg kamu orang berikan. Bila fikiran jauh melayang mengenangkan nasib yg akan datang, maka berkhayal lah aku seketika di sudut ruang yg berbeza, yg tinggal hanya jasad bila bersamamu. Dan terima kasih seadanya kiranya kehadiran aku, mampu menyenangi hidupmu, dan sememangnya tanggungjawab aku untuk menjaga hati setiap insan yg hadir dalam hidup ini. Mana mungkin kemarahan aku timbul kiranya tiada perkara yang membangkitkannya. Bila ditanya keyword tentang diri aku, aku adalah penerima seadanya, penjaga setia, penarik sampingan sahaja. Maka dekatilah aku kiranya diri aku membawa manfaat terhadapmu, walaupun kau hanya menjadikan aku sekadar pemberi manfaat. Dan tingglkanlah aku kiranya tiada gunanya dlm hidupmu. Untuk jadikan diri sebagai org popular jauh sekali. Hiasan yang melengkapi diri aku seharian hanya utk menjaga penampilan sebagai anak dan wanita yang solehah. Bukan lah dijadikan daya penarik nafsu manusia. Kiranya luahan ini jelek untuk dibaca, maka fikirlah bahawa aku adalah insan yang mungkin tidak akan lama hidupnya. Kiranya luahan ini menarik simpati pabila dibaca, anggaplah aku sebelumnya menanggung banyak dosa. 

Wahai kawan..

 Aku hanya biasa biasa sahaja. Tak minta apa apa, cuma mahu ukhwah yg dibina membawa aku ke syurga. Dalam doa .. sentiasalah Kau tenangkanlah hati orang sekelilingku agar mereka dapat menerima diri aku dgn sebaiknya. 











Tuesday, 20 November 2012

Kiranya ini pesan ayah ku bila ...




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anakku,
Kau baru saja diijabkabulkan.
Kini kau telah menjadi isteri kepada suamimu,
Terlepas satu beban yang berat pernah ayah tanggung.
Kini tanggungjawab ayah telah berpindah kepadanya.

Anakku,
Ingatlah pesan ayah,
Kau akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,
kepada tempat tidur yang engkau tidak kenal,
rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.

Dialah suamimu, teman hidup yang akan bersamamu ketika susah dan senang.
Jagalah akhlak dan peribadimu.
Ingatlah adab-adab yang pernah ayah ajarkan kepadamu.
Janganlah kau bebankan suamimu dengan dosa-dosa yang kau cipta sendiri.

Bila keluar rumah jagalah auratmu, jangan berhias untuk orang lain.
Jagalah akhlakmu dan mintalah izin suamimu sebelum melangah keluar rumah.
Ketika dirumah, jagalah telinga, mata dan hidungnya...
Jangalah kau membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,
janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik,
dan janganlah membiarkan dia mencium sesuatu daripadamu melainkan yang harum belaka.

Anakku,
Jadilah engkau wanita solehah yang akan menjadi perhiasan dunia yang terbaik.
Jika kau jaga empat perkara kau berpeluang memasuki mana-mana pintu syurga yang kau kehendaki.
Jagalah solatmu, puasamu, akhlakmu dan mentaati suamimu.

Anakku,
Sentiasalah kau menjaga iman dan takwamu dan membuangkan segala sifat-sifat keji yang ada di dalam hatimu.

Ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan di akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.
Sentiasalah kau jaga dirimu dari perbuatan keji dan hina.
Berhati-hatilah di dalam percakapan dan pergaulanmu supaya terhindar daripada kemurkaan Allah.
Jagalah lidahmu daripada mengumpat, memfitnah dan berkata dusta.
Banyakkan bersabar jika berlaku perselisihan di dalam keluargamu.
Sentiasalah kau melakukan ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya dan bersedia menjadi isteri dan ibu solehah.


Anakku,
Allah tak pandang pada rupa zahirmu,
tetapi Allah pandang apa yang ada pada hatimu.
Kecantikan yang hakiki adalah terletak dihati, jiwa, akhlak dan akalmu.
Cantik pada hatimu bila hatimu reda dan berbaik sangka kepada Allah dan tidak tamakkan harta dunia.
Cantik pada jiwamu bila jiwamu kasih pada suamimu, anak-anakmu, anak yatim dan orang miskin.
Cantik pada akhlakmu bila sentiasa menutup aurat dan menjaga pergaulan sesama muslim.
Cantik pada akalmu bila akalmu suka menuntut ilmu dan mengutamakan matlamat ukhrawi lebih daripada matlamat duniawi.

Anakku,
Janganlah kau bebankan suamimu dengan perkara yang dia tidak mampu.
Bersyukurlah di atas rezeki yang dibawa pulang oleh suamimu, berpada-padalah apa yang ada.
Jauhkan dirimu daripada bermewah-mewah dan membazir kerana sesungguhnya membazir adalah saudara syaitan.


