Pages

Tuesday, 31 July 2012

Sudah sudah lah..

...... Mungkinkah esok, kita kan bertemu kembali..
..masihkah ada ruang didalam hatiku...
untuk cinta yang pernah engkau miliki..
...untuk selama-selamanya...

Tak tahu... yang pasti aku rasa sakit. Tapi normal lah. Adat hukum karma. Bila kita menyakiti org, org akan menyakiti kita balik. Dan aku rasakanya sekarang. Tak kira siapa yang menyakiti tapi aku terima dgn redha. Itu pedoman aku. Selagi iman ada dalam hati. Aku terima sakit ini dgn tenang. Aku lupakan segala yang terjadi. Anggap je itu kitaran hidup yang tak selalunya indah. Semakin kita disakiti semakin kita dekat dengan yang Maha Kuasa. Sesungguhnya Dia lagi menyayangi aku. Di bulan Ramadhan ni. Biarlah aku fokus untuk ibadah puasa ku, tanggungjawab ku menyiapkan segala assignment, tumpuan ku terhadap kerja. Abaikan kau. Tak perlu lagi mengharap. Kau tercipta bukan untukku. Itu petanda Maha Esa untukku. Sudah aku meluah kepadaNya untuk beri yang terbaik. Dan apa yang aku alami memberi amaran untuk aku melupakan kau. Ya. Kalau dulu aku boleh lupakan org yang aku menyakiti aku. Kenapa tidak yang ini jugak. Kalau dulu aku boleh memaafkan orang yg mengkhianati aku, kenapa tidak yang ini jugak. Kalau dulu aku boleh redha dgn takdir yang tidak menyebelahi aku. Kenapa tidak yang ini jugak. Seakan immune dalam hidup ini untuk menerima segala dugaan yang diberi. Sakitnya sudah sebati dalam diri. Kalau dikelar dengan pisau sekalipun, mungkin aku hanya tersenyum melihat darah yang mengalir. Tindakan aku sekarang. Aku akan berdiam diri. Jangan sesekali kau cuba mendekati aku, memberi pandangan simpati, sentuhan yang kejap. Jangan. Dan jangan tanya kenapa aku menjauh dari kau. Itu aku. Sekali aku disakiti, aku akan pergi dari hidup org yg menyakiti aku. Seandainya jodoh itu tertakdir untuk aku dan kau, bagilah aku masa untuk menyejukkan hati dari kesakitan yg kau bagi. Dan sekiranya kau bukan untukku,keluarlah kau dari hidup aku, selamanya. Dan aku takkan pernah jemu untuk mencari cinta baru sehinggalah cinta itu tercipta untuk aku.
~Arigato gozaimasu, Sayonara~





No comments:

Post a Comment