Pages

Friday 20 July 2012

Salam Ramdhan

Masuk Ramadhan kali ni, setahun sudah blog aku ni tercipta..
Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat yang sudi membaca blog aku ni..
Untuk kedua kali juga aku menyambut Ramadhan tanpa keluarga di sisi..
Terbayang masakan ibu untuk kami bersahur walaupun aku hanya meminta nasi panas, telur goreng dan kicap. 
Along rindu ibu~

29 hari lagi.. 

Harap aku dapat lalui Ramadhan penuh kesabaran, keikhlasan, dan semoga diberi ketenangan yang berlipat kali ganda untuk beribadat dengan Nya.

Harap aku sentiasa dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Harap aku sentiasa jadi insan yang disenangi dan menyenangi org lain.

Harap aku sentiasa dapat kawal diri dari..dari..menyukai org itu lebihlebih.

Harap aku sentiasa tersenyum melihat karenah orang yang tak berapa suka dgn aku.

Harap aku sentiasa jadi org penyayang.

Harap harap... Aku harap Ramadhan tahun ni penuh makna.. 

Doa Ramadhan ku..
"Ya Allah, Kau ampuni segala dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, adikadik ku. Kau lindungi lah kami Ya Allah. Kau kuatkanlah hati ku menempuhi segala dugaan hidup, sempurnakanlah Ramadhan ku dengan kebaikan, Kau sucikanlah hatiku dari segala hasad dengki dan amarah yang terlampau. Kau permudahkanlah segala urusan ku di dunia dan di akhirat. Kau berikan kesenangan untuk aku sempurnakan segala tugas. Kau berikanlah aku jodoh yang baik-baik. Sekiranya dia jodohku, Kau satukanlah kami dgn cara yang sah. Dan kau tenangkanlah hati org sekelilingku agar mereka dapat menerima ku dengan baik.
Amin Ya Rabbal Alamin"

Salam Ramadhan buat semua~