Pages

Friday, 4 January 2013

Sorotan campus life ..



" Saya bagi kamu 10 minit tuk salam kawan kamu.. peluk cium dorang ... ...", kata En.Jamsari, penceramah jemputan seminar siang tadi .. hanya ketawa dan pretend tak memperdulikan rasa itu walhal .. kesan di hati Tuhan je yg tahu .. Kang meleleh air mata kat situ .. sentimental pulak kan org tgk .. Hakikatnya .. Hari yang sentiasa berganti .. mainan minda sentiasa bertanya .. adakah aku seorang kawan yg baik selama 3 tahun bersama dorang .. Satu persatu wajah aku amati .. Sepertinya mereka masih kosmates yg sama . Periang . Sempoi . dan baik .. 

Hari yg berganti tu tak lama .. Bayangkan mcm semalam tahun 2013 tuh menjelma .. And now dah 4hb.. Mcm tersentak dari lamunan .. Ya Allah .. Cepatnya masa itu berlalu . Dan esok bila berakhirnya raptai yg akan kami jalankan. Hanya ada satu hari tuk kami merehatkan minda sebelum menghadapi final kedua pada minggu depannya .. Sampai 10hb .. Dan hanya 4 hari je lagi aku akan berada negeri di bawah bayu ni .. Pantasnya masa berlalu .. Dah hampir 2 tahun setengah aku berada di Sabah. Impian yg dulunya mahu merasa naik flight . Hah sekarang menjadi nyata dan hampir bosan menaiki pengangkutan udara tuh .. 

Nak cerita pengalaman dan kenangan .. Kalau disuruh buat laporan .. Mahu tak terkira jilidnya untuk dijurnalkan ...Terlalu banyak .. Kalau boleh tak mahu nak ingat .. Cuma adakala terkenang lah kot suatu hari nanti .. Cuma boleh buat kesimpulan tak mudah nak mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Ini baru kos Seni .. Apetah lagi kos yang memerlukan otak kiri tuk membaca, mengingat, dan menghafal tuh .. Sgt tidak mudah. Hanya orang yg betul betul berjihad menuntut ilmu sahaja yg akan berjaya ke peringkat seterusnya .. Aku sendiri jujur, hampir hampir putus asa dek kerana gagal menyiapkan final projek. Time tuh Allah sahaja yg tahu bagaimana jatuhnya aku .. Mengadu dgn ibu ayah .. Mereka tak faham .. Nak salahkan dorang lagilah tak patut. Alhamdulillah. Bukti Allah masih syg kan aku .. Dia bangkitkan semangat aku .. Dia tiupkan kekuatan Iman dlm diri aku . Akhirnya aku berjaya juga menyempurnakan kerja kerja akhirku . 

Seminar tadi mcm bagi petanda sudah tiba masanya aku berambus dari kampus tercinta ni .. UMS. Tempat pertama aku menimba pengalaman menjadi anak perantau . Tapi tiap kali raya balik rumah gak .. :P Tak pernah lah kot sambut 1 Syawal di UMS .. hahah. Dan bermula bulan Feb aku akan menghadapi situasi baru iaitu Latihan Industri aka alam pra kerja .. Bunyi mcm syok je kan .. Berangan dah mula nak bekerja .. Tapi aku masih tak tahu ketentuan hidup di tempat praktikal tu nanti . Hadapi dgn tenang je lah kan. Disuruhnya kerja, kerja lah. Yang penting! Dekat dgn family .. Tu yg terasa sedikit heaven tuh .. Ngeeee .. Tp tak boleh nak happy sgt .. Nanti buatnya Allah uji dgn kepayahan ... haaaaa .. Nauzubillah. Harap harap Allah permudahkan segala urusanku dunia dan akhirat . Amiin..

