Pages

Friday, 21 September 2012

Teringat dan terfikir ..

Sedang aku asyik scroll down home facebook, mate ni tertancap konon pada site "people u may know". Muncul pulak, facebook .. facebook dia. Utk add as a friend konon. Padahal dari dulu pun tak pernah mouse nih nak mengklik, "add as friend" , Hanya tersenyum sendiri. Dah setahun lebih. Setahun tu jugak aku lupakan dia walaupun sekarang, cinta hati dia skg kawan aku. Cuma malam ni, aku teringat dia, yang berkaitan dgn org yg aku tgh pk sekarang. Kenapa mesti suka org yang tak suka kita ha? Aku pelik betul lah.. Bila ade org suka, berabislah cakap hati ini dah berpunya. Tapi. Aku sekarang dah tak berani dah nak mengaku perasaan suka  pada empunya org yg aku pk skg seperti mana aku buat pada org yg aku teringat skg suatu ketika dahulu. Paham tak ayat nih? Ahh buatbuat paham jelah. Sebab. Aku tak mahu. Tak mahu perasan sendiri. Lagi.

Chatting dgn be-pu :
 Be-pu : Kejar jgn tak kejar. Berita gembira update aku.
Aku : Baik.. Follow ye.
Be-pu : I will.
Aku : Pepehal aku nak habiskan final aku dulu, Then thn dpn baru try ngorat.
Be-pu : Baiklah cik lea, Jgn terlepas dah.
Aku : Huk. Alaaa..
Be-pu : Y?
Aku : Word terlepas tuh bikin hurt tuh.
Be-pu: Kalau dgn kau takkan terlepas punyalah.
Aku : Insya ALLAH. :) Doakan dia untuk aku..

Dah. Ni je luahan malam nih. Buat Final Alia!!! Baik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!  .. Gambateh!

Tuesday, 18 September 2012

Bisikkan Dia


"Kenapa nak sedih Alia..??"
"Takde ape.."
"Ibadatlah denganKu..Kau akan bahagia.."
"Terima kasih.. Aku tahu Kau pasti ada.."
"Tahu pun, senyumlah..Lebihkan cintamu pada Ku sebelum kau mencintai mahklukKu"
"Kalau dia tak terima aku camana??"
"Percayalah Aku sediakan yg terbaik untuk mu.."
"Siapa?"
"RahsiaKu"
"Suka berahsia, kenapa..?"
"Kerana Aku mahu Kau sentiasa dgn Ku.."
"Kalau aku terus terang perasaanku pada dia bagaimana??"
"Ikutlah imanmu"
"Kalau dia tak terima aku??"
"Laluilah kebahagianmu dgn keperitan terlebih dahulu"
"Kalau dia pilih perempuan lain??"
"Dia bukan untukmu"


"Tapi kenapa hati ini sering tak tenteram"
"Kau kurang mengingatiKu"
"Aku selalu ingat Kau lah.."
"Tatkala Kau hanya bersedih, gembiramu bagaimana ??"
"Yela..Maaf.. Aku selalu mengabaikan Kau"
"Tahu pun, malaikatKu ada"
"Tak nampak, sebab tu tak kisah"
"Ibu mu, kau tak kisah??"
"Eh kisahlah, dia lahirkan aku"
"Itu sebahagian Malaikatmu yg Aku berikan untukmu"
"Yelah.."
"Sudah Maghrib, marilah ibadat kepadaKu"
"Baiklah.."
"Jgn lupa doamu"
"Baiklah"
"Jgn lupa Quranmu"
"Baiklah"




Berbisik dgn hati..
Apa erti cintaku..
Memilih kata-kata..
Berselindungkan yg ternyata..

"Awak saya doa awak jodoh saya boleh tak?" .. 

Saturday, 15 September 2012

Hati milik siapa?

Baru habis tonton drama Naziha yang terakhir. Nangis aku jadinya. Baru drama. Kalau situasi cerita itu betul..?? Redhakah aku sepertimana Adam meredhakan hatinya melepaskan Naziha? Bukan sekali. Tapi dua kali. Kalau aku. Kalau aku. Huk. Dah lama aku nangis kat situ gak time dorang akad nikah. Yai.. Walau redha camana sekalipun, kalau itu lah insan yg kita pernah syg. Air mata ni laju je nak mengalir. Cis. Pengaruh drama betul lahh. Ish..Ish..Ish..