Ingat wahai anakku,
~ Syurga anak lelaki di bawah telapak kaki ibunya sedangkan syurga isteri di bawah telapak kaki suaminya.
~ Ramai wanita di neraka kerana mereka derhaka dan tidak bersyukur di atas rezeki suaminya.


Di hari yang berbahagia ini ayah doakan agar kau berbahagia bersama suamimu hingga bertemu di syurga.
Mendapat zuriat keturunan dan anak-anak yang soleh dan solehah, berbahagia di dunia dan akhirat.

Ayah teringat doa Nabi SAW dihari perkahwinan anak perempuannya Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali bin Abi Talib :
“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

Ahkir kata ayah minta maaf padamu jika selama ayah mendidik dan membesarkanmu ayah melakukan kesalahan dan kesilapan dan tidak memberikan sepenuh kasih sayang padamu.
Diharap kau tidak menuntut diakhirat nanti kerana kelemahan ini.


Ayah tetap mendoakan kesejahteraanmu sekeluarga setiap kali lepas ayah mengerjakan solat In sha Allah..

Sunday, 18 November 2012

❤ ♥ KU MOHON CINTA DARI~MU YA ALLAH ♥ ❤

Aku tidak marah
Aku tidak cemburu
Kerana aku tahu
Kamu bukan hakku

Kadang-kadang
Perasaan ini kelemahanku sebagai manusia biasa
Sungguh senang untuk aku jatuh cinta.
Dan memang tidak dinafikan disaat ini
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu
Aku teringin kau megetahui
Apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah DIA yang lebih mengetahui
Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini
Sedangkan DIA yang menjadikan hati
dan DIA juga yang mewujudkan perasaan itu

Tapi sekali lagi
Kau milik ALLAH SWT
Bukan milikku
Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku
Dan cukuplah aku mencintaimu
Dalam diam dari kejauhan
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH SWT
Mungkin saja rasa ini ujian
Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Ya ALLAH,
Usah biarkan hatiku
Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan

Ya ALLAH,
Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku
Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta

Hanya cinta~Mu
Ya ALLAH Ya Rabbi
Yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...

اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†




Thursday, 15 November 2012

Coretan bersama doa

Sedang mencari picture picture muslimah yang kot kot boleh jadi picture profile Fesbuk aku.. terlihat aku foto yg di attach pada satu blog muslimah ni. http://solehahcerdik.blogspot.com/ . Aku tak dapat nak follow dia.. Tapi aku tertarik cara dia berhujah tentang dirinya. Dalam fikiranku dia memang sedia solehah dari segi gayanya bertutur dan tingkah. Berbanding dengan aku, yang  lincah menayang segala yang tak patut untuk ditayang kan. Betapa aku berdosa pada Tuhanku. Ahhh sebak. Halusnya hati bila didatangi bulan yg penuh nih. Tulusnya hati untuk membaca.. Teringat komen dari sahabat yang belajar di Mesir..

"doa utk sahabat2 x pernah putus.eh eh, jgn berubah sbb nak dpt laki soleh plak. salah niat. ape2 krn Allah"

YA ALLAH.. Kenapa baru sekarang Kau mahu aku sentuh soal keinsafan .. Bermula dengan perubahan ayah. Ibu pula yang mula menyoalkan ttg jodoh, sdg kan bagi aku tak mudah untuk lelaki yang terima aku yang gayanye tak sempurna untuk dijadikan isteri. Aku mula tertarik dengan gaya muslimah yang bertudung labuh, dan berjubah.. Tapi belum kerap aku menggayakannnya.hanya bila hari raya.. Jubah dijadikan pilihan sebagai tema family. Aku malu bila berdepan dengan kawan ku yang bertudung labuh dan cantik gayanya bermuslimah. Aku seolah olah obses dengan kata-kata Islam atau dari Al Quran. Aku mula menanyakan kpd ayah bagaimana tempat di sekolah pondok. Aku mula mengajak ayah untuk ke Kaabah. Aku berkenalan dengan seseorang yang menyentuh soal aurat ku yang aku tenang menerima tegurannya walaupun sebelum ni bukan tak ade yg menegur, ada, tp aku hanya buat dek saje. Dan yang paling hebat, aku diduga dengan ujian final yang tak tertanggung olehku. Hal hal ni berlaku serentak dalam tahun ni.. 


Lama aku merenung blog si ukhti ni... Cara dia bertutur dgn ayahnya yang berniat mahu mengajak ayahnya pergi umrah. Teringat juga bualan aku dgn ayah..

" Ayah, mari kita kumpul duit , pergi umrah.."
" Mari.. nampak Allah dah bagi hidayah pada along"
" Entahlah yah, along teringin nak pergi sana, takut tak sempat.. "

.................