Flashback video MatLutfi pasal Ragam Kawen .. Hmmm .. Common sense!!!! Tahun ni dah berapa jemputan aku terima .. Dgn wall Muka Buku yang berderet lah post nya pasal kawen muda .. or bercinta lepas nikah .. pe lagi .. pokok pangkalnya pasal kawen lah .. Bahkan para uztaz uztaz dan pendakwah Islam mula menyokong .. hal hal yg berkaitan kawen ni .. Giler lah kan kalau aku tak pk kawen. Mestilah pk .. Jeles pulak kan tgk geng seumur aku dah mula menjemput majlis tunang lah, nikah lah .. watever it is .. aku pun mule berangan nak kawen . Tp bila pk balik .. Pasangan pun belum ade! Dulu kate ibu jgn duk cinte time skolah, nanti kat U ramai lg lbh baik .. tp tak pun. Aku still je single smpai nak hbs, study kot .. Ngaaaaa .. Punya loser aku nih sepanjang 3 thn belajar U , :3 Mungkin terlalu byk main cinta time skolah. Jadi Allah sdg menguji aku dgn menyembunyikan bakal Imam aku tu .. Tak pun Allah takut kiranya aku diberi pasangan sekarang, aku akan melupakan Dia. Allah .. Allahualam .. Dia maha Mengetahui. Naseblah tak berapa nak meroyan sgt .. So aku pun .. copy paste lah ayat ayat cinta selepas nikah ni tuk sedapkan hati .. Yang pasti itulah yg dijanjikan olehNya sebenarnya .. Target aku 25 mesti kawen. So.. perlu ke bertaaruf dgn someone skrg nih..? Hmmmmm ... 

Yang pasti aku kini sedang berusaha tingkatkan Iman. Jaga hati .. Niat yg ni lagi ssh nak capai dr ambil segulung ijazah. Mungkin solat 5 waktu .. Berusah tidak marah marah .. Sentiasa sabar .. Cuba tidak bercinta monyet .. Mula menjaga aurat .. tp pernah tak pk Allah terima ke semua ibadat aku tu .. Kalau buat assignment cincai.. lecturer boleh lg baik pejam mate bgi markah .. Dan paling buat nafas aku terasa sesak bila setiap kali ingat mati .. ape aku nak jwb nt kalau ibadah ku tak diterima .. bekalan ape aku nak tapau kalau bende tuh dah luput  atau basi. Ya Allah. Ya Subhanallah. Nauzubillah . Huk. Takut... Ya Allah. Moga Kau terima ibadat aku sepanjang hari . Jgn Kau miss satu zarah pun ibadat yg aku buat tuh .. Sekalipun aku tak layak nak masuk syurga. Tolong lah hindari aku dari tergelincir ke api neraka Mu.. Astagfirullahalazim ..

Aku akhiri coretan hari hari terakhir HIDUP kampusku dgn menyambung Diary Sketches ..yg tak pandai nak siap ..Pastinya aku merindui Sabah tuk 3 tahun akan dtg , mungkin laaa.. Aku rindu suasana bayu .. Aku rindu hostel life .. Aku rindu kedamaian .. keramahan .. kemesraan ..mereka yg bersama aku sepanjang aku di Sabah. Berpanjangan hendaknya ukhwah yg dibina -,- .. Bye readers! 

 Bila perpisahan itu berlaku kerana ALLAH maka , yakinlah ALLAH telah menuliskan yang terbaik untuk kita , usah terlalu bersedih kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA .





  

Wednesday, 26 December 2012

Iman Oh Iman ..

Astagfirulahalazim .. Astagfirulahalazim .. Astagfirulahalazim ..

Sampai sudah susah betul nak tidur malam .. 

Kenapa ni .. 

Rasa iman aku sedang menurun laaa .. Allah ..

Tertanya-tanya siapa antara 10 orang yg akan mengulang. Aku ke?

Tertanya-tanya siapa aku bila bersama kawan lama tadi. Boleh ke?

Tertanya-tanya siapa aku untuk memarahi org lain. Layak ke?

