Agak lawak, tapi selari ke dgn petanda niatku?
Mimpi : Aku berlari dlm ketakutan bersama dia kerana ada sesuatu yg mahukan aku, dan ada seseorg mahu kami dinikahkan dgn segera.
Lawatan Sekolah Seni Kuching ke SPS tak mengekcitedkan hati aku sebab sampai sekarang pun terbayang-bayang mimpi tuh. Hati aku risau nih. Aku cuba menggembirakan hati dgn borak2 bersama roomate, ttp masih terfikir akan hal yg sama.
Last, aku cerita kat ibu. Kata ibu, "Ibu tak kisah, asal along bahagia, ibu doa yg baikbaik tuk along, tapi jgn mengharap sgt, doa pada Allah selalu. "
Ohh..kalau dah nama nya Ibu.. Penenang jiwa.
Penah seorang kawan aku bertanya,
"Kalau aku yg dah kene risik nih, boleh sembahyang istikharah ke? "
Aku jawab,
" Lagi lah digalakkan kan..dgn syarat, hati kau kena Redha dulu"
Dia berkata balik,
"Ish, aku confirm dia utk aku"
Aku hanya senyum dan balas
" Tak semestinya istikharah nih utk memilih jodoh tu ada atau tidak, istikharah pun harus dibuat, supaya bakal suami isteri tahu cara korang nak hidup bersama nt.. "
**Nampak macam kelakar kan, cari jodoh guna sembahyang istikharah. Ramai yg raguragu nak buat sebab takut kehilangan org yg kita sedang syg, mcm aku cakap, hati kena redha. Itu ketentuanNya.. Kita tawakal dan terima qada dan qadar.
" Ya ALLAH, Aku takut akan kehilangan, tetapi aku berpura-pura kuat. Ya ALLAH, Aku takut dgn penderitaan, tetapi aku belajar terima kenyataan. Ya ALLAH, Aku terlanjur menyukai seseorang yg tidak tahu akan hal ini, tetapi aku yakin akan jodohdarimu, yang baik untukku. Amin.
"Pada aku, biarlah dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik. "
"Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yg ada.. dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.. Apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan??
" Biar dia tahu aku tidak pandai itu, aku tidak pandai ini.. biar dia tahu, aku mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yg tinggi melangititu.. Biar dia tahu aku pernah ada MASA SILAM..namun aku masih ada MASA HADAPAN.. biar dia tahu, biar dia buat keputusan dan pilihan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak"
Doa Istikharah :
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”