Bismillahirrahmanirrahim,,
Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.
Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.
Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana manjanya nada suaramu.
Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.
Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.
Namun ukhtiku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
Pada bibirmu yang selalu berzikir,
Pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu,
Pada hatimu yang penuh ramah dan taqwa,
Pada pendirianmu yang tak goyah,memperjuangkan agamamu,
yang semakin hari semakin tenat,kerana madrasah utama ummah,
hilang arah dan tujuan kehidupan.
Ukhtiku Sayang,
Mengapa harus berbangga diri,
Tiada yang tinggal dalam jasadmu,
kecuali rohmu yang suci.
Janganlah engkau kotorkan dengan palitan nafsu.
Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan,
kepada Pemiliknya kelak.
Ukhtiku Sayang,
Sudah engkau menjadi amaran fitnah,
yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu.
Apakah engkau sanggup merealisasikan
sebuah fitnah,
yang mampu menggoncang keimanan
setiap yang bernama lelaki?
Ukhtiku Sayang,
Bukan diskriminasi Tuhan,
yang menciptakanmu sedemikian,
kerana engkau ibarat mutiara yang bernilai.
Yang sewajarnya dijaga rapi setiap ketika.
Selayaknya simpanlah kecantikanmu,
Kepada yang layak engkau pamerkan.
Bahkan pahala yang bakal dikurnia,
Jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya.....
No comments:
Post a Comment