Hari ini ayah balik semenanjung. Mesej dari ayah :

" Ayah harap along dapat teruskan perjuangan walaupun jerih dan perit nak menghadapi masa depan. Byebye long, jaga maruah diri, jangan lupa solat, Quran. "

Laju je airmata ni nak mengalir bila menaip blog. Baru aku sedar, aku macam kekurangan kasih sayang pulak duk jauh jauh ni. Padan muka. Org cakap, ikut kehendak hati, mati. Ikut rase, binasa. Dulu beriya  nak belaja kat sini. Walau jauh mana pun aku pergi, walau cantik mana pun tempat itu, tak akan sama dgn tempat aku. Cukuplah kalau ada family. Bahagianya bukan kepalang. Bayangkan ayah datang Sabah seminggu je, dah sibuk texting ayah ajak kuar. Macam mintak date ngan pakwe. Tambahtambah, roomates sem ini agak jarang ada d bilik. Lonely kowt!! Rindu pulak pada si messy, suer. Haihhh.. point sebenarnya, aku bosan !!! Aku tak tahu camana nak gerakkan final aku nih. Nak berenti macam dah nak hbs dah aku study kat sini. Nak cari boyfriend..?? Tak payah. Tak mahu. Aku tunggu yg sorang tuh. Tapi. Tapi. Entah la. Belum ada keyakinan nak meluahkan. Balikbalik  luah dalam doa. Kalau lah Allah tuh kawan, boleh tak aku minta pada Dia macam ni, "Ya Allah, Kau bagi jelah dia kat aku, aku janji kalau aku dapat dia, aku akan jadi isteri solehah tuk dia, kalau Kau bagi, nanti aku belanja Kau dengan ibadat aku pada Kau, Insya Allah. "  Wow!!! Sesungguhnya Allah itu Tuhanku. Buat masa sekarang aku cuma ada Dia je, manamana aku pergi aku bawa Dia.


Insya Allah yah, selagi along ingat Tuhan, selagi along ingat family, along selalu jaga diri along baikbaik. Kalau ini dugaan yang along kene tempuh, along redha, usaham dan tawakal. Untuk dia, awak, tunggu saya. Bolehkan? Tapi, kalau ada yg terbaik tuk awak, bukan urusan saya tuk menghalang. Biar rahsia ni saya dan awk je tahu, walaupun awk tak tahu. Huhuwww... !!! Ye ye ooo jep. >.< Siapa?? Biarlah rahsia.

Ya Allah................................,
Ye ye aku tahu Kau sdg panggil aku nak beribadat sekarang ni.. Jomlaaa Jomlaaa... Aku nak luahkan lagi byk pada Kau ni Ya ALLAH... Jgn Kau jauh dari aku. Tolong ye.. Aku mohon. Aku dah takde sesiapa lagi kat sini selain Kau Ya Allah. Assalamualaikum.

Monday, 3 September 2012

Tahun ini..

