Pages

Saturday 31 March 2012

Dalam suka ada duka

Aku : Haih..semua buat kerja, aku nak buat ape ni?
Kosmate : Mesti di rumah kau tak pernah buat kerja kan?

Dialog itu buat aku terkedu, begitu ke tanggapan mereka terhadap aku bila aku hanya membiarkan mereka membuat semua kerja di studio itu?? Ohh awal awal pagi hati aku tersentap dek kerana dialog itu. Sekali lagi, aku adalah org yg malas mahu berbicara dgn mereka yg tidak akan faham akan hidup aku. Biarlah. Ada sebab knp aku tak menolong mereka pada hari semalam. Post yg lalu menjadi fahaman pembaca.

Tujuan asal blog ini, pada hari yg sama, aku dan kwn kwn plan nak ke Tamparuli. Istimewanya tempat itu, setiap Rabu akan ada pasar tamu yg unik. Tetapi. Kami pergi semalam adalah untuk melawat rumah terbalik yg kini mcm hangat je benda itu dikhabarkan dalam internet. Malangnya pula. Transport yg kwn aku sewa tak seindah biasa. Kenapa perkhidmatan sewa kereta sekarang seakan kurang hajar dgn aku??! Awal awal minta viva, kancil dibaginya, jika kereta itu bagus tidak mengapelah. Ini? Ya Allah, Tuhanku yg 1 itu jelah yg tahu. Masih mampu bersabar.

Dari awal aku drive , aku rase kelainan pada kereta itu. Bukanlah sehari dua aku drive kereta, dah bertahun. Serba sedikit,pengalaman berkereta rosak itu ada. Aku diamkan sebab aku membawa 3 org kwn dalamnya. Tak mahu mereka risau. Alhamdulillah setelah pusing sana sini, sesat sikit sikit, jam 4 lbh kami sampai. Wow! memang amazing lah rumah itu. Konon.




Rumah Terbalik??
Cang! Ni lah Rumah Terbalik tu..

Hah! Garaj ngan kete pun terbalik.


Sejarah Rumah Terbalik ini ditubuhkan adalah disebabkan pemilik rumah ini dikatakan mempunyai anak yg berumah 9 tahun yg teramat nakal! Entah ye ke idok aku pun tak tahu, itu pun kurator yg membawa kami tu bercerita, aku eyekan jela sebab die kiut, berhhh.. Kami tak dibenarkan snap pic dalam rumah tu. Pasai apa tak taw! Tapi mmg unik la, segalanya terbalik, kecuali aircond.. Yg aku nak gelak, tandasnye pun terbalik, eeee.. mcmane ek, kalau kita ada rumah sedemikian,??

Mereka yg bersama..

Dalam 20 minit jam melawat dalam rumah tu, kami keluar dgn perut yg lapar. Bergegas pulang dan cari tempat makan. Time pulangla paling sadis aku rasa. Aku dah mula rasa makin  lain dgn kereta tu, makin lama menjadi jadi, boleh boleh tgh jalan kereta bergegar tak tentu pasal. Dgn gear nya susah nak masuk. Alih alih aku tgk sign batery di dashboard merah. Ah sudah. Hbs lah.. 

Aku call tuan punya kereta bgtau yg kereta dia bermasalah, die suruhnya jugak aku bawak. Ya Allah, selawat aku bykbyk.. Hampir terlanggar motor, kereta hon hon dibelakang, Ohh tidak, jgn lah terjadi apa apa pada aku dan kwn kwn. Tak sanggup nak meneruskan aku mengambil keputusan tuk memberentikan kereta berdekatan dgn kolej aku, kesian dorang lapa, aku pun dah lambat tuk latihan tarian. Bermesej lah aku pada empunya kereta yg keretanya aku park di tepi jalan mall 1B. Boleh boleh dia call dan marah aku. "Kalau apa apa jadi pada kereta saya awk nak tanggung ke???" Astagfirullah halazim, dia tak fikir ke nyawa dan keselamatan org?? Punyalah berlagak sombong. Aku terus balik kolej sb aku dah lambat, dan usai aku Asar, aku dapat mesej dr owner kereta, " Kau ni lainlain jugak, sudah menyewa tu bertanggungjwb la bha, bukannya sampah kau mau letak tepi jalan." Sekali lagi aku beristigfar, aku teruskan Maghrib dgn perasaan hiba,aku balas mesej yg menyatakan aku sb bertanggungjwb lah aku berhentikan kereta tu dari meletup tak tentu pasal ke hapekan, tak ada reply dari tuan punya kereta. Sudahnya dia sampai, settle cara baik, bayar, blah! Aku serik!!

Sesampainya aku di SPS, dorang cakap tak ada latihan. Perh! Sabor jelah aku.. Kebetulan kwn aku dalam shuttle bus, aku suruh die stay sb takde latihan n nak balik, tapi. Haihhh.. Shuttle bus tu tak lalu SPS weh! Baru aku teringat UMS buat event Fiesta Cahaya di Dewan Canselor. Horrhhh.. turunlah aku ke DC tuk dapatkan bus, tapi satu pun takde. Dah lah sorangsorang! Dapat plak siulan honhon dakdak laki yg bawak moto. Hampeh! Kalau nak tumpangkan balik, tak ape gak. 

Aku nak pergi event tu, cek purse, Ya Allah, lupa yg duit tadi hbs buat bayar sewa kereta. Lupa nak cucuk. Arrgghh!! Bengangnya saat itu. Nasib baik kwn aku yg pergi event tu dapat belikan tiket. Akhirnya aku akhiri hari malang itu dgn melihat show tarian kaum India yg sgt ethic n unik! Cantik cantik sari dorang. Kwn aku yg sorang lagi tu menang lucky draw, punyalah excited dia. Hahahaha. Aku bersorak bangga konon. Mmg nasib dia baik. Tidak apalah. Aku ambil iktibar. Biarlah, mungkin Tuhan ingin menguji kesabaran aku. 


Taadaaa..