Pages

Showing posts with label Ya ALLAH. Show all posts
Showing posts with label Ya ALLAH. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

Jika Perpisahan Itu adalah Lebih Baik


Perpisahan. Clash. Break up. Putus.

Pernahkah anda semua mengalami situasi ini?

Mungkin inilah perkataan yang sangat menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita. Kita merasakan ini adalah satu “musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata. Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa terbayang di benak kita.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja. Kita takut, apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.

Ada juga diantara kita yang terpaksa memutuskan hubungan atas dasar keluarga yang tidak merestui. Tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan pelbagai lagi alasan yang kita tidak mampu kawal. Dan yang paling baik dan terpuji bagi saya, adalah mereka yang memutuskan sebuah hubungan cinta kerana ingin menjaga agama dan maruah diri dari fitnah dan dosa cinta.

Namun saya pasti, setiap terjadinya “putus hubungan” ini, pasti diiringi dengan air mata, kesedihan, kemurungan dan rasa kecewa. Kalau tak banyak, mesti apa juga secebis perasaan ini even sedikit. Tapi ia tak pelik pun, normal. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.

Tetapi mengapa kita perlu bersedih berlebih-lebihan? Apakah alasan utama yang kita untuk terlalu sedih untuk sesuatu yang masih tiada hitam putih, yang masih ghaib. Lagikan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai.

Kenangan? Kerana terlalu banyak saat indah bersamanya? Hidup ini bagaikan putaran roda, jangan menyandarkan hidup kita hanya kepada kenangan. Mungkin pada waktu lalu kita gembira bersama dia, tetapi sekarang adakah kita masih gembira? Dan apa yang pasti, masa depan belum tentu menjanjikan rasa bahagia seperti masa lalu.

Dan kesedihan yang sedang kita lalui ini, tidak selamanya akan begini. Percayalah, kita akan temui bahagia setelah diuji untuk bersabar. Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin menjadi sebuah proses untuk melepaskan sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.

Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?

Takut untuk Memutuskan cinta.

Ini lagi satu masalah yang menghantui kebanyakkan orang. Takut untuk meminta kata putus. Memang susah untuk memutuskan cinta dengan seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dgn kamu. Tidak mahu menyakiti dan tidak mahu orang yang mendendami.

Sebelum itu, apa yang menyebabkan kita patut memutuskan hubungan? Putuslah jika orang yang kamu suka itu seorang yang fasik, tidak melakukan solat, mengajak kamu melakukan maksiat, tidak memberatkan agama. Juga putuslah jika cinta ini melalaikan kamu dari Allah, pelajaran, ibu bapa.

Jangan teruskan hubungan dengan orang yang tidak serius dengan sebuah perkahwinan. Suruhlah dia datang jumpa ibu bapa, Jika dia betul-betul dengan anda. Janji mulut sahaja tak cukup, kena tunjuk usaha. Percayalah,cinta selepas nikah tu pasti indah.

Memutuskan. Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau hubungan itu menjurus ke arah dosa dan kelalaian, maka putus sahaja. Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?

Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya kita diuji sebegitu. Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,- penulisbuta



copy paste dari blog AkuIslam .. so , kenapa nak takut bila ade perpisahan atau ingin buat perpisahan .. Baru tadi seorang staf cerita dia batalkan pertunangan di saat saat akhir ... saya tanya ape perasaan dia, dia cakap dia lega sebab lepas buat keputusan tu , baru dia tahu perangai sebenar si lelaki .. walaupun dah 4 tahun dia bersabar dengan si lelaki .. Saya tak salahkan dia bila buat keputusan tu, sebab dia dah istikharah .. Maybe Allah dah gerakkan hati dia minta buat keputusan yg betul .. Tapi.. dia bazir masa usia lah .. Kalau aku lah .. Orang buat tak layan sepanjang dlm hubungan , confirm ! Aku putuskan, tinggal gitu je .. Aku adalah org yang paling malas nak layan lelaki yang aku rasa aku malas nak layan .. hahahaha .. Apepehal pun .. YA ALLAH .. Takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. aamiin..



Thursday, 15 November 2012

Pentingnya Dia ..

Ohhh kenapa perempuan mesti ada tujuh hari cuti. Terasa bosan, kosong, sunyi, bila tak boleh nak beribadat. Nak doa pun susah. Lagi lagi sekarang tengah menghadapi kesulitan yang terasa payahnya. Final. Tak dapat nak aku gambarkan betapa sukarnya aku nak menyiapkan. Dan saat saat bersendirian dan kesedihan , bisikan syaitan selalu jeh menerjah di ruang minda yang kusut nih. Dan seterusnya membawa kepada naluri penyesalan dalam diri yang tak akan berguna untuk dikenang.