Tahun ni... Tahun penuh dgn cinta, kalau tidak pada aku, pada orang sekeliling aku. Ya Allah rasa bahagia bila tgk kawankawan batch aku hidup dengan sebaikbaiknya. Walaupun tak serapat dulu, aku tahu masingmasing sudah mula membina kehidupan sendiri dengan usaha masingmasing. Aku hanya tersenyum sendiri bila yang datang ke open house aku semalam semuanya berpasangan. Hahaha. Rasa lawak laaa.. Ya Allah, rasanya macam semalam aku baru habis sekolah.. Tak sangka, fasa itu akan datang juga pada usia aku 22 tahun.. Cepatnya masa berlalu. Tak tahu kenapa aku rasa sebak di hari pernikahan Ira dan suaminya.  Biru.. Indahnya..  Senyuman dia aku tahu dia sedang meniti hari kebahagiaan kehidupannya kelak. Dan. Bahagia lihat Sidot dan suaminya selalu bersama. Untuk Ain dan Am, Diba dan Afiq, Wani dan Syafiq, Fatin dan Faizal, Ilyana dan Aizad.. Moga jodoh berkekalan hendaknya. Doa aku, agar aku diberi peluang tuk melihat kebahagiaan korang di atas sebuah pernikahan. Indahnya perkahwinan itu.Terpulanglah pada pasangan bagaimana mereka mencorak perkahwinan mereka sehingga akhirnya.. Aku mahukannya juga. Aku mahu suami yang membimbing aku ke arah syurgaMu, Ya Allah. Insya Allah. Weee, jiwang! Dengan siapa? Itu aku tak tahu. Aku hanya berdoa pada Allah, agar aku diberi jodoh yang baikbaik. Terlalu awal untuk menyebut nama orang yang aku mahu jadikan dia jodoh ku. Sebelum itu aku selalu redha. Bukan berlagak. Cuma itu pesan ayah, redha dgn ketentuan Ilahi. Akan datang pasti ada hikmah. Bagaimana dengan kehidupan tahun depan pula ya? Entah giliran siapa pula yang akan membina masjid. Ya Allah.. Moga aku diberi kesempatan untuk hidup sekian kalinya dan melihat kebahagiaan orang sekelilingku. Untuk tahun ini. Aku harus, dan wajib fokus untuk Matriks ku yang dah tak lama je lagi. Then praktikal. Grad. Cari kerja, hah! Pastu boleh kawen kan??? Ngeeeee... Tak kisahlah kalau org panggil kita anak dara tua.. Zaman sekarang zaman milenium.. Perempuan bila ada  kerjaya, makin cantik. Kawen lambat bukan jadi satu isu, tak macam dulu. Kalau ada pun, mulut masyarakat, kita tak boleh nak tutup. Yang pasti tanggungjawab kita terhadap Allah cukup dan sempurna. Insya Allah, Amin.. Semoga ikatan ukhwah aku dan orang sekelilingku berkekalan juga .. Jalan kehidupan ini masih panjang walau kita tak tahu bila ajal tu akan tiba. :) Assalam..


Jodoh itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah itu indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita. Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya kan? 

Monday, 27 August 2012

Rasa malam ini...

Tak tahu.. tapi hati ini rasa sebak. Mungkin dua tiga yang lalu, aku terlalu asyik ketawa walaupun tak berapa nak sihat. Hati aku merindui, tapi aku tak tahu pada siapa. Tetapi mungkin rindu pada , pada tak sepatutnya tak akan ada rindu tu untuk dia. Ahhh tinggal beberapa hari je lagi. Betulbetul aku berat hati nak balik Sabah. Final dah hampir sgtsgt. Aku takut, aku tak mampu. Yang ada, cuma perasaan untuk bersama di bawah lindungan keluarga. Untuk menghabiskan sisasisa hidup yg tak seberapa ni bersama keluarga. Raya tahun ni berbeza sangat. Ibu dah mula menanyakan siapa kekasih hati aku. Ibu seakan dah ready untuk lepaskan anak dia pada org lain. Tapi hakikatnya aku tak mahu. Belum masanya. Boleh kan along nak tinggal ngan ibu je?? Aku dah tak mahu bercinta lagi, walaupun aku rindu nak bercinta. Mungkin ini balasan dosa aku untuk cintacinta yg lalu. Dan. Mungkin perasaan tu akan lebih ada bila aku akan terus dinikahkan dengan sesiapa yg akan menikahi aku. Mcm drama la plak. Tapi ini cerita betul. Seronok bila tgk sepupusepupu dgn suami dan anak masingmasing. Tapi bila disuruh bercinta, disuruh kawin, aku tak mahu. Mahu. 4 tahun lagi mungkin. Aku mahu menghabiskan masa dgn family. Tak terkilan langsung andai nyawa aku tak panjang untuk bersuami dan beranak, asalkan aku bersama family. Kerana cinta aku dah terlalu byk tumpah untuk famili berbanding cinta untuk lelaki. Tapi tak semestinya aku tak akan cari cinta itu. Akan cuba untuk mencari. Mencari bila cinta itu betulbetul ready untuk menjadi yg halal. Maaf pada yg ingin mendekati, bukan aku tak mahu. Tapi memang ruang dan peluang tu bukan untuk kamu. Bukan memilih. Bukan sombong. Bukan. Aku cuma mahukan yg paling dekat dgn hati aku. Dan memang tak akan ada peluang langsung cinta untuk org yg sudah menjadi sejarah dalam hidup aku. Jgn cuba untuk cari aku lagi. Maaf. Teruskanlah mencari pengganti yang lebih baik dari aku. Bagi ruang untuk aku cari hidup baru. Begitu juga kamu. Hidup ini mcm roda. Jgn kembali pada situasi yg sama walaupun hidup selalu berputarputar dalam ruang yang sama. Aku akan terus ke hadapan dan tak akan aku berpaling lagi. Kalau terpaling sekalipun aku hanya merindui dan bukan untuk kembali. Dahlah, penat aku merapu. By the way, pada yg dah ade pasangan. Tolong jaga pasangan kamu yg baik2, hidup ni terlalu singkat untuk menyakiti. Ya penting jgn lupa pada cinta Ilahi. Itu yang lebih hakiki. Layan la lagu sambil baca blog aku yg tgh kusut skg ni mcm tuannya. Hahaha. Tak, bukan kusut. Cuma luahan. Assalamualaikum.

