Assalamualaikum ..
Allah .. Subhanallah.. Maha Suci Allah..
Suka tengok blog Irine Nadia Marcello ..Baru baru ni dia post pasal mengandung. Comel.. Dia cantik .. Dikurniakan dgn wajah yang cantik .. Mungkin juga ada iman yg cantik .. Diberi suami yg sama cantiknya dia .. Allah. Subhanallah.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Kadang kadang bila kita rasa kita cantik .. Dan selayaknya kita rasa kita akan dapat pasangan yang cantik mcm kita. Kita rase dah kuat beragama. Selayaknya kita dapat pasangan yg kuat beragama juga mcm kita. Begitu juga bila kite ada kedudukan tinggi sikit. Maka pasangan itu haruslah yang kaya juga mcm kita. Tapi Allah itu Adil. Kita diciptakan berpasangan untuk saling melengkapi. Ingat tu. Saling melengkapi. Bukan saling sepadan. Boleh jadi Allah beri kita wajah yg cantik, tapi kita boleh beri rasa cinta pada pasangan yg kurang cantiknya. Boleh juga bila kita ada iman dan agama yg tinggi .. Last last dapat pasangan yg masih tercari imannya di mana .. Tak kisahlah .. Mungkin anda juga percaya. Dan pernah tak terfikir kenapa .. Kenapa? Kerana Allah mahu kita saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sentiasa mensyukuri dgn nikmat yg Allah beri pada kita. Hidup mati jodoh pertemuan semua rahsia Allah. Jangan fikir kenapa kita dihidupkan .. Fikirlah bagaimana kita mahu hidup di dunia ni.. Jangan fikir bila kita akan mati.. Fikirlah bagaimana keadaan kita mati nanti. Jgn fikir siapa jodoh kita, fikirlah siapa dia selepas dijodohkan .. Dan jangan fikir kenapa kita bertemu.. Fikirlah bagaiman mahu menghargai sebuah pertemuan. :) Hidup ni sebenarnya tak boleh memilih tetapi biarlah ada pilihan. Pilihlah jalan yang benar. Agar jadi orang yg terpilih dan dikurniakan pasangan yg terpilih juga. Itu maksud sebenarnya memilih pasangan hidup. Aku post pasal ni sebab aku teringat sembang ibu pagi tadi,
" Kita jgn memilih, jodoh tu rahsia Allah, jadilah manusia yg menerima.." - Ibu.
Betul kata ibu. Tapi aku ada pendapat aku sendiri. Aku tahu dia bimbangkan aku yg susah sgt nak dapat jodoh dan mungkin beranggapan aku terlalu memilih. Bukan ibu .. Aku tak pernah memilih. Cuma susah nak pilih pasangan hidup sekarang. Ibu masih ingat tak wasiat ayah .. Tak senang nak tunaikan .. Wasiat. Kita sebagai anak.. sedaya upaya kita nak tunaikan. Itu ja cara aku nak berbakti kepada org tua aku. Semalam sepatutnya aku ke Shah Alam.. Anak buah aku dah bertunang. Tapi kerana ayah tak sihat. Tak lah aku pergi .. Rasa happy.. teruja.. bila masing-masing nak mendirikan masjid. Bohonglah jugak kalau aku tak rasa sedih bila memikirkan bila turn aku .. Cepat cepat aku istighfar bila fikir hal itu. Seolah olah aku salah kan Allah krn tak mengurniakan jodoh aku dgn cepat. Sabarlah wahai hati. Tak kisahlah berapa lama pun. Aku akan tunggu saat itu. Aku yakin Allah pasti akan bagi seseorang boleh melengkapi hidup aku nanti. Aku mahu seseorang yang matang .. sebab aku manja .. :P Biarlah dia yg datang itu datang dgn iman yg mencukupi. Walaupun kisah silam aku tak sebaik muslimah yg di luar sana. Aku juga ada impian mahukan lelaki yg soleh. Kerana apa? Kerana aku mahu dia didik iman aku dgn sesempurna yg boleh. Kena rotan pun takpe, demi agama. :D Biarlah dia melengkapi .. Allahualam .. In sha Allah.
Assalmualaikum.