" Ayah, tadi along tgk perempuan tu, cantiknye yah dia pakai baju jubah tuh... along nak pakai jugak lah,"
"Cakap jeh.. bila along nak pakai..??"
"Ayah, betul ni.. along nak pakai, cuma situasi along sekarang je belum boleh, tapi inshaALLAH, lepas jeh semua urusan selesai kat sane, along akan pakai, ayah doakan along... Ayah kena doakan along.."
"Ok, ayah nak tengok nanti.. kalau betul niat along, bermakna.. ALLAH akan makbulkan doa ayah.."
"Erk..??? T_T"

Kembali aku ke laman blog si ukhti.. begitu jugak dengan soal jodoh bersama ibu dan teman nya..



kata ibu,

"senang je along nak tarik perhatian lelaki lelaki yang soleh.. Along kena jaga tingkah laku along.. jaga aurat along.. Dia tgk along dari jauh.. tak melalui mata dia, kawan-kawan dia ada.."

"jangan lupa selalu istikharah.. solat hajat,.. tahajud... minta lelaki yang beriman dah kuat kerja macam ayah"

"ibu tak kisah dengan sesiapa pun along pilih, along bahagia, ibu bahgia jugak.."

kata kawan,

" y not ko kenal dgn someone dulu.. bukan suruh kapel pun.. ko kawan dgn dia.. mana tau jodoh ko dgn dia"

Si ukhti tiba-tiba menjadi sunyi memikirkan soal jodoh.. Layakkah dia bersama dengan lelaki yg dipilihkan.. Dan dia tak mahu dibebani dgn hal yang dia tak boleh nak tanggung. Begitu jugak aku. Nampak indah bila sebut soal pernikahan. Memang indah. Dan aku tahu ianya indah. Aku mengimpikannya. Tapi bila berbalik soal jodoh. Sujud aku kembali pada ALLAH. Hanya Dia yang Maha mengetahui. Dia yang tentukan. Sudah sudahlah istilah couple dlm hidup aku. Betul-betul aku menyesal dengan hubungan haram itu. Dan sebenarnya aku tak pernah kisah pun kalau hidup tanpa lelaki, jangan lah tanpa ayah. Aku tak kisah pun bila kawan boleh share suka duka dia dgn pasangan. Tak kisah pun ada yg boleh tolong bila pasangan susah. Aku kisah bila aku tak ditemani ibu dan ayah. Yang ada cuma ALLAH. Setiap langkah aku kini menyebut nama ALLAH. Seolah-olah, selepas aku menaip blog ni, Dia akan mengambil nyawaku. Baru aku tahu kenapa ibu ayah susah nak lepaskan anakanak perempuan mereka ke tempat yg jauh. Takut ternoda. Kasihan mereka. Berbalik soal jodoh. Sejujur jujur nya. Aku mahu berubah dulu. Berubah jadi sebaik yg mungkin supaya aku layak ditemukan dgn lelaki selayaknya menjadi suamiku. Itu sebenarnya. Aku mahu dekatkan diri aku selalu dgn ALLAH. Aku mahu cintakan ALLAH sebelum mencintai suami aku. Aku mahu ALLAH ada kat sisi aku selamanya, sepanjang hayat aku. Aku mahu jugak jadi mcm si ukhti, mahu jadi anak yang solehah. Solehah untuk orang tua aku. Aku tak mahu nanti si suami menerimaku dgn keadaan yg tak lengkap dgn agama. Aku malu. Aku malu kirenya dia dari keturunan yang baik baik.. Aku malu kirenya aku dapat dia yg agamanya baik baik. Aku malu kirenya aku miliki dia yg ilmunya baik baik. Kalau boleh biar aku boleh jawab bila dia tanye aku soal agama.. Kalau boleh aku mahu ikut dia bgn tgh malam berqiam bersamanya. Kalau boleh aku mahu didik zuriat kami ke arah ilmu Islam yang tiada penghabisnya. InsyaALLAH, ALLAH akan permudahkan soal jodoh kalau dikehendaki olehNya. Percayalah. Mencari tetapi tak juga mengejar.. Mencari itu biarlah dengan penampilan yang solehah dan terdidik.. :)

 



Selalu atas sejadah aku berdoa.. Biar aku dipermudahkan segala urusan ku di dunia dan di akhirat. Aku tak mahu terleka tatkala aku didatangi kesenangan. Aku mahu ALLAH permudahkan urusanku untuk berubah. Semua kerana Dia. Dengan dunia sekarang, dah tak ada yg nak dicari melainkan ibadat dan iman. Belajar hanya segulung ijazah, langsung alpa pada ilmu agama. Bekerja hanya utk mencari gaji yg akhirnya hbs entah ke mana, langsung alpa ttg ibadat. Cinta hanya sekadar kata-kata, langsung alpa cinta pada Tuhan. YA ALLAH. Hambamu banyak sangat buat dosa. Kadang aku terfikir, kenapalaa aku wujud pada dunia akhir zaman, kenapalaa aku tak wujud pada zaman Rasulullah, biarlah aku berjihad dgn baginda.. Semua tertulis hikmah dlam Lo Mahfuz Ya Tuhan.. 

Tenang aku menaip sambil mendengar zikir dari blog si ukhti.. buat awak. Saya doakan awak sentiasa jadi anak yang solehah. Doakan saya juga. Saya perlukan semua orang utk sy jadi anak, perempuan dan isteri yang solehah, seterusnya jadi ibu yg mithali.. macam ibu.. Saya mahu jadi solehah lillahitaala... :)



Pentingnya Dia ..

