Baru habis tonton drama Naziha yang terakhir. Nangis aku jadinya. Baru drama. Kalau situasi cerita itu betul..?? Redhakah aku sepertimana Adam meredhakan hatinya melepaskan Naziha? Bukan sekali. Tapi dua kali. Kalau aku. Kalau aku. Huk. Dah lama aku nangis kat situ gak time dorang akad nikah. Yai.. Walau redha camana sekalipun, kalau itu lah insan yg kita pernah syg. Air mata ni laju je nak mengalir. Cis. Pengaruh drama betul lahh. Ish..Ish..Ish..
Hari ini ayah balik semenanjung. Mesej dari ayah :
" Ayah harap along dapat teruskan perjuangan walaupun jerih dan perit nak menghadapi masa depan. Byebye long, jaga maruah diri, jangan lupa solat, Quran. "
Laju je airmata ni nak mengalir bila menaip blog. Baru aku sedar, aku macam kekurangan kasih sayang pulak duk jauh jauh ni. Padan muka. Org cakap, ikut kehendak hati, mati. Ikut rase, binasa. Dulu beriya nak belaja kat sini. Walau jauh mana pun aku pergi, walau cantik mana pun tempat itu, tak akan sama dgn tempat aku. Cukuplah kalau ada family. Bahagianya bukan kepalang. Bayangkan ayah datang Sabah seminggu je, dah sibuk texting ayah ajak kuar. Macam mintak date ngan pakwe. Tambahtambah, roomates sem ini agak jarang ada d bilik. Lonely kowt!! Rindu pulak pada si messy, suer. Haihhh.. point sebenarnya, aku bosan !!! Aku tak tahu camana nak gerakkan final aku nih. Nak berenti macam dah nak hbs dah aku study kat sini. Nak cari boyfriend..?? Tak payah. Tak mahu. Aku tunggu yg sorang tuh. Tapi. Tapi. Entah la. Belum ada keyakinan nak meluahkan. Balikbalik luah dalam doa. Kalau lah Allah tuh kawan, boleh tak aku minta pada Dia macam ni, "Ya Allah, Kau bagi jelah dia kat aku, aku janji kalau aku dapat dia, aku akan jadi isteri solehah tuk dia, kalau Kau bagi, nanti aku belanja Kau dengan ibadat aku pada Kau, Insya Allah. " Wow!!! Sesungguhnya Allah itu Tuhanku. Buat masa sekarang aku cuma ada Dia je, manamana aku pergi aku bawa Dia.
Insya Allah yah, selagi along ingat Tuhan, selagi along ingat family, along selalu jaga diri along baikbaik. Kalau ini dugaan yang along kene tempuh, along redha, usaham dan tawakal. Untuk dia, awak, tunggu saya. Bolehkan? Tapi, kalau ada yg terbaik tuk awak, bukan urusan saya tuk menghalang. Biar rahsia ni saya dan awk je tahu, walaupun awk tak tahu. Huhuwww... !!! Ye ye ooo jep. >.< Siapa?? Biarlah rahsia.
Ya Allah................................,
Ye ye aku tahu Kau sdg panggil aku nak beribadat sekarang ni.. Jomlaaa Jomlaaa... Aku nak luahkan lagi byk pada Kau ni Ya ALLAH... Jgn Kau jauh dari aku. Tolong ye.. Aku mohon. Aku dah takde sesiapa lagi kat sini selain Kau Ya Allah. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment