Pages

Friday, 1 June 2012

Maaf ...


Maafkanku
kerna mengingkari janji yg tepati dahulu pada mu..
Maafkanku 
atas kekurangan ini.. - Maafkanku,Sixth Sense


Dan aku tahu kenapa aku minat Sixth Sense..  kerana lagu yg dimainkan selalu kena dgn kisah hidup aku.. Biarlah.. Sangka orang kasih aku dan dia selamanya. Biar dunia tahu aku kejam membuat keputusan itu. Aku dah tak mampu nak tanggung. Dari terus menyakiti, biarlah dia sakit sekarang, agar, dia tak sakit di kemudian hari. Dia sememangnya layak untuk dapat yg lebih baik dari aku, dan hanya dia sahaja tahu kenapa. Aku buat keputusan itu dgn rasa yang sgt berat untuk ditanggung. Aku tak mampu nak teruskan. . Mungkin aku tak menyesal dgn keputusan ini untuk hari ini, namun, sekiranya ada penyesalan di masa akan datang, itu dosa yang perlu aku hadapi seumur hidup. Kerana keputusan itu aku yang lakukan, aku yang buat! Aku, Aku yang bernama Alia. Aku adalah orang menyakiti org yg mencintai aku. Semuanya kerana hati yang tak berapa teguh untuk menyintai. Kerana hati terlalu muda untuk memilih yg tetap. Hati yang selalu mencari kesempurnaan. Hati berperasan tamak. Biarlah masa ini aku sendiri. Aku tak berminat nak mencari cinta. Dan rasanya macam tak layak untuk dicintai. Kerana dari dulu, hidup aku tak penah ada kebahagiaan cinta yg tetap. Orang yg tahu mungkin cakap puncanya aku menyukai org lain, aku terlalu jauh dari dia, aku terlalu serabut dgn assignment, semuanya tidak! Aku buat keputusan ini kerana aku dah tak mampu nak berkasih. Aku pnt. Kalau boleh, aku mahu tercipta untuk jadi org yg tiada perasaan cinta. Ahh. Tuhan pun malas mahu mendengar rintihan hidup aku. Hidup yg sepatutnya senang , aku yg jadikannya rumit. Aku mohon kemaafan dari dia.. "Awak, maafkan saya, sekiranya kemaafan itu boleh diganti dgn penderitaan awak, bagilah penderitaan itu pada saya, biar sy lalui penderitaan itu,maafkan saya.. " Maafkan aku. Biarlah aku begini. Aku kejam!