Pages

Monday, 23 April 2012

Salah aku ke Alia..??

Pagi yang cerah,
Hari ini aku berpakaian biru dan jeans, biasa make-up aku.
Turun ke lobi, kwn kwn menunggu. 
Ada yg suram pada sorg kwn, Fatin.


Lama diam, sampai lah kami duduk berdua dlm bas. 

"Aku gaduh ngan pakwe aku.." adu dia dgn muka tak seceria biasa.

Aku dgr satu per satu cerita di sebaliknya. Aku diam dan tersenyum. Banyak yg aku nak luahkan jugak. Tapi. Biarlah aku dengar cerita sampai habis. Soalan yg buat aku tak mampu nak jawab,

"Salah aku ke Alia, yg nak terlalu nak kan perhatian ..??"

Kalau kau baca blog aku ni Fatin, kau tak keseorangan tuk berasa sedemikian. Setiap wanita dalam dunia ni inginkan perhatian. Dan wanita akan lakukan apa sahaja utk menarik perhatian kaum Adamnya. Cuma kau kena faham, perasaan lelaki tak sesensitif perasaan kita. Kita marah, dia kate kita emosi. Kita merajuk, dia kate kita tak matang. Ibu aku selalu cakap, lelaki ni kena selalu diingatkan. Sebab, mereka tiada masa tuk memikirkan hal yg remah temah tapi berat bagi kita. Lelaki selalu minta kita faham dan kenal dia. Tetapi kenapa mereka tak pernah memahami kita? Ada kajian mengatakan wanita lebih kuat dan miliki umur yg panjang, sebab mereka selalu memikirkan setiap perkara walau sebesar zarah pun perkara itu. Bayangkan satu hari nanti kau pasti akan terjaga dah memeriksa sama ada pintu rumah kau berkunci atau tidak, sedangkan suami kau lena diuilt mimpi. Kita sedia maklum kononnya lelaki itu pelindung wanita. Tidak Fatin. Kita yg melindungi dia, kita yg bagi kasih syg pada dia, kita yg akan bertarung nyawa melahirkan zuriat tuk mereka, kita yg akan melakukan segala tugas harian sebagai isteri, dan kita juga akan membantu dia tatkala dia susah. Jadi, kesimpulan di sini, tak salah sekiranya kau inginkan perhatian Fatin. Memang itu sepatutnya tanggungjawab lelaki tuk bagi perhatian terhadap kita. Aku pun inginkan perhatian, dan aku pasti perempuan yg lain pun inginkan juga. Tapi kau kena ingat. Tak semua org akan mampu menjaga hati dan beri perhatian kepada kita walau suami kita pun nanti. Jadilah kuat tuk menjaga hati sendiri, dan jgn kau sedih kerana kekurangan itu, kerana mereka tak seistimewa kita. Jadi. Aku tak minta kau faham dan kenal dia dari segi masa , kerjaya dan peribadi dia. Cukuplah kau faham typikal lelaki. Dorang tak akan fikir perkara yg kecil sepertimana kita fikirkan. Jadi. Tak salah kiranya kita bertolak ansur. Tuhan dah bagi setiap perempuan dgn hati yg penuh dgn keikhlasan, kasih sayang dan sabar. Berbahagialah. Jgn sedih.