Ohhh kenapa perempuan mesti ada tujuh hari cuti. Terasa bosan, kosong, sunyi, bila tak boleh nak beribadat. Nak doa pun susah. Lagi lagi sekarang tengah menghadapi kesulitan yang terasa payahnya. Final. Tak dapat nak aku gambarkan betapa sukarnya aku nak menyiapkan. Dan saat saat bersendirian dan kesedihan , bisikan syaitan selalu jeh menerjah di ruang minda yang kusut nih. Dan seterusnya membawa kepada naluri penyesalan dalam diri yang tak akan berguna untuk dikenang.

"Kenapalaaa aku tak belajar rajin rajin, kalau tak, mesti aku sedang belajar medic sekarang..dulu bukan main cita-cita nak jadi doktor"

" Kenapalaa aku tak apply SPA, kalau tak mesti aku dah ada kerja tetap..dah boleh kawen dah! "

"Kenapalaaaa aku ambik seni padahal hal hal melukis, mengecat, langsung tiada dlm jiwa aku "

.........................................................dan sebagainya.


Hari ini maal hijrah.. ada perkara-perkara yang buat aku istigfar dan kembali bersujud kepadaNya..


Sebelum berakhirnya tahun,

Aku berhajat untuk menunjukkan progress final ku kpd supervisor, entah macamana, lecturer yg selalu aku doakan agar lembut hatinya menegur aku dgn lembut sekali. Terpinga-pinga aku jadinya. Dia minta aku menunjukkan progress ku yang berkalikali tertunda dek kerana kekurangan teknologi di sekolahku tuh. Setelah berbincang balik. Dia minta aku tukar kerja final ku, dan dia akan menolong ku sediakan bahan dgn syarat aku harus bekerja kuat utk 3 minggu ni. Aku pun terus bersetuju dan aku berharap Allah melembutkan lagi hatinya untukku berjaya dlm final. Walaupun aku terpaksa bermula balik, aku terasa lega dan tenang setelah bermingguminggu aku menangis kerana final ku sebelum ni terasa teruk sgt. InshaALLAH, apepun aku akan buat yg terbaik lepas nih.

Dan untuk pertama kali dlm minggu ni aku berjumpa dgn kosmates ku lepas aku menghilang diri selama 2 minggu dari bumi Sabah. Ada yg memanggil riang, ada yg mencuitcuit, haha. Berbagai reaksi. Aku hairan. Apepun aku bersyukur, dorang masih mengingati aku walaupun kerja dorang hampir siap, aku bangga dgn dorang dan malu pada diri sendiri. Ya. Salah aku. Malas. Tenangnya saat tu.

Tiba di rumah, ramai pulak yang memberi ku duit untuk lunaskan hutang mereka. Padahal tak pulak aku ingat hutang hutang mereka apetah lagi nak mengungkit.. Aku halalkan segala yg aku beri dan beli untuk mereka. Begitu juga dgn parent aku, walhal aku minta 150 jeh tuk kerja final baru ku, ayah ku baginya 300 tuk sekali dgn duit makan katenya. ALLAH.. terharunya dgn kasih sayang ibu ayah aku..

Bila bermulanya tahun baru..

Pagi sedang tunggu bas di atas jejantas..
Huk.. melayan perasaan dgn lagu lagu rindu.. Tiba-tiba ja jejantas tuh bergegar kuat macam nak runtuh rasenya. Gilerr ahh!!! Aku mengucap, istigfar banyak.. Mau nak gugur jantung aku.. Ade kren yg melanggar jejantas tuh. Semua yg ada di atas jejantas tuh berlari turun ketakutan termasuk lah aku. YA ALLAH.. Kalaulah Kau tarik nyawaku ketika itu. YA ALLAH... Belum sempat aku nak bertaubat padaMu YA ALLAH. Banyak perkara yang belum buat untuk ibu ayah ku ...

dan sekarang .. sambil termenung mengamati insiden insiden yg terjadi baru baru ni.. aku bersyukur kpd ALLAH .. Sesungguhnya Dia Tuhanku ... Tiada yg lain. Tempat aku mengadu hanya Dia. Dia yg Maha Mendengar rintihan hambaNya. Dan tak patut aku mengeluh dan menyesal dgn apa yg terjadi. Mungkin ada hikmah. Dan hikmah itu dtg bila kita redha dan bersujud denganNya.. Dan aku tahu betapa pentingnya solat.. berdoa.. mengaji.. dan menjaga aurat. YA ALLAH sesunguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku percaya padaMu. Dan aku mohon dan jangan Kau mendugaku dgn melupakanMu ketika aku didatangi kesenangan. Aku mahu sentiasa bersujud padaMu. Sentiasa dan selalu, selamanya.