Tertanya-tanya siapa di dalam hatinya. Aku ke?

Tertanya-tanya siapa yg dtg dlm mimpi. Dia ke?

Tertanya-tanya siapa yang buat aku begini. Mereka ke?

Semakin banyak pertanyaan dlm hati. Semakin semak pale otak aku ni memikirkan. Semakin banyak fikir. Semakin sesak hati mengundang perasaan. Semakin banyak perasaan yg datang. Semakin susah aku mengawal iman. 

Kata ayah, 
"Itu maknanya iman kau sedang menurun. Semakin dekat kau menghampiri ALLAH, semakin kuat ujian yg akan diberikan. Itu tandanya ALLAH sayangkan kau, dan nak tengok sejauh mana kau mampu berjihad mengawal iman."

Allahuakabar! Aku mohon sgt padamu Ya Allah... Jgn kau jadikan aku hamba yg kufur nikmat. 
Aaaarrrrrrrrrrrrrr .. :'( Astagfirullahalazim..




Tuesday, 25 December 2012

Ya Ukhti

Bismillahirrahmanirrahim,,


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana manjanya nada suaramu.


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.


Cantiknya wanita itu,
Bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.


Namun ukhtiku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
Pada bibirmu yang selalu berzikir,
Pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu,
Pada hatimu yang penuh ramah dan taqwa,
Pada pendirianmu yang tak goyah,memperjuangkan agamamu,
yang semakin hari semakin tenat,kerana madrasah utama ummah,
hilang arah dan tujuan kehidupan.


Ukhtiku Sayang,
Mengapa harus berbangga diri,
Tiada yang tinggal dalam jasadmu,
kecuali rohmu yang suci.
Janganlah engkau kotorkan dengan palitan nafsu.
Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan,
kepada Pemiliknya kelak.


Ukhtiku Sayang,
Sudah engkau menjadi amaran fitnah,
yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu.
Apakah engkau sanggup merealisasikan
sebuah fitnah,
yang mampu menggoncang keimanan
setiap yang bernama lelaki?


Ukhtiku Sayang,
Bukan diskriminasi Tuhan,
yang menciptakanmu sedemikian,
kerana engkau ibarat mutiara yang bernilai.
Yang sewajarnya dijaga rapi setiap ketika.


Selayaknya simpanlah kecantikanmu,
Kepada yang layak engkau pamerkan.
Bahkan pahala yang bakal dikurnia,
Jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya.....




Sunday, 23 December 2012

Aku dan Mati ..

Usai aku menunaikan solat-solat sunat .. Hati berdebar-debar semacam .. Aku sumbatkanlah telinga aku ni dengan alunan zikrullah .. Konon boleh dapat tidur dgn tenang .. Tak jugak makin resah .. Lalu aku menaip mesej pada ayah ibu ku. Jam menunjukkan 2:00 pagi .

"Assalamualaikum. Sebelum along tidur. Along sedaya upaya minta ampun dari Allah. Tapi along lupa nak mintan ampun dari ibu dan ayah. Along minta ampun dari ayah dan ibu dari along lahir sampai sekarang. Syurga along di bawah ayah n ibu. Kalau along tak mampu nak bawa ibu ayah ke syurga, ayah ibu bimbinglah along masuk syurga. Sekalipun tak layak. Samasama lah kita berusaha jgn masuk neraka. Along takut mati. Tapi mati itu pasti. Biar mati dlm iman. Minta ampun sgt pd ibu ayah"

Aku terlelap selepas Subuh. Jam 8:30 pagi aku terjaga. Sesudahnya aku dalam solat Dhuha. Dapat mesej dari ayah.

" InsyaAllah disamping kau mengecapi kejayaan kau, ayah doakan menjadi anak yang soleh. Amiin. "

Hanya tersenyum membalas. Itulah harapan ayah.

