Mungkin ini memang jalan takdirku,
Mengagumi tanpa dicintai,
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia,
Dengan hidupmu, dalam hidupmu, - UNGU, CINTA DALAM HATI
Buat dia yang mungkin baca coretan ini atau mungkin juga tidak..
Lagu ini ibarat suara hati aku yang mungkin tidak dapat aku sampaikan kpd dia.
Terima kasih kerana muncul dalam hidup aku,
Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang kenangan kami dulu..
Terima kasih kerana berjaya buat aku simpan rasa tu sebaikbaiknya ..
Silap aku sebab terjatuh suka pandang dia.
Tak sangka pula kali terakhir kami jumpa, dia bakal menjadi milik orang ..
Dia mesti tak ingat bila kali terakhir kami jumpa ..
Dia mesti tak tahu apa yg tertulis dalam kad ucapan tu sebenarnya ..
Mesti dia sangka hanya ucapan Hari Jadi sahaja ..
Tak apalah, tak mahu menaip panjang
Lagipun rasa kelakar pula bila baca balik apa yang aku taip.
Apa apa pun, seperti apa yang tertulis dlm lirik lagu ni,
aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia.
Semoga dia beroleh anak-anak yang soleh dan solehah bersama isteri dia..
Aamiin ..
Doakan aku berjumpa jodoh yg baik baik juga ..
Eh tadi kata tak mahu taip panjang panjang, tapi panjang juga ,
Terleka pula,
Bila mengingatkan dia, rasa terlalu banyak yg aku nak cakapkan.
Aku nak cakap apa yang aku rasa dulu kat dia.
Tapi iyalah..
Kini adalah kenangan , dulu adalah kenyataan ..
Semoga Allah sentiasa menrahmati dia,
Saya rindu dia ..
Adaptasi : Novel "Suami Aku Ustaz" : Bab 63, Ms 492-494
Edited by si blogger ..
good entry .. mind to have a look at my blog yea
ReplyDeleteorait .. tq 4 singgah2 .. :D
Delete