Masihkah Kau ingat doa-doaku tiap kali aku bersujud dgn Mu YA ALLAH.. Sentiasalah Kau mendengar kerana aku tidak akan putus berdoa kerana aku percaya hanya Engkau pemberi nikmat dan musibah dalam menjalani kehidupan. Dan sesungguhnya dunia ini hanya tempat ujianMu untuk hambaMu. YA ALLAH dekatkan ruang hatiku untuk terus bersujud kepadaMu.




Saturday, 3 November 2012

drama-drama sebelum kahwin






HAHAHAHA.. Banyak kali tgk video nih.. Kadang-kadang terasa pun hadeee.. Ya ALLAH Permudahkanlah urusan kawen aku nanti.. :D

Cantiknya muslimah itu, Aku terpegun ..

" Aku teringin jalan kat pasar malam dgn husband aku..?? "
" Husband..?"
" Yelaa... husband, suami .. Bosan laa jalan dgn kau.. "
" -_- .."

Hahahahaha .. hakikatnya aku tak pernah bosan berjalan dgn adek aku yg seorang tuh. Mana mungkin aku bosan. Satu-satunye adik perempuan, teman, kawan, yang aku ada kat dunia ni.. Pointnya bukan itu.. Alkisah, petang tadi macam biasa.. ada duit ke.. tak ada duit ke.. pastinya aku bersama adik jalan-jalan ke pasar malam. Kalau dahulunya point kami mencuci mata dgn mencari lelaki-lelaki yg kiut2.. Kini macam dah lain. Dia masih dgn pointnya tuh.. Aku..? Aku dah tak minat dgn semua tuh. Aku mencari yang sempurna. No. No. No. ini bukan pointnya jugak. Sebenarnya nak citer, time aku nak beli makanan feveret aku, char kue tiow kerang kat pakcik selekoh tuh.. Aku dari belakang melihat seorang gadis yg juga tunggu char kue tiow nye siap digoreng memandangkan dia oder dulu. Aku berkata pada adek.. " Nice kot dia.. " . Memandangkan cara dia dressing agak muslimah, biaselah, bertudung labuh, seluar labuh, baju labuh, berkot lagi tuh.. Lalu aku pun tergerak hati tuk ke sebelah dia.. Lalu dia memandangku dan tersenyum.. Ooo my..
Ooo my ALLAH! Cantiknya dia. Terkesima aku memandang.. Ibarat lelaki yg memandang perempuan cantik. Mata dia yg bulat shining, senyum dia.. Sampai adik aku tegur kepegunan aku kat situ.. Kat situ jugak aku berdoa dlm hati,"Ya ALLAH, Boleh tak kau jadikan aku secantik dia, jd muslimah seperti dia..?"
Aku tak salah kan parent aku yang tak mendidik kami semuslimah itu, tapi kalau didikan sebegitu diberikan awal-awal kepadaku, mesti aku boleh jadi secantik dia. Subhanallah.. Cantik. Dan aku tahu kenapa ALLAH menyuruh kaum Hawa ni menutup aurat. Kerana kaum aku ni terlalu cantik dan bahaya jika terdedah. Dah nama pun perhiasan dunia. Ibarat emas yg berkilau-kilauan yang perlu disimpan dlm kaca.. Tak pandai jaga, habis luntur segalanya. Tapi aku tak menyesal dgn kehidupan ku kini. Aku cuba tuk menjadi yang terbaik. Bukan utk mendapat lelaki yg baik-baik. Aku buat kerana ALLAH. InsyaALLAH .. Cuma hidup aku selalu teruji dgn, mainan dunia.. Kadang-kadang terlalai seketika. Huh~ Last, bila sudah siap char kue tiow dia, dia pun berlalu pergi keseorangan.. di tengah-tengah orang ramai.. Lalu adik aku, "Dia seorang je ke...?? " Lalu aku jwb, "Yela..perempuan mcm tuh tak mungkin jln dgn boyfriend unless suami dia.." Aku pasti. Betapa suami dia nt bertuah miliki dia. Ohh .. bahagiannya dia dgn kehidupan yg serba muslimah tuh.. Aku..? Hanya t-shirt lengan panjang, selua track, dan hanya tudung sarung. Ohh.. Bila nak pakai yg macam tu ye..?? 




**Kata ibu, doa mintak dgn ALLAH jumpa dgn suami yang beriman dan rajin bekerja mcm ayah, insyaALLAH, iman kita pasti lebih mantap dgn adanya dia .. 

Friday, 2 November 2012

Jadilah perempuan yang ..

Jadilah perempuan yang tak kisah, sempoi dan rileks bila ......

1. Si dia sedang marah.
Automatically kalau lelaki yg pandai kawal kemarahan, dgn anda anda sekali kena tempias bila ditegur. Annoying kan..? Jadi bila dah kena tempias, takyah lah anda pulak yg merajuk. Bertambah gedik rasenyeh.  Jgn cuba pujuk. Biarlah dia buat seketika, once dia rase die perlukan anda. Dia akan cari anda. Dan. Tindakan anda. "Yep, can I help u..?? " sambil tersenyum. Serta merta, kemarahan kemungkinan akan release dgn senyuman anda yg menawan tuh! Jgn desak dia, suruh citer apa yang berlaku, biar dorang citer sendiri tanpa dipaksa.