"Kenapalaaa aku tak belajar rajin rajin, kalau tak, mesti aku sedang belajar medic sekarang..dulu bukan main cita-cita nak jadi doktor"

" Kenapalaa aku tak apply SPA, kalau tak mesti aku dah ada kerja tetap..dah boleh kawen dah! "

"Kenapalaaaa aku ambik seni padahal hal hal melukis, mengecat, langsung tiada dlm jiwa aku "

.........................................................dan sebagainya.


Hari ini maal hijrah.. ada perkara-perkara yang buat aku istigfar dan kembali bersujud kepadaNya..


Sebelum berakhirnya tahun,

Aku berhajat untuk menunjukkan progress final ku kpd supervisor, entah macamana, lecturer yg selalu aku doakan agar lembut hatinya menegur aku dgn lembut sekali. Terpinga-pinga aku jadinya. Dia minta aku menunjukkan progress ku yang berkalikali tertunda dek kerana kekurangan teknologi di sekolahku tuh. Setelah berbincang balik. Dia minta aku tukar kerja final ku, dan dia akan menolong ku sediakan bahan dgn syarat aku harus bekerja kuat utk 3 minggu ni. Aku pun terus bersetuju dan aku berharap Allah melembutkan lagi hatinya untukku berjaya dlm final. Walaupun aku terpaksa bermula balik, aku terasa lega dan tenang setelah bermingguminggu aku menangis kerana final ku sebelum ni terasa teruk sgt. InshaALLAH, apepun aku akan buat yg terbaik lepas nih.

Dan untuk pertama kali dlm minggu ni aku berjumpa dgn kosmates ku lepas aku menghilang diri selama 2 minggu dari bumi Sabah. Ada yg memanggil riang, ada yg mencuitcuit, haha. Berbagai reaksi. Aku hairan. Apepun aku bersyukur, dorang masih mengingati aku walaupun kerja dorang hampir siap, aku bangga dgn dorang dan malu pada diri sendiri. Ya. Salah aku. Malas. Tenangnya saat tu.

Tiba di rumah, ramai pulak yang memberi ku duit untuk lunaskan hutang mereka. Padahal tak pulak aku ingat hutang hutang mereka apetah lagi nak mengungkit.. Aku halalkan segala yg aku beri dan beli untuk mereka. Begitu juga dgn parent aku, walhal aku minta 150 jeh tuk kerja final baru ku, ayah ku baginya 300 tuk sekali dgn duit makan katenya. ALLAH.. terharunya dgn kasih sayang ibu ayah aku..

Bila bermulanya tahun baru..

Pagi sedang tunggu bas di atas jejantas..
Huk.. melayan perasaan dgn lagu lagu rindu.. Tiba-tiba ja jejantas tuh bergegar kuat macam nak runtuh rasenya. Gilerr ahh!!! Aku mengucap, istigfar banyak.. Mau nak gugur jantung aku.. Ade kren yg melanggar jejantas tuh. Semua yg ada di atas jejantas tuh berlari turun ketakutan termasuk lah aku. YA ALLAH.. Kalaulah Kau tarik nyawaku ketika itu. YA ALLAH... Belum sempat aku nak bertaubat padaMu YA ALLAH. Banyak perkara yang belum buat untuk ibu ayah ku ...

dan sekarang .. sambil termenung mengamati insiden insiden yg terjadi baru baru ni.. aku bersyukur kpd ALLAH .. Sesungguhnya Dia Tuhanku ... Tiada yg lain. Tempat aku mengadu hanya Dia. Dia yg Maha Mendengar rintihan hambaNya. Dan tak patut aku mengeluh dan menyesal dgn apa yg terjadi. Mungkin ada hikmah. Dan hikmah itu dtg bila kita redha dan bersujud denganNya.. Dan aku tahu betapa pentingnya solat.. berdoa.. mengaji.. dan menjaga aurat. YA ALLAH sesunguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku percaya padaMu. Dan aku mohon dan jangan Kau mendugaku dgn melupakanMu ketika aku didatangi kesenangan. Aku mahu sentiasa bersujud padaMu. Sentiasa dan selalu, selamanya.

Masihkah Kau ingat doa-doaku tiap kali aku bersujud dgn Mu YA ALLAH.. Sentiasalah Kau mendengar kerana aku tidak akan putus berdoa kerana aku percaya hanya Engkau pemberi nikmat dan musibah dalam menjalani kehidupan. Dan sesungguhnya dunia ini hanya tempat ujianMu untuk hambaMu. YA ALLAH dekatkan ruang hatiku untuk terus bersujud kepadaMu.




Wednesday, 31 October 2012

Rindu ..



♥ ♥ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :


" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. "





✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..



✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..



✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..



✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..


✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..




p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