Aku ada terbaca ada hadith yg mengatakan antara tempat paling sesuai untuk berdoa adalah di masjid .. ketika itu ramai Malaikat mengaminkan doa kita .. Semalam lepas teman ayah ke klinik, hujan renyai renyai .. waktu tu dah Maghrib, ayah singgah Masjid yg kat Tg Malim .. sempat la semalam aku bersembahyang Maghrib (sebab harini aku dtg uzur) .. Tak fikir apa .. cuma yg terlintas, lepas sembahyang aku teringat pulak katanya doa boleh termakbul kalau berdoa di masjid, aku pun doalaa yg semoga Allah percepatkan urusan pekerjaanku, dan lancar je aku doa, agar ada rezeki aku di Terengganu .. dan aku mengaminkan tanpa mengharap .. mungkin aku redha tanpa sedar ..
Pagi ni, macam biasa .. aku ditinggalkan sendirian sedang ahli family aku yg lain sebuk dgn urusan masing2 di luar .. Hanaya bgn .. mandi .. serapan .. kemas rumah .. cuci pakaian .. masak sardin .. Dah setle semua, aku pun mulakan tugas aku sebagai Facebooker yg berjaya mengelike dan mengkomen kwn2 FB aku .. Mood terganggu sb sistem penghadaman aku tak berapa baik, tambah senggugut .. tekak pun tak selesa .. saat ni mmg layan lagu jiwang .. cuaca pun masih hujan .. tambah tambah keseorangan ..
Petang , adik balik .. dia bercerita tentang final projek seni .. seni memang tak dapat dipisahkan antara aku dan adik .. entah camana, aku dapat calling .. dan aku kenal sgt numb tu dari mana .. Aku menahan perasaan ...
" Hallo cik Nur Atika Alia? Saya dari pihak UNISZA nak bagitahu cik dpt interview kedua ..pada 4hb, jam 10 pagi .. "
...
YA ALLAH .. Aku nak sgt sujud syukur padaMu .. Nikmat Mu Ya Rabb .. Rezeki yg Kau bagi tak pernah terduga .. Semua dlm rahsiaMu .. Excited aku mcm org kena pinang .. ALLAH SUBHANALLAH .. ALHAMDULILLAH .. Semoga aku dapat buat yg terbaik .. demi menunaikan tanggungjawab aku kepada Mu Ya Rabb .. demi berbakti kepada ibu ayah .. Demi sesuap pengalaman ..
Doakan aku ...
Doa adalah golongan org org sabar dan menahan segala rasa tak puas hati |
Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)