2. Si dia kaki sukan
Pernah terjadi tak bila dia main sukan, tak balas mesej. Tak pun kalau musim world cup ke whatsoever mengenai sukan yg dia minta, sampai anda pun terasa bagai tidak wujud dlm dunia nya. Rileks. Sekali lagi jgn merajuk! Anda tahu tak masa yg terluang tanpa dia tuh, anda boleh hang out dgn kawan-kawan anda, bergosip.shopping.. Ataupun..luang mase dgn ibu, memasak.. paling tidak pun.. main kucing.. baca novel.. paling best masa anda tuk tidur pasti ada. Then. The sempoi thing wen dia cari anda, anda dgn perasaan tenangnye bertanya, "so sape menang..?" even anda tak minat pun dgn sukan tuh.


3. Si dia dgn kwn kwn mcm isi dgn kuku
Bagi dorang kawan tu penting. Kang nanti kalau motor rosak tgh jalan. Tak lah anda yg kena panggil, kan..??? Hahahaha. Jadi. Biar lelaki tuh berkawan.. Sometimes anda kena faham, ada masalah yg dorang takleh nak bagitahu anda. Jadi. Cara terbaik. Tak payah kisah nak tahu what happen to him in every second in his life dan tak perlu nak marahmarah kalau dia asyik dgn kawannya.Tak bermakna lelaki rapat dgn kengkawan dia abaikan anda. Dan takkan jugak lah dorang asik nak berkepit dgn anda jeh. Just to be sempoi girl...


4. Si dia kaki game
Oooo mannn.. Anda tahu tak betapa specialnya anda kalau ada lelaki pause dota semata-mata kerana korang? Perhh.. Tapi. Ada ke..? Ade la kot.. Tapi.. Kalau lelaki dah gilekan game, something like DOTA..? He is really mean it. Jangan anda kecewa kalau tunggu mesej tak balas. Sebaliknya, bersyukur lah tak perlu penatkan jari nak taip masej bermadah bagai.. Bhahahaha.. Apa yang perlu anda lakukan. Halaaaa.. macam tak biasa.. tulislah kat blog, kutuk dorang puas puas. Hahahaha. Tak pun main fesbuk chat ngan org lain... Bhehehe.. Bila dorang dah menang dgn game tuh, pandailah dorang cari nada. Ade ke game yang kalah..? Cihh.. tak faham kenapa dorang minat game. Walhal, game tuh mmg diaplikasikan tuk menang. Setakat menang dalam game. Erkk.. 


5. Si dia lebih suka diam dari bercerita
Hahahah,mesti bengang kan kita dah citer banyak banyak, boleh boleh dia diammmm jeh, tak pun balas mesej pendek-pendek. Jgn marah! Try bagi response. " Kenapa senyap, comelkan sy bercerita??" Bhahahaha.. biarpun rase nak muntah dgn pertanyaan tuh. Tapi tahukah anda. Lelaki tuh akan pay attention pada setiap omelan anda? Lelaki akan perasan tentang cara anda bercakap. Lelaki akan perasan bila masa biasanya anda akan ketawa. Lelaki akan perasan tentang cara anda susun ayat. Jadi tak perlulah rase nak marah bila there has no response from him. Atau pun, dgn tenangnya u should stop bercerita dan cakap nak tidur. Kalau dorang tak pujuk paling tidak dia akan rase serba salah. 


6. Si dia ramai kawan perempuan
Jeng.. Jeng.. Jeng.. Hal ini yang paling tidak digemari oleh anda bukan..? Kalau saya pun begitu. Peh! Lagilagi anda jenis kuat cemburu. Kalau anda tak syg kan hubungan anda. Cemburulah anda setiap masa. Tak perlulah kowt.. My mom said, lelaki nih kalau makin kita tuduh dia macammacam, makin dia buat. Boleh dikatakan saya pun kuat cemburu. Tapi saya ambil petua dr my mom, just ignoring him. Memandangkan ayah saya pun jenis peramah. Ramai anak buah tempat keje, mostly perempuan. Tapi yang menjadikan lelaki itu setia kerana imannya.  Tak payah lah nak over jeles, marah sana sini tak pasal pasal. Buat lelaki anda bosan jeh. Dorang memang begitu, Tuhan dah anugerahkan dorang dgn mulut yg manis. Perempuan jeh kdg kdg terover perasan. But once anda jadi milik dia, dia akan cari anda sampai akhirnya. Pandang perempuan lain, ramah dgn perempuan lain, hanya selingan dlm hidup dorang actually. Biaselah! LELAKI!