"In sha ALLAH. Alg akan berusaha bawak ayah masuk syurga .. Kalau alg tak sempat nak bls jasa ayah kat dunia. Alg akan berusaha bls jasa ayah kat akhirat. Alg akan minta dgn ALLAH tiket tuk ayah masuk syurga"

"Allahuakbar .. tu lah yg dipohon doa. Kpd anak2 harta ayah tak mau. Balek nanti bimbing lah adek2 agar keluarga kita semua dirahmati Allah"

"In sha ALLAH. Doakan along dpt tuntut ilmu agama kat sini. Dlm kelurga mesti ada sorg tahfiz. Kalau angah tak mampu, alg akan berusaha jd hafizah tuk bimbing mereka. Jgn ada antara ahli keluarga kita mati dlm kekufuran. Astagfirullahalazim.. Ayah doa..kanlah along byk2. Doa ayah ibu penting sgt bg along"

"Hafiz diberi syufaat sehingga 400orang tuk dibawa ke syurga. Subhanallah. Malam tadi ayah mimpi melihat bulan dikelilingi byk bintang dan ayat Al Husna berarak langit "

Aku akhiri mesej ayah ..

" Malam td alg tak dpt tdo. Pas solat sunat. Alg dgr zikir. Bilik gelap. Rase sedih. Rasa takut nak menghadapi mati .. Sejak akhir akhir ni asik ingat mati je. Alg takut la yah"


Astagfirullahalazim.. Aku mula membuka laman tanda-tanda kematian 100 hari .. 40 hari .. 7 hari .. 1 hari .. atau saat selepas entri ini dipostkan .. 


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.




Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Saya mahu ..

Saya mahu awak nampak saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu nampak ..
Nampaklah muslimah itu.

Saya mahu awak suka saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu suka ..
Sukalah muslimah itu.

Saya mahu awak rindu saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu rindu ..
Rindulah muslimah itu. 

Saya mahu awak pilih saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu pilih ..
Pilihlah muslimah itu.

Saya mahu awak cari saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu cari ..
Carilah muslimah itu.

Saya mahu awak panggil saya ..
Tapi jika muslimah lain yang awak mahu panggil ..
Panggillah muslimah itu,

Saya mahu awak tunggu saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu tunggu ..

Saya mahu awak cinta saya ..
Tapi jika muslimah lain yang awak mahu cinta ..
Cintailah muslimah itu.

Saya mahu awak sayang saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu sayang ..
Sayangilah muslimah itu.

Saya mahu awak bimbing saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu bimbing ..
Bimbinglah muslimah itu.

Saya mahu awak jaga saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu jaga ..
Jagalah muslimah itu.

Saya mahu awak peristerikan saya ..
Tapi, jika muslimah lain yang awak mahu peristerikan ..
Peristerikanlah muslimah itu.




Kerana saya masih gagal meraih cinta Allah, saya gagal meraih diri awak. 
Saya biarkan awak mencari yang terbaik.

Friday, 21 December 2012

Jumaat 21/12/12 ..

Assalamualaikum .. Alhamdulillah .. Banyak .. sangat nak bercerita .. Yang pastinya ALLAH Maha Mengetahui indahnya hati pada hari ini . Dia yang pertama. Dia yg terakhir. Walaupun kawan-kawan semua balik kampung .. Ayah ibu sibuk dengan persiapan pernikahan makcik. Blog jadi peneman aku berkongsi segala cerita hati. Sebab blog tak ada perasaan bosan untuk tahu cerita aku. Namun tidak setanding dan tak akan dibandingkan dengan Pemilik nyawaku yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui segalanya. Malah Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pemberi nikmat.

