Tenggelam terusss cerita hangat isu skandal mental Hanez Suraya and Mr.R .. Oupsss .. Agak kasar juga ayat ni.
Dia patut lega sekejap, sebab ALLAH dah sorokkan aib dia dgn cerita yg lebih menghayat hati bila MH370 missed secara tibatiba semalam .. dan hingga kini, masih belum ditemui.
Dan dengan cerita itu, masyarakat Malaysia sekarang lebih tertumpu pada perkembangan berita kehilangan pesawat Boeing 777, MH370 ni.. Hari aku pun rasa macam gloomy jeh .. Entah kenapa pun tak tahu walaupun tak ada kaitan dgn aku.
Mungkin ada kaitannya sedikit, iaitu.. doa untuk sesama manusia.
Berharap , ada berita baik utk tragedi MH370 .. Berpatah balik, safe landed ke KLIA ke.. atau, safe landed ke Beijing ke .. atau, dorang pergi jenjalan and landed tempat yg selamat pun tak apa laaa ...
Lega pada yg menanti dgn penuh harapan ni ..
Aku yg tak ada kaitan pun berharap, mereka yg ada dalam perut MH370 tuh, kembali dgn selamat. Selagi ada masa depan, selagi tu kita ada harapan.
Doa menjadi kekuatan untuk terus kita mengharap sesuatu yg baik baik dari NYA..
Memang tak dinafikan, ciptaan manusia semakin hari semakin canggih dan baik .. tapi siapa lah kita untuk melawan kehendak ESA .. kerana ALLAH MAHA BERKUASA.
Kiranya ALLAH inginkan manusia yg ada di dlm MH370 tuh berada disisisNYA sekalipun, biarlah ALLAH tarik mereka dlm iman..
Dan. sejak aku kenal kwn yg kerjanya pilot , hati ni gusar je nak tahu ke mana dia akan terbang lepas nih. Dan selalu pesan, "hati-hati" .. Dah itu tanggungjwb dia utk bawa manusia ke destinasi yg dituju .. Aku berharap dia sentiasa di bawah lindungan ALLAH bila dia menjalankan tanggunjwb nya sebagai pilot.
Dan kepada rakyat Malaysia yg kebanyakan kurang minum susu Dugro time kecik kecik. Tolonglaaaa cari susu lain yg boleh menghubungkan sel sel otak anda agar sentiasa berfikiran positif, dan mendoakan kesejahteraan manusia sejagat. Hentikan fitnah, tohamahan, andaian, dan spekulasi yg buat org jelek utk melihat pemikiran anda dan mengguris hati dan perasaaan org yg terlibat. Tak perlulaaa jadi wartawan sampingan, ahli pemikir yg over bijak pandai sampaikan tak tercapai dek akal tu buat cerita cerita bodoh.
Why not kita ..
Keep pray for MH370 ..
Hoping for a positif outcomes..