Senangkan? Jadilah perempuan seperti itu. Tak perlulah 24 jam nak marah, nak merajuk, nak jeles. Urgh! Kalau saya jadi lelaki pun saye rimas. Memang perlu ade rasa tuh semua, tapi kurangkan. Perempuan yang solehah sentiasa jaga aurat, perasaan, dan imannya. Buat dek sudah! Once you ignore dorang, si lelaki tu rasa dia kehilangan that girl, dia biasanya akan rasa gelabah. Masa ni lah korang boleh gelak-gelak tengok apa yang dia buat untuk dapatkan you balik. Fun thing yang lelaki biasanya tak boleh buat kat perempuan. 




Thursday, 1 November 2012

Nak kawen !!!





Khas untuk yang dah ready.. Yang belum ready pun boleh baca jugak. Bukan berangan. Tapi bukan ke lebih indah dipercepatkan dari berbuat maksiat? Berkongsi cerita begini bukan bermakna saya ingin tunjuk baik, tetapi bukan ke kita wajib berbuat baik. Bila baca anda mahupun juga saya, akan menginsafi diri. Kalau ikutkan hati saya mahu jadi sesuci dulu dan tak akan main dgn mainan "couple" ni. Semoga ALLAH ampuni dosa-dosa saya masa lalu. Mari kita baca alasan dia sedia mahu kahwin kahwin awal ni , :)


1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?


2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?


3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4.Teman dalam pelajaran 
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)


5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.


6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini "Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.". Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara "enjoy" sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh "enjoy" itu. Apa saya dapat? T_T


9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh. :)



**Semoga alasan-alasan ini boleh digunapakai untuk yang mahu kahwin awal.. >.< Bukan main-main.. Tetapi amanah yang telah diberikan harus ditunai dgn seikhlas hati. InshaALLAH.. Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jika anda memilih dia sebagai cinta utama, Dia pasti memberikan anda cintaNya. :)



Yang~

Yang Singkat Itu
 "WAKTU".

Yang Menipu Itu 
"DUNIA".

Yang Dekat Itu 
"KEMATIAN".

Yang Besar Itu 
"HAWA NAFSU".

Yang Berat Itu
 "AMANAH"

Yang Sulit Itu
 "IKHLAS".

Yang Mudah Itu
 "BERBUAT DOSA".

Yang Susah Itu 
"SABAR".

Yang Sering Lupa Itu
"BERSYUKUR".

Yang Membakar Amal Itu
"GHIBAH".

Yang Mendorong Ke Neraka Itu
 "LIDAH".

Yang Berharga Itu
 "IMAN".

Yang Menenteramkan Hati Itu
''BERDZIKIR".

Yang Ditunggu Allah Swt. Itu
"TAUBAT" 


^___^




Wednesday, 31 October 2012

Rindu ..



♥ ♥ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :


" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. "





✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..



✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..



✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..



✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..


✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..




p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥




Tuesday, 30 October 2012

Mainan bintang !

Pernah tak kamu ingin tahu jejaka anda melalui bintang-bintang yang ada? Mari check it out!

Jejaka Capricorn
Dia pendengar yang baik, dan dapat memahami segala perkara dgn jelas dan mudah. Senang didekati gadis-gadis tanpa perlu diundang. Suka menjemput tetamu ke rumahnya. Tak suka jadi perhatian. Kehidupan yang sederhana dan stabil. Setiap keputusannya telah diyakini dan difikirkan sedalam-dalamnya. Kekasih yg membiarkan kamu bebas dan memandang anda dari jauh, namun bila anda diluar batasan , dia hanya menegur dgn tindakan renungan mata dia yg redup.

Jejaka Aquarius
Dia seorang berdarah panas, dan suka melakukan sesuatu mengikut perasaan tanpa fikir kesan yg akan jadi. Seorang yg kreatif dan banyak idea yg fantastik. Miliki kepercayaan diri yang kuat dan bukan lelaki yg akan duduk diam bila dlm bab "cinta". Jarang berbohong dan bukan yang org yg pandai menyembunyikan sesuatu.  Tak suka gadis yg pesimis. Sekiranya kamu bersama jejaka ini, jgn cuba-cuba menduga api kemarahanya dan cemburunya.

Jejaka Pisces
Dia seorang yang memiliki kepercayaan diri yang sgt tinggi. Dia seorang kekasih yang baik dan sopan. Suka menolong dan memberikan yg terbaik utk org sekelilingnya.. Berusaha menjaga pasangannya dengan berhati-hati supaya kamu tak terluka. Tapi bila "cinta" dia jadi hambar, dia akan menjadi seorang yg cerewet dan mudah mengkritik. Kedudukan wang pun stabil, tapi wang bukan segalanya bagi jejaka ini. Dia mahu kebahagiaan yg sebenar.

Jejaka Aries
Dia jejaka yg meminati gadis yang bijak. Sekiranya dia bergaduh dgn pasangannya, dia cenderung untuk bertindak tenang. Dia suka mengenali pasangannya bermula dgn kawan/teman. Jejaka ini mudah tertarik dgn gadis yang cantik dan lembut. Dia hanya datang bila kamu memerlukan sahaja. Jadi, sesiapa punyai pasangan dalam bintang ini, bersiap sedialah untuk hadapi cabaran bersamanya kerana golongan ini tidak memikirkan kamu semata-mata.