Jari jemari ni lancar untuk menaip dengan apa yang terjadi . Bermula pada pagi yang mendung redupnya .. Celik mata melihat roomate yang memulakan hari dengan perasaan stress. Yalah. Bila minggu kuliah dah berakhir. Study week pulak menjelma. Then. Faham faham lah.. Zon exam pun bakal bakal menghampiri. Tetapi. Alhamdulillah. Semester ni aku takda paper formal. So aku tak ada exam. Untungnya student seni visual. Tapi nak menyiapkan projek akhir. ALLAH je tahu kesengsaraan aku. Yelah. Aku bukan yang totally gifted berseni macam kosmate aku yang lain. After all that, Alhamdulillah aku dapat jugak settle kannya dalam saat saat akhir. Tinggal untuk dinilai oleh pensyarah luar pada 7hb1 ni . YA ALLAH Kau lembutkan hati mereka agar mereka dapat menerima dan memberi markah yg baik utk kerja akhir ku. Hemmm back to the story .. Tangan aku mencapai henfon Samsung Corby ku yg comel tuh, then mendail nombor UPSI. 

"Helo, Assalamualaikum. Boleh sy bercakap dgn En.Rizman..?"
"En.Rizman keluar, boleh tinggalkan pesanan..?"
"Oh, sy nak tahu keputusan L.I sy ..."

"Oh.. siapa nama cik..?
"Nur Atika Alia"

"Ohh.. cik dapat praktikal sini, kami dah post surat ke fakulti cik"
"Serius..????"
"Eya.. cik dapat."
"Oo Ya Allah. Tq so much!"

..... Aku call ibu.. tak angkat. Aku call ayah, pun tak angkat. Maklumlah, bila dah kat kampung, terbukti rumah kampung lebih indah dari rumah kami. Huhuw. Tak pe. Aku tak ambil hati. Meloncat girang .. ALLAH. Syukur nye aku ke hadratMu. Aku sujud syukur. 

.... Aku bersiap..nak pergi sekolah.. nak minta kepastian dari pihak pejabat.. Aku dapat satu mesej .. Awalnya aku malas nak ambil tahu.. Kalau tak dari Celcom.. Mesti dari ntah ape nombor yg malas nak layan. Maklumlah. Kalau title single nih. Tak perlu harap ada yg mesej. Tapi bile dah balik balik bunyi mesej. Rimas jadinya. Then dengan rela hati mengecheck la sape yg mesej. Dan. Hanya satu mesej yg buat aku tenung lama. Hati dah tak boleh selindung debarnya. YA ALLAH.. Berlagak tenang.

.... Tak ada tempat special nak tunggu, sebab aku pasti kami bukan jumpa lama pun. Aku menuju ke Harris sambil menunggu reply dr dia. Mata aku tertancap satu buku. Baru nak sentuh ada yg menyapa dari belakang..

"Assalamulaikum.."... Ya ALLAH, nasib lah aku tak melatah .. Aku menoleh dengan sepantas kilat, dia hulur pendrive. Aku menadah terima. Dia pergi then aku pun pergi dlm keadaan yg terpingapinga. Terkejut pun belum habis. Jalan menuju ke bustop. Allah .. Pertemuan kami tu macam dua saat je. Dan itu memang pasti lah. Untuk elak gosip katenya. Dah macam kata artis aku rasa. Tapi aku faham. Mungkin dia nak jaga maruah die. Tak mainlaa seorang bakal doktor nak lama lama dgn perempuan biasa mcm aku. Bak kate seorang kawan, " Yelaaa org hot, doktor lagi tu.. Byk sgt peminat.." 

... Aku biarkan kelebihan dia membatasi hubungan kami.. agar aku sentiasa merendah hati utk memiliki... Pertemuan tu tak semestinya lama .. Dua saat tu pun dah bangkitkan rasa syukur. Allah bagi peluang tu pada aku tuk lepaskan. Lepaskan rindu. Aku pergi sekolah.. Staf pejabat kate hal hal praktikal boleh tahu hari Isnin. Jadi.. Aku pun tak de ape hal kat sekolah tuh.. Dengan ringan langkah balik semula ke hostel.. 

