Tak tahu.. tapi hati ini rasa sebak. Mungkin dua tiga yang lalu, aku terlalu asyik ketawa walaupun tak berapa nak sihat. Hati aku merindui, tapi aku tak tahu pada siapa. Tetapi mungkin rindu pada , pada tak sepatutnya tak akan ada rindu tu untuk dia. Ahhh tinggal beberapa hari je lagi. Betulbetul aku berat hati nak balik Sabah. Final dah hampir sgtsgt. Aku takut, aku tak mampu. Yang ada, cuma perasaan untuk bersama di bawah lindungan keluarga. Untuk menghabiskan sisasisa hidup yg tak seberapa ni bersama keluarga. Raya tahun ni berbeza sangat. Ibu dah mula menanyakan siapa kekasih hati aku. Ibu seakan dah ready untuk lepaskan anak dia pada org lain. Tapi hakikatnya aku tak mahu. Belum masanya. Boleh kan along nak tinggal ngan ibu je?? Aku dah tak mahu bercinta lagi, walaupun aku rindu nak bercinta. Mungkin ini balasan dosa aku untuk cintacinta yg lalu. Dan. Mungkin perasaan tu akan lebih ada bila aku akan terus dinikahkan dengan sesiapa yg akan menikahi aku. Mcm drama la plak. Tapi ini cerita betul. Seronok bila tgk sepupusepupu dgn suami dan anak masingmasing. Tapi bila disuruh bercinta, disuruh kawin, aku tak mahu. Mahu. 4 tahun lagi mungkin. Aku mahu menghabiskan masa dgn family. Tak terkilan langsung andai nyawa aku tak panjang untuk bersuami dan beranak, asalkan aku bersama family. Kerana cinta aku dah terlalu byk tumpah untuk famili berbanding cinta untuk lelaki. Tapi tak semestinya aku tak akan cari cinta itu. Akan cuba untuk mencari. Mencari bila cinta itu betulbetul ready untuk menjadi yg halal. Maaf pada yg ingin mendekati, bukan aku tak mahu. Tapi memang ruang dan peluang tu bukan untuk kamu. Bukan memilih. Bukan sombong. Bukan. Aku cuma mahukan yg paling dekat dgn hati aku. Dan memang tak akan ada peluang langsung cinta untuk org yg sudah menjadi sejarah dalam hidup aku. Jgn cuba untuk cari aku lagi. Maaf. Teruskanlah mencari pengganti yang lebih baik dari aku. Bagi ruang untuk aku cari hidup baru. Begitu juga kamu. Hidup ini mcm roda. Jgn kembali pada situasi yg sama walaupun hidup selalu berputarputar dalam ruang yang sama. Aku akan terus ke hadapan dan tak akan aku berpaling lagi. Kalau terpaling sekalipun aku hanya merindui dan bukan untuk kembali. Dahlah, penat aku merapu. By the way, pada yg dah ade pasangan. Tolong jaga pasangan kamu yg baik2, hidup ni terlalu singkat untuk menyakiti. Ya penting jgn lupa pada cinta Ilahi. Itu yang lebih hakiki. Layan la lagu sambil baca blog aku yg tgh kusut skg ni mcm tuannya. Hahaha. Tak, bukan kusut. Cuma luahan. Assalamualaikum.