Pages

Wednesday, 10 April 2013

Terima Tak Sempurna Dgn Cara Sempurna



Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,

Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,

Itulah kesempatan



Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, Itu bukan pilihan

itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,

Itupun adalah kesempatan .

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,

Bahkan dengan segala kekurangannya,

Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.



Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,

Itu adalah pilihan .

Adalah pilihan yang harus kita lakukan.



Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain

Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,

Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,

Datang sebagai kesempatan pada kita.

Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.

Pilihan yang kita lakukan.



Berbicara tentang pasangan jiwa,

Ada satu petikan dari filem yang Mungkin sangat tepat :

“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita

bagaimana membuat semuanya berhasil”

Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.

Dan sangat mungkin ada seseorang

Yang diciptakan hanya untukmu.

Tetapi tetap berpulang padamu



Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin

Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,

Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,



Kita ada di dunia bukan untuk mencari

seseorang yang sempurna untuk dicintai

TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna

dengan cara yang sempurna




“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Monday, 8 April 2013

UMS-UPSI : I enjoyed.

Pertembungan dua budaya .. Alhamdulillah .. Dapat jugak aku temukan supervisor aku dari UMS ngan penyelia dr UPSI .. Siapa pemerhati yang baik di office tadi.. pastinya nampak perbezaan antara kedua-dua pensyarah yang berlainan latar belakang .. Alhamdulillah .. masing-masing memberi sokongan yang baik bagi aku yang baru nak mendalami bidang kerja sebagai tenaga pengajar .. Penyelia dari Sabah kata, kita nak bagi ilmu pada orang kena professional dan ikhlas .. And, penyelia dari UPSI kata, aku kena tegas .. muka kena ketat sikit, jgn bagi muka pada students sgt , even aku lebih muda dari students .. Aku kena tough, sebab students byk trick nak kenakan fresh tutor macam aku .. 

Bagi aku , its ok laaa .. Cuz aku faham camana bila belajar, dan aku juga faham camana perasaan jadi pensyarah yg mahukan students do the best.. So , aku tengah tengah .. I know .. Bukan senang nak handle students U yg sama level dgn aku .. But at the same time aku juga perlukan kawan yg sebaya supaya aku tak malu nak bercerita hal remaja nih.. (remaja lah sgt) .. so bila time ngajar, aku harap dorg boleh bagi komitmen laa even ade yg lebih pandai dr aku .. dah besar, aku malas nak tegur .. aku pun pernah jadi student .. so aku berpegang pada story Imam Syafie yg begitu hormat pada guru beliau, walaupun lebih muda dari dia .. 

Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

So, bosan camana pun, terima jelaaa .. Kalau yg faham, dorang faham lah level pendidik dan anak murid tuh .. Cuma aku tak mahu rase menonjol jadi tenaga pengajar selagi belum diiktiraf. Anggap je ilmu yang aku bagi sbg ibadat aku kat dunia ni .. Then , bila ade mase lapang , aku boleh treat dorang as friends ... Ade masalah pasal work, aku boleh dgr .. masalah cinta aku boleh dgr .. boleh share cerita .. hahahaha .. Kalau aku rase aku boleh bagi semangat, aku tiup lah sikit .. Kalau time tu aku pun tgh down, sorry banyak banyak .. huhuwww .. Biaselah .. cerita anak muda ni lain sikit .. 

Kesimpulannya .. hmmmm .. both nasihat my penyelias aku take note .. Well untuk praktikal aku jugep .. Alhamdulillah, semua bagi response yg baik .. dan terbaek ... Ayah tanye terbaekk yg camane, aku jwb, "Terbaekk mcm boboiboy !!! " .... :D In sha Allah .. Lagi 3 bulan .. Semoga urusan praktikal dipermudahkan olehNya, diberkati olehNya .. Untuk kawan kawan yg sdg menjalani praktikal macam aku, good luck!! Bitaufiq wannajjah .. :D 


Thanks semua ..

Wednesday, 3 April 2013

Surat Cinta Dalam Hati ..






Mungkin ini memang jalan takdirku,
Mengagumi tanpa dicintai,
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia,
Dengan hidupmu, dalam hidupmu, - UNGU, CINTA DALAM HATI


Buat dia yang mungkin baca coretan ini atau mungkin juga tidak..
 Lagu ini ibarat suara hati aku yang mungkin tidak dapat aku sampaikan kpd dia. 
Terima kasih kerana muncul dalam hidup aku,
Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang kenangan kami dulu..
Terima kasih kerana berjaya buat aku simpan rasa tu sebaikbaiknya ..
Silap aku sebab terjatuh suka pandang dia.
Tak sangka pula kali terakhir kami jumpa, dia bakal menjadi milik orang ..
Dia mesti tak ingat bila kali terakhir kami jumpa ..
Dia mesti tak tahu apa yg tertulis dalam kad ucapan tu sebenarnya ..
Mesti dia sangka hanya ucapan Hari Jadi sahaja ..
Tak apalah, tak mahu menaip panjang
Lagipun rasa kelakar pula bila baca balik apa yang aku taip.
Apa apa pun, seperti apa yang tertulis dlm lirik lagu ni,
aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia.
Semoga dia beroleh anak-anak yang soleh dan solehah bersama isteri dia..
Aamiin ..
Doakan aku berjumpa jodoh yg baik baik juga ..
Eh tadi kata tak mahu taip panjang panjang, tapi panjang juga ,
Terleka pula,
Bila mengingatkan dia, rasa terlalu banyak yg aku nak cakapkan.
Aku nak cakap apa yang aku rasa dulu kat dia.
Tapi iyalah..
Kini adalah kenangan , dulu adalah kenyataan ..
Semoga Allah sentiasa menrahmati dia,
Saya rindu dia ..




Adaptasi : Novel "Suami Aku Ustaz" : Bab 63, Ms 492-494
Edited by si blogger ..

Tuesday, 2 April 2013

Jika Perpisahan Itu adalah Lebih Baik


Perpisahan. Clash. Break up. Putus.

Pernahkah anda semua mengalami situasi ini?

Mungkin inilah perkataan yang sangat menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita. Kita merasakan ini adalah satu “musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata. Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa terbayang di benak kita.

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja. Kita takut, apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.

Ada juga diantara kita yang terpaksa memutuskan hubungan atas dasar keluarga yang tidak merestui. Tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan pelbagai lagi alasan yang kita tidak mampu kawal. Dan yang paling baik dan terpuji bagi saya, adalah mereka yang memutuskan sebuah hubungan cinta kerana ingin menjaga agama dan maruah diri dari fitnah dan dosa cinta.

Namun saya pasti, setiap terjadinya “putus hubungan” ini, pasti diiringi dengan air mata, kesedihan, kemurungan dan rasa kecewa. Kalau tak banyak, mesti apa juga secebis perasaan ini even sedikit. Tapi ia tak pelik pun, normal. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.

Tetapi mengapa kita perlu bersedih berlebih-lebihan? Apakah alasan utama yang kita untuk terlalu sedih untuk sesuatu yang masih tiada hitam putih, yang masih ghaib. Lagikan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai.

Kenangan? Kerana terlalu banyak saat indah bersamanya? Hidup ini bagaikan putaran roda, jangan menyandarkan hidup kita hanya kepada kenangan. Mungkin pada waktu lalu kita gembira bersama dia, tetapi sekarang adakah kita masih gembira? Dan apa yang pasti, masa depan belum tentu menjanjikan rasa bahagia seperti masa lalu.

Dan kesedihan yang sedang kita lalui ini, tidak selamanya akan begini. Percayalah, kita akan temui bahagia setelah diuji untuk bersabar. Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin menjadi sebuah proses untuk melepaskan sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.

Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?

Takut untuk Memutuskan cinta.

Ini lagi satu masalah yang menghantui kebanyakkan orang. Takut untuk meminta kata putus. Memang susah untuk memutuskan cinta dengan seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dgn kamu. Tidak mahu menyakiti dan tidak mahu orang yang mendendami.

Sebelum itu, apa yang menyebabkan kita patut memutuskan hubungan? Putuslah jika orang yang kamu suka itu seorang yang fasik, tidak melakukan solat, mengajak kamu melakukan maksiat, tidak memberatkan agama. Juga putuslah jika cinta ini melalaikan kamu dari Allah, pelajaran, ibu bapa.

Jangan teruskan hubungan dengan orang yang tidak serius dengan sebuah perkahwinan. Suruhlah dia datang jumpa ibu bapa, Jika dia betul-betul dengan anda. Janji mulut sahaja tak cukup, kena tunjuk usaha. Percayalah,cinta selepas nikah tu pasti indah.

Memutuskan. Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau hubungan itu menjurus ke arah dosa dan kelalaian, maka putus sahaja. Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?

Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya kita diuji sebegitu. Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,- penulisbuta



copy paste dari blog AkuIslam .. so , kenapa nak takut bila ade perpisahan atau ingin buat perpisahan .. Baru tadi seorang staf cerita dia batalkan pertunangan di saat saat akhir ... saya tanya ape perasaan dia, dia cakap dia lega sebab lepas buat keputusan tu , baru dia tahu perangai sebenar si lelaki .. walaupun dah 4 tahun dia bersabar dengan si lelaki .. Saya tak salahkan dia bila buat keputusan tu, sebab dia dah istikharah .. Maybe Allah dah gerakkan hati dia minta buat keputusan yg betul .. Tapi.. dia bazir masa usia lah .. Kalau aku lah .. Orang buat tak layan sepanjang dlm hubungan , confirm ! Aku putuskan, tinggal gitu je .. Aku adalah org yang paling malas nak layan lelaki yang aku rasa aku malas nak layan .. hahahaha .. Apepehal pun .. YA ALLAH .. Takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. aamiin..



Monday, 1 April 2013

Pengajaran Komunikasi Visual

Contoh font sebagai rujukan untuk awak orang boleh create dalam interface design .. Pastikan kreatif dari contoh saya ni.. bentuk dan reka letak biar bersesuaian.. (En Amir tak mahu font yg terlalu pelbagai sgt) dan boleh dibaca. Selamat Mencuba !! ^^









Thursday, 28 March 2013

Graphic Designer atau Lecturer ?

Oleh kerana impian untuk menjadi seorang doktor terkubur sejak 5 tahun yg lalu akibat ketidaksempurnaan result sains dlm SPM .. aku beralih ke bidang seni bila masuk form 6 .. Zero. Tak pernah pulak terfikir apa yg aku belajar  time form 6 tuh boleh membawa aku sampai ke tahap Degree .. Alhamdulillah .. Seni, satu subjek yg tak pernah ada dalam hati tuk mendalaminya dulu .. Betul la kot .. Kadang benda yg kita tak suka tu sebenarnya ada kebaikan di sebaliknya .. 

Tapi bila si ibu teringin benar anaknya menjadi cikgu .. Sebelum ke degree aku ni buat pilihan pertama kedua tu tuk ambil bidang pendidikan kononnya .. Walhal . Aku tak berminat pun jadi cikgu .. Demi ibu .. Entah camana tak ada rezeki pulak nak dapat bidang tuh .. UMS dah cop aku ke bidang Teknologi Seni Visual .. Hahahaha .. Betapa aku sukanya saat tu .. Dapat larikan diri dari segala kisah kisah hati kat semenanjung .. Dapat naik kapal terbang .. Dapat pergi negeri orang .. Tapi tahun pertama jelaa indah .. Tahun kedua stress sikit .. Tahun ketiga .. Aku rasa macam dah nak mati duk UMS .. Double triple stress .. Betul la kot sekali lagi , kadang benda yg kita suka akan mendatangkan musibah pada kita .. Mahu tak mahu .. aku redha jelaaa .. anggap je dugaan dari Allah. Dan Alhamdulillah. Akhirnya , sekarang. Alia sedang menjalani praktikal di tempat sendiri.

Aku ni dah angan angan nak jadi pereka grafik .. Hampir hampir la kan nak terima offer praktikal kat sebuah syarikat swasta animasi .. Bila fikir balik .. aku fikirkan bajet nak hidup kat KL tu .. aku tak berapa ready lagi dan aku serik asik kekurangan bajet jeh sepanjang aku kat Sabah .. so aku taknak alaminya sekali lagi di tempat sendiri .. Sangat malas. Tapi aku rasa kerja kat sana mesti best .. Buat design .. katun .. hemmmm .. even aku taklah berapa kreatif mana pun.. tapi aku suka design design nih .. Hohhh terpaksalah lupakan hajat tuh dgn memilih UPSI sebagai tempat praktikal. Tempat yg penuh formal .. 

Emmm first time jejak sebuah institusi yg totally major dlm bidang pendidikan, UPSI .. dah nama pun universiti pendidikan .. Agak blur sikit laaa awalnya .. Tak sangka pulak En Amir letakkan kepercayaan beliau pada aku tuk ajar studentsnya tu pasal software software grafik ni .. (walhal aku takdelaaa terror mane pun) .. Tapi bila dah 3 minggu masuk kelas .. Aku baru faham .. kenapa aku diberi kepercayaan itu .. 




Berbalik pada impian si ibu yg nak aku jadi seorang pendidik .. Aku tak ditakdirkan tuk mengajar pelajar sekolah, tapi .. Allah bagi aku kelebihan tuk aku mengajar pelajar universiti .. Awalnya aku tak yakin sangat sebab aku assume, dorang semua seperti aku .. yg pastinya tahu menggunakan segala perisian perisian yg ada .. Tapi sebenarnya tidak  .. Dan aku baru tahu .. aku perlu berkongsi ilmu yg aku belajar ni pada dorang sebab tanggungjawab dorang nanti lebih besar sebenarnya .. sebab dorang ni lah yg bakal melahirkan generasi yg macam aku ni .. 

Seronok jugak .. Kadang kadang aku kena improvekan diri guna pakai software ni supaya aku dapat tolong dorang buat esaimen dorang nih. Jadi seronok pula bila dorang panggil Cik Alia. Rasa lagi seronok bila dorang hargai apa yg aku belajar dgn ucapan terima kasih .. Seronok juga dapat belajar benda baru dari dorang .. Bila dorang kena tegur dgn pensyarah .. Aku bagi semangat lain tuk dorang sebab aku pun sekarang masih student .. Aku faham dorang .. dorang tak mampu nak buat satu satu esaimen dgn perfect sebab ..banyak kot esaimen lain yg perlu disiapkan .. Kalau aku pun .. tak mampu .. hahahaha .. Tapi aku tau dorang boleh buat .. Kalau aku boleh, why not dorang yg  lagi lama mengaji kat UPSI ni .. Aku cuma boleh tolong apa yg mampu je .. sambil sambil tu dorang membantu jugak aku dlm menghasilkan tesis praktikal aku ni .. huhuww ..



Ramai juga lah yg offer aku buat master then jadi lecturer kat UPSI ni .. tapi camane pulak dgn impian aku nak jadi graphic designer...???  :(

Aku, " Ibu, along tak berapa minat la nak jadi tenaga pengajar nih .. along tak reti nak ajar org dan along rasa macam org tak pandang kerja along .. "

Ibu, " along kan suke bercerita, ibu yakin along boleh ajar dorang. Kerja mengajar nih, tugas yg mulia biarpun org tak pandang .. " 

Emmm masih lagi berfikir .. lepas praktikal nih haruskah aku sambung master atau kerja .. mungkin dah terbiasa belajar dgn hanya cara menghasilkan produk dan karya buat aku lebih berminat tuk jadi graphic designer. Tak semestinya aku tak jadi lecturer, tutor, cikgu aku tak boleh bagi ilmu aku pada org lain .. Tapi kalau Allah takdirkan aku jadi tenaga pengajar .. ??? Allahualam .. sekali lagi aku terima dgn redha .. 






Saturday, 23 March 2013

Patah Hati ...



Emm… patah hati !!

Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas, tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat. “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati”

Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”. Tiada istilah lain yang lebih sedap ke? Tapi yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita

Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?

Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:

Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan? bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka. Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata.



Menagislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri. Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya


♥‘fabiayyi ala irobbikuma tukazziban♥

Maka nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? bahkan didalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya.

Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini? cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah ditelinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya, tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam AlQuran?

Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah disebalik hati yang teriris berdarah darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita kepada cintanya ALLAH, apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini?

Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? disebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH. Nauzubillahimindzalik. Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.


”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”

Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan. Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil henpon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.


Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini !



Hemmm saya copy paste dari blog Aku Islam .. Betul la tu .. Dan paling terkesan dalam hati si perempuan .. Bohonglah kalau tak pernah mengalaminya .. Tak apa. Patah hati ini perkara biasa bila kita tak dapat nak mempertahankan sesuatu yg kita sayang. Cubalah hidup beralah ..dan kembali kepadaNya. In sha Allah. ALLAH bagi kekuatan yg berganda di masa masa akan datang. Hiduplah dengan redha .. Itu je ubat patah hati sebenanrnya.   :)