... Dia lama kat 1B sebab nak tgk movie katenye. Hmmm aku sempat singgah promosi Popular.. Ya Allah. Terlalu banyak novel and buku agama yg penuh diskaun. Macam nak beli semua je.. Hoh.. Akhirnya aku beli jugak satu novel. Huhuhuw..Perut lapar. Beli makanan. Naik ke hostel dan aku tunggu die hbskan waktu terluang die tuh dengan mengopi semua movie yg die bagi then, tgk bersama roomate ku. Suka betul roomate aku tgk cerita Aku Terima Nikahnya, walaupun dia bukan Muslim. Aku pun suka. Aku suka sebab aku suka. Suka sebab. Cerita ni lah aku mula kenal dia. :) ..

... Aku pulangkan pendrive dia usai solat Maghrib, dia bagi 15 minit je tuk aku bersiap. Nasiblaa aku dah ngaji lepas Asar... Sedap tul makan KFC ye. Yang pasti kawan die pandang aku mcm tak suka jep. Bersangka baik. Maybe dia hairan kot kwn dia berkawan dgn aku. Aku bangun tidur , roomate belikan Milky Tea.. Die belanja sebab dia pinjam printer aku. Rezeki...

.... Aku sambung tengok cerita Adam dan Hawa.. Ade tarikan dalam cerita tuh...even jalan cerita nya hanya klisye jeh.. Yelah cerita novel. Tahu sgt ending dan ceritanya. Roomate minta teman tgk movie. Aku pun tak ada buat apa. So back to first type. I am blogging. ... Indah kan hari aku hari ni ..? Dapat tahu tempat praktikal.. Dapat jumpe dia.. Dapat movie lagi tuh.. Dapat beli novel.. Dapat Milky Tea free.. YA ALLAH. Betapa aku syukuri nikmat yg Kau berikan. Alhamdulillah .. Syukur sangat. .. ALLAH. Aku mohon jangan Kau lalaikan aku dengan kesenanganMu YA ALLAH. Pastikan hati aku hanya ada Kau yg Satu.

"Jangan ikutkan perasaan tu, Tuhan tu tahu apa yang terbaik untuk kita, jangan kufur nikmat, nanti Allah tarik semuanya.. " kata mak Ain Hawani via Adam dan Hawa.



{......................terselit satu cerita sebalik hari yg indah ni. Awak.. Mungkin harini hari terakhir awk jumpa saya.. Saya tahu awak suka duk negeri org.. Kalau boleh awak pun nak cari jodoh org Sabah jugak. Tapi sy lebih prefer tuk dekat family.. Sy cari tempat sedekat dekat dengan family .. Tapi sy takut lah awk.. Sy takut jauh dari awak.. Sedangkan keadaan sekarang pun sy rasa sy jauh dgn awk.. Walhal kita boleh je jumpa.. Bila dah jauh... Awak mesti lupakan saya.. "Yang penting awak jaga diri awak.." , itu je pesan awak yg selalu sy bawa.....dah dapat rezeki dekat dgn family .. ALLAH uji perasaan sy terhadap awak.. Saya mahu awak terima sy sebenarnya.. Tapi.. bila tahu latar awak, profesion awak, agama awak,  jarak yg makin jarak .. Buat saya rasa ..hentikan perasaan ini. Sy redhakan hati bila saya tak ada awak nanti, akan ada lelaki lebih baik tuk sy nanti.. Tapi, sy .. nanti sy rindu .. Tu je.. }





Monday, 17 December 2012

Kiranya yang baca boleh jawab soalan ini ..

Assalamualaikum .. Hari ni .. Aku tanya dua orang kawan. Soalan aku sama ja.. 

