Pages

Saturday 4 May 2013

Selamat Mengundi ~

Assalamualaikum .. 
Esok adalah hari penentu untuk tampuk pemerintahan negara Malaysia ..
Rakyat bakal memilih pemimpin mereka .. (sayang nama Alia tiada dlm sistem walau dah daftar .. )
Pilih baik baik .. kerana 5 tahun akan dtg macam macam boleh jadi ...
Biarlah undi tu menjadi rahsia..
Cukup cukup lah sepanjang berkempen segala aib dibuka .. 
maruah pun tak tahu ke mana ..
Cacian banyak diterima .. 
Fitnah berleluasa ..
Menghina setiap masa ..

Apepun ukhwah antara kita jgn berpecah garagara politik
Jodoh itu rahsia Allah , walaupun .. hehehehehe ..


Alia harap selepas esok ..
Tiada lagi isu isu negatif terpapar di corong corong media .. laman sosial .. mesej .. or everything..
Alia sebagai anak muda (yg tak dapat mengundi..) , mengharapkan kita sama sama dpt membangunkan Malaysia dan menjaga negara dgn baik .. (jgn sampai isu Lahad Datu terjadi lagi..)
Walaupun Alia tak berminat nak berpolitik .. perkembangan negara sentiasa Alia nak tahu ..
Cuma Alia takut je .. 
Rakyat sebuk dgn parti masing masing ..
Musuh ambil kesempatan ke atas negara kita lagi ..
Amalan kita je pun dah kurang dek kerana sebuk berkempen ..
Ibadah pun dah ke mana ..
Sedar tak kita dah hampir ke bulan Rejab .. (Mari kita mula berpuasa ....)
Ramadhan pun hampir juga .. 



Oleh itu .. sambil menentukan masa depan negara .. sama sama lah kita muhasabah diri kita balik .. 
Kepada ayah, selamat menjaga keselamatan rakyat time pilihan raya esok ..
selamat mengundi rakyat Malaysia ...