Jejaka Taurus
Dia bukanlah lelaki yang lemah. Mudah jatuh cinta. Kebijaksanaan dan pemikiran yg luar biasa menarik golongan atasan menerimannya. Melindungi. Dia tidak kisah atau lokek dlam bab bab duit ni. Sangat posesif terhadapa sesuatu yg dianggap itu miliknya. Jgn cuba menghilangkan diri, dia pasti mencarimu sampai dapat utk penjelasan yg terang.

Jejaka Gemini
Dia berfikiran yang cepat dan ringkas. Petah berbicara tanpa henti. Tak pernah duduk diam. Mementingkan kebersihan. Benci menetapkan jadual yg tetap. Tidak menyukai pekerjaan yg menjadi rutin. Menepati waktu. Perjanjian itu sgt penting baginya. Mampu memujuk org dgn mudah. Selalu mencari kebenaran dan mempelajari sesuatu baru melalui dirinya sendiri.

Jejaka Cancer
Paling sensitif. Sebahagian besar org seni adalah dari bintang ini. Mood yang berubah-rubah. Tak pernah berusaha mendapatkan sesuatu tetapi menunggu kesempatan yg baik tuk merebutnya. Tidak bersedia utk di'reject'. Mementingkan perasaan org lain. Tidak suka dimalukan. Tidak tahu bergaul. diselubungi rasa curiga. Jadi kamu jgn cuba bercerita ttg lelaki lain di hadapannya. . Suka gadis yg berdikari, ceria, aktif dan sopan. Bila dia marah, better leave him alone.. Sgt menyayangi ibunya.

Jejaka Leo
Dia seorang yg tegas. Kata-katanya nampak normal tapi bersifat perintah dan meminta. Pemimpin yang amat disenangi oleh pengikut. Penasihat yang baik. Tapi tak mampu nak settlekan masalah sendiri. Sikap yg somobong dan mudah bertukar pasangan. Dia bukan seorang hakim yang baik kerana dia ramai mendengar pendapat org ramai. Sanggup buat apa sahaja utk kekasih tetapi tidak akan sesekalisampai merendahkan egonya. Mudah berbicara tanpa menyedari topik bualannya adalah dirinya sendiri.

Jejaka Virgo
Dia sangat menghargai masa. Tak suka menunggu. Tidak suka mendengar kritikan. Seorang yg profesional dan sukakan kesempurnaan. Selalu fikir dia sahaja yg betul. Jrang membuat kesilapan. Kekasih yg cerdas. Mampu beradaptasi dgn baik. Membelanjakan wang dgn berhati-hati. Romantik. Tidak suka gadis yg kasar dan lasak. Suka gadis yg rapi dan bijak berdandan. Mahukan cinta yang berkualiti. Menyenangi gadis yg jujur, yakin, rapi, bersih dan sempurna.

Jejaka Libra
Dia jejaka yg ganas, kasar, keras kepala dan suka memulkan pertengkaran. Dalam persahabatan, dia lelaki yg ramah, selalu tersenyum. Suara yg lembut dan tenang. Berwajah menarik. Tidak suka melakukan perkara yang remeh-temeh. Benci pada org yg menyombongi diri kepadanya. Tidak suka perempuan yg make-up lebih dan cari perhatian. Romantik. Sukar memahami emosi kekasihnya sendiri. Malas nak fikir perasaan org lain.

Jejaka Scorpio
Sangat sensitif, mudah terluka, dan erasa kesepian. Penyabar. Sanggup menunggu. Suka akan gadis yg tidak mudah putus asa. Serius membicarakan ttg hubungan. Mudah faham fikiranh buruk yg dtg dari org sekelilingnya. Suka berterus-terang. Jejaka ini akan memberikan komen yg mungkin yg akan menyakiti hati kamu. Bersedialah utk berfikiran terbuka bila ingin bersamanya dan jgn mudah terasa. Jejaka ini tidak suka gadis yg berdolak-dalik, menguasai dirinya, dan hanya duduk diam menunggu panggilan atau mesej dari dia. Tertarik dgn gadis yg kompleks dan unik.

Jejaka Sagitarius
Dia menyukai kehidupan yg sosial dan sentiasa ingin tahu perkembangan yg trendy dan up-to-date. Suka berparti dan pelbagai aktiviti sosial. Memberi bantuan tanpa byk soal. Gemar "cakap besar". Mempersonakan. Cepat marah, tapi cepat cool down. Suka menjalinkan hubungan dgn wanita yg normal. Rileks. Kehidupannya ibarat hari-hari adalah hari minggu untunknya. Jarang utk bermood tak baik, tapi sekiranya berlaku, better stay away from him.

 ** Dah tahu..?? Just for fun. ^^ Don't too believe. Bagaimanapun sifat pasangan anda, sekiranya cinta itu utuh utk dia, jgn mudah ragu. Paling penting. Terima seadanya dia. Have a nice day for all of you, my readers! **

Daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.”