Tuesday, 31 July 2012

Sudah sudah lah..

...... Mungkinkah esok, kita kan bertemu kembali..
..masihkah ada ruang didalam hatiku...
untuk cinta yang pernah engkau miliki..
...untuk selama-selamanya...

Tak tahu... yang pasti aku rasa sakit. Tapi normal lah. Adat hukum karma. Bila kita menyakiti org, org akan menyakiti kita balik. Dan aku rasakanya sekarang. Tak kira siapa yang menyakiti tapi aku terima dgn redha. Itu pedoman aku. Selagi iman ada dalam hati. Aku terima sakit ini dgn tenang. Aku lupakan segala yang terjadi. Anggap je itu kitaran hidup yang tak selalunya indah. Semakin kita disakiti semakin kita dekat dengan yang Maha Kuasa. Sesungguhnya Dia lagi menyayangi aku. Di bulan Ramadhan ni. Biarlah aku fokus untuk ibadah puasa ku, tanggungjawab ku menyiapkan segala assignment, tumpuan ku terhadap kerja. Abaikan kau. Tak perlu lagi mengharap. Kau tercipta bukan untukku. Itu petanda Maha Esa untukku. Sudah aku meluah kepadaNya untuk beri yang terbaik. Dan apa yang aku alami memberi amaran untuk aku melupakan kau. Ya. Kalau dulu aku boleh lupakan org yang aku menyakiti aku. Kenapa tidak yang ini jugak. Kalau dulu aku boleh memaafkan orang yg mengkhianati aku, kenapa tidak yang ini jugak. Kalau dulu aku boleh redha dgn takdir yang tidak menyebelahi aku. Kenapa tidak yang ini jugak. Seakan immune dalam hidup ini untuk menerima segala dugaan yang diberi. Sakitnya sudah sebati dalam diri. Kalau dikelar dengan pisau sekalipun, mungkin aku hanya tersenyum melihat darah yang mengalir. Tindakan aku sekarang. Aku akan berdiam diri. Jangan sesekali kau cuba mendekati aku, memberi pandangan simpati, sentuhan yang kejap. Jangan. Dan jangan tanya kenapa aku menjauh dari kau. Itu aku. Sekali aku disakiti, aku akan pergi dari hidup org yg menyakiti aku. Seandainya jodoh itu tertakdir untuk aku dan kau, bagilah aku masa untuk menyejukkan hati dari kesakitan yg kau bagi. Dan sekiranya kau bukan untukku,keluarlah kau dari hidup aku, selamanya. Dan aku takkan pernah jemu untuk mencari cinta baru sehinggalah cinta itu tercipta untuk aku.
~Arigato gozaimasu, Sayonara~