"Emmm camane ko boleh.. berubah dr yg dulu then jd seperti sekarang..? Maksud aku .. ko boleh biasekan diri ko dgn jubah.. tudung.. niqab .. Aku nak jadi macam yg ko buat.. tp aku tak tau nak mula dari mana .. Aku ingat pas hbs belaja ni aku nak buat semua tu.. in shaa ALLAH .. cuma tu lah .. aku takut pandangan orang, lebih lebih lg, kawan kawan aku .."

Jawapan dari dua orang kawan aku ..

Si A ..

"aku pon baru je brubah stat aku masuk blaja dkt kolej islam...mase umo aku 19taun..mule2 aku pon ase xselesa pakai tudung labuh..stokin..handsock n jubah..sbb syarat kolej da tetapkn mcm 2..lgpon..aku mmg da tanam niat nk blaja agama...sumenye bermula dari niat kite...dan stat dari kolej..aku berkenalan dgn kawan2 yg sume pon nk berubah..bile da niat mcm 2...aku ase selesa dgn pakaian 2...jubah n apa sume...dulu aku x pakai purdah..mase umo aku 21 taun..aku stat berniqab..tp mulenya aku biasakan diri dgn jubah,tudung labuh,stokin n handsock...bermula dari situ aku mulakn blaja kenal agama...byk baca buku ilmiah islam..apa yg islam larang perempuan buat n sumela..aku pakai niqab pon sbb dpt dorongan dari tunang aku..dye byk didik aku ttg agama...ttg kawan2..alhamdulillah...penerimaan kawan2 aku sumenya suke ..aku pon ade kawan2 yg lua kolej...cume..bile berniqab nie...jgn jauhkn diri dari sahabat kite...yg perempuanla...kalo dorg ajak aku kua..aku kua mcm biasa...kalau boleh..kite jgn susahkan org dan rasa ade jurang bile kite da berubah...buat mcm dulu2..tp dlm masa yg sama...jaga maruah...jaga bercakapan..sbb bile kite da berubah...automatik..org akn pndg kite..kite pon x sempurna..tp selagi boleh jaga..kite jaga..yg penting..bile da berubah...ikhtilat antara lelaki perempuan kene jaga ...."

Si B ..

"Alhamdulillah.. Sume ats diri aku sndri.. X de sape yg paksa.. X de sape yg suruh.. Aku fkr dh smp masa utk aku mcmni.. Dh ckup utk aku enjoy.. Lgpn aku fkr yg aku x mampu nk bg parent aku duit tp ckup la doa ngn ibadat aku skrg2nya leh tlg die kalau dieorg dh x de nnt.. In shaa Allah kalau ibadat aku dtrme.. Slow2 la.. Jgn trs melulu.. Aku pn mula2 just labuhkan tudung ngn pkai stokin.. Pas2 try pakai jubah..mula2 rase janggal.. Tp lame2 cayelaa kau akn selesa ngn 2 sume.."


Dan.. nasihat mereka ..

"....... kalo ko nak berbuah..step by step..jgn mendadak ...mule dari cube pakai stokin...pastu handsock...pastu ko ubah cara ko pakai baju...pakai t shirt muslimah dgn suar x ketat xpon kain...step by step dear ...pastu baru tukar tudung...insya allah lea...kalo kte berubah...allah akn bagi insan yg seperti kite jgk..tu jji allah pada hambanya yg soleh dan solehah ...kalo ko perlukan kwn..aku always ade utk kawan2 aku ...."

"Lain org lain carenye.. As long kau rase ape yg kau wt 2 betol msti ade ade org yg sokong.. X semestinya kena berjubah.. Kau mula satu2 la.. Klu kau x berstokin x pe.. Pakai stokin.. Pas2 pakai hdsock.. Kau caye ckp aku.. Kalau kau tgk aurat kau tutup smprna kn.. Kau akn rase tenang.. X de sape pn yg akan perlekehkan kau.. Aku selalu doa yg terbaik utk kwn2 aku.. Semoga kita semua trs istiqomah.. In shaa Allah aku yakin kau pn boleh jd lg baik dr aku... "