Pages

Monday, 3 September 2012

Tahun ini..

Tahun ni... Tahun penuh dgn cinta, kalau tidak pada aku, pada orang sekeliling aku. Ya Allah rasa bahagia bila tgk kawankawan batch aku hidup dengan sebaikbaiknya. Walaupun tak serapat dulu, aku tahu masingmasing sudah mula membina kehidupan sendiri dengan usaha masingmasing. Aku hanya tersenyum sendiri bila yang datang ke open house aku semalam semuanya berpasangan. Hahaha. Rasa lawak laaa.. Ya Allah, rasanya macam semalam aku baru habis sekolah.. Tak sangka, fasa itu akan datang juga pada usia aku 22 tahun.. Cepatnya masa berlalu. Tak tahu kenapa aku rasa sebak di hari pernikahan Ira dan suaminya.  Biru.. Indahnya..  Senyuman dia aku tahu dia sedang meniti hari kebahagiaan kehidupannya kelak. Dan. Bahagia lihat Sidot dan suaminya selalu bersama. Untuk Ain dan Am, Diba dan Afiq, Wani dan Syafiq, Fatin dan Faizal, Ilyana dan Aizad.. Moga jodoh berkekalan hendaknya. Doa aku, agar aku diberi peluang tuk melihat kebahagiaan korang di atas sebuah pernikahan. Indahnya perkahwinan itu.Terpulanglah pada pasangan bagaimana mereka mencorak perkahwinan mereka sehingga akhirnya.. Aku mahukannya juga. Aku mahu suami yang membimbing aku ke arah syurgaMu, Ya Allah. Insya Allah. Weee, jiwang! Dengan siapa? Itu aku tak tahu. Aku hanya berdoa pada Allah, agar aku diberi jodoh yang baikbaik. Terlalu awal untuk menyebut nama orang yang aku mahu jadikan dia jodoh ku. Sebelum itu aku selalu redha. Bukan berlagak. Cuma itu pesan ayah, redha dgn ketentuan Ilahi. Akan datang pasti ada hikmah. Bagaimana dengan kehidupan tahun depan pula ya? Entah giliran siapa pula yang akan membina masjid. Ya Allah.. Moga aku diberi kesempatan untuk hidup sekian kalinya dan melihat kebahagiaan orang sekelilingku. Untuk tahun ini. Aku harus, dan wajib fokus untuk Matriks ku yang dah tak lama je lagi. Then praktikal. Grad. Cari kerja, hah! Pastu boleh kawen kan??? Ngeeeee... Tak kisahlah kalau org panggil kita anak dara tua.. Zaman sekarang zaman milenium.. Perempuan bila ada  kerjaya, makin cantik. Kawen lambat bukan jadi satu isu, tak macam dulu. Kalau ada pun, mulut masyarakat, kita tak boleh nak tutup. Yang pasti tanggungjawab kita terhadap Allah cukup dan sempurna. Insya Allah, Amin.. Semoga ikatan ukhwah aku dan orang sekelilingku berkekalan juga .. Jalan kehidupan ini masih panjang walau kita tak tahu bila ajal tu akan tiba. :) Assalam..


Jodoh itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah itu indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita. Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya kan?