Pages

Monday, 22 April 2013

Mengalah Itu Kuat ..



Mereka yang matang dan bijak, pastinya mengelak berbalah dan bertikam lidah. Kerana apa ingin tunjukkan kita benar pada sang jahil? Sedang Allah memerhati bagaimana kamu mempertahankan diri, diam bukan kalah, tetapi kita golongan berhikmah. Kita tak tunjuk kebenaran dengan kata-kata, tetapi dengan kerja buat dan tingkah pada langkah. - PakarDiariHati.

 Hikmah cerita hari ini ..



Alia tak tahu masa depan Alia .. Tapi kiranya takdir hidup Alia ada org ketiga membuat onar dalam perkahwinan .. Seeloknya .. Muhasabah diri awal awal .. redha dgn ketentuanNya .. Mungkin ada kekurangan diri sendiri yg tak memuaskan hati sang suami .. Tapi . Yang jadi ketiga tu .. Alia nak ingatkan .. memang kalau ikut hati boleh merampas segalanya .. Ya Alia tahu .. Ego tu boleh mengatasi iman masing-masing ..Tapi takkan kemana pun .. Pastinya Allah Maha Adil. Apa yg kita buat kat org, Allah akan balas balik .. Sebaiknya .. Fikir matang laa.. Adakah lelaki itu akan berlaku adil dalam berbagi kasih .. Fikir perasaan perempuan yang menjadi isteri/kekasih sang lelaki .. Fikir balik, kiranya pasangan kita dirampas org lain, ape perasaan yg berniat nak merampas tu .. Pada sang lelaki .. Awak mungkin gile bayang kejap bila dapat cinta baru .. Tapi awak lupa yang mencintai awk tu selalu ada di sisi awak .. Dia dah jadi sebahagian hidup awak ..  Dan kenapa tak boleh terima kekurangan pasangan kita selepas berkahwin sedangkan awalnya bulan dan bintang pun awak sanggup bagi pada dia ..  .. Ya .. mungkin Al Quran membenarkan awak berkahwin empat .. tapi ukur iman pada tahap mana .. Kiranya menjalin kasih lain kerana nafsu cinta .. awak lupakan lah tuk menambah isteri .. Ingat. Hati perempuan adalah antara hati hati yang dimuliakan Allah. Dan kerana mulianya hati perempuan tu, syurga terletak bawah kaki perempuan yang bertitle ibu .. 

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah An-Nisa' 4 : 3)

*** Alia doakan dia bahagia walaupun tanpa suami di sisi lagi .. Apa yang dia lalui mungkin berat .. Tapi Allah takkan menduga kita di luar batas kemampuan kita .. Allah tahu dia kuat .. Dia boleh move on dgn life even ada title "J' pada diri tu. Allah Maha Adil. Akan dtg kita tak tahu hikmah disebaliknya.