Pages

Saturday 28 June 2014

Ramadhan yg hilang, sayu.

Waktu begini pastinya ayah dah siapkan dirinya bersama jubah .. Aku, ibu dan adik adik pastinya kelam kabut cari telekung cecantikm tuk siapkan diri masing masing ke Terawih. Allah. Kenapa terlalu kosong Ramadhan kali ni .. Macam aku tidak mahu percaya bila Ramadhan yg datang tidak berbuat seperti biasanya kami buat. Apa khabar ayah?

Kalau aku meraung sekalipun, walau berkali aku minta simpati kalipun, (waima dlm coretan Mahrib ini) .. Orang sekeliling yg kisah hanya ada ucapan, sabar ... dan berdoa. Tapi sebenarnya tidak siapa pun merasa betapa pecahnya jiwa dan hati hinggakan aku terasa ingin menikam diri supaya tidak ada di muka bumi ini. Beratnya ujian Mu Rabb. Walhal. Sedikitpun aku tidak meminta itu dari Mu.

Kelilingku disertai masyarakat yg bersyukur dgn kedatanganmu Ramadhan. Aku turut bersyukur kerana masih diberi peluang tuk perbetulkan segala kekuranganku dlm redha Tuhanmu. Tapi maaf dari hati yg tak berapa suci ini kerana tidak menyambutmu dgn kegembiraan kerana aku menanggung sevuah penderitaan yg entah bila akan pergi.

Wahai Ramadhan. Kiranya diberi satu peluang. Maka kau limpahkanlah rahmat Tuhanmu pada sekeliling alam yg menyambutmu. Dan kau berikalah hikmah dan hidayah kepada aku dan keluarga aku agar aku dpt menyambut mu lagi dgn tulus ikhlas seperti lalu.

Wahai Ramadhan. Aku menharap agar ada sinar mu utk diberi sedikit kepada keluarga aku agar kami sentiasa kuat menhadapi segala dugaan Tuhanmu.. Kembali senyum tawa aku bersama ayah. Kembalikan senda gurau aku bersama ayah. Kembalikan kesihatan dia. Kembalikan kebahagiaan ku.

Maka aku bersama hati yg sayu hanya sekadar senyum nipis mengucapkan Salam Ramadhan untuk keluarga aku. serta masyarakat sekeliling. Tiada ucapan yg lebih gembira melainkan memohon keredhaan dan keampunan dari Tuhan ku yg satu.