Pages

Friday, 12 October 2012

Rintihanku..

Bila dengar kwn kwn lain atau, senior senior akan berkonvo.. Aku hanya mampu tersenyum kelat.. Masih terngiangngiang kata kata itu,

"Awak semua mungkin takkan konvo bersama batch awak yg lain disebabkan awk org adalah antara org org yang akan failed dalam matriks dan kemungkinan awk semua akan repeat tuk 1 sem. "

Ya Allah.. Hampir nak gugur air mata aku depan dia.. kerana aku adalah salah seorang yang berada di situ.. Terdiam aku di situ. Di mana agaknya kedudukan aku di mata dia selama ini.. Tak kesian ke melihat kitorang ni yg terkulatkulat dgr ape yg kamu ucapkan. Memang niat kamu baik, tapi cara kamu itu salah. Tolong laaa.. Kali ini.. sahaja.. Jgn buat kami begitu, kamu sebagai org yg hebat.. Please lend your hand, lend ur mind, help us.. Jgn down kan kami.. Ingat kami tak buat kerja ke.. Kalau kamu mahukan semua org nak buat karya arca dan painting.. Kenapa tidak kamu wujudkan kos seni halus sahaja?? Kenapa..Tidaklah kami berjuang habishabisan nak menghambakan diri dalam kos ni.. Kelemahan kami tu perlu dibina, bukan dihina..

Nak mengadu dgn Allah pun aku masih keadaan tak suci, nak sembahyang tak boleh, nak mengaji tak boleh,  mengucap je aku byk byk.. Mengadu kat ibu.. Ibu cakap dia faham.. Mmg aku tahu niat dia faham.. Tapi tak faham kesulitan yg aku alami sekarang. Nak mengadu kat kawan.. Hahah. Macam dorang takkan pernah peduli masalah aku. Kerana masalah dorang pun tak selesai. Tak mahu nak nyusahkan org lain. Biar lah blog jadi tempat meluah.. Dari semalam asyik mengeluh jeh.

Kerana hati tak tenteram, hati mudah nak marah. Mudah jugalah airmata nak mengalir. Hati dah penat sgt.. Diuji sekecil ini, aku dah rapuh. Inikan ujian di masa hadapan.

Ya Allah. Kalau ini ujian yg berikan pada hambaMU ini.. Kau kuatkanlah hati dan imanku untuk aku menempuhnya Ya Allah. Aku kat sini dah takde sape dah melainkan Kau. Aku tak mahu cerita kat org ttg sedih aku. Aku akan pastikan, aku takkan bersedih di hadapan dorang. Yang aku tahu cuma Kau je yg sanggup mendengar.









Monday, 1 October 2012

Istikharah Ku

Agak lawak, tapi selari ke dgn petanda niatku?

Mimpi : Aku berlari dlm ketakutan bersama dia kerana ada sesuatu yg mahukan aku, dan ada seseorg mahu kami dinikahkan dgn segera.

Lawatan Sekolah Seni Kuching ke SPS tak mengekcitedkan hati aku sebab sampai sekarang pun terbayang-bayang mimpi tuh. Hati aku risau nih. Aku cuba menggembirakan hati dgn borak2 bersama roomate, ttp masih terfikir akan hal yg sama.

Last, aku cerita kat ibu. Kata ibu, "Ibu tak kisah, asal along bahagia, ibu doa yg baikbaik tuk along, tapi jgn mengharap sgt, doa pada Allah selalu. "

Ohh..kalau dah nama nya Ibu.. Penenang jiwa.

Penah seorang kawan aku bertanya,

 "Kalau aku yg dah kene risik nih, boleh sembahyang istikharah ke? "

Aku jawab,

" Lagi lah digalakkan kan..dgn syarat, hati kau kena Redha dulu"

Dia berkata balik,

"Ish, aku confirm dia utk aku"

Aku hanya senyum dan balas

" Tak semestinya istikharah nih utk memilih jodoh tu ada atau tidak, istikharah pun harus dibuat, supaya bakal suami isteri tahu cara korang nak hidup bersama nt.. "

**Nampak macam kelakar kan, cari jodoh guna sembahyang istikharah. Ramai yg raguragu nak buat sebab takut kehilangan org yg kita sedang syg, mcm aku cakap, hati kena redha. Itu ketentuanNya.. Kita tawakal dan terima qada dan qadar.


" Ya ALLAH, Aku takut akan kehilangan, tetapi aku berpura-pura kuat. Ya ALLAH, Aku takut dgn penderitaan, tetapi aku belajar terima kenyataan. Ya ALLAH, Aku terlanjur menyukai seseorang yg tidak tahu akan hal ini, tetapi aku yakin akan jodohdarimu, yang baik untukku. Amin.

"Pada aku, biarlah dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik. "

"Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yg ada.. dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.. Apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan??

" Biar dia tahu aku tidak pandai itu, aku tidak pandai ini.. biar dia tahu, aku mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yg tinggi melangititu.. Biar dia tahu aku pernah ada MASA SILAM..namun aku masih ada MASA HADAPAN.. biar dia tahu, biar dia buat keputusan dan pilihan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak"


Doa Istikharah :

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Friday, 21 September 2012

Teringat dan terfikir ..

Sedang aku asyik scroll down home facebook, mate ni tertancap konon pada site "people u may know". Muncul pulak, facebook .. facebook dia. Utk add as a friend konon. Padahal dari dulu pun tak pernah mouse nih nak mengklik, "add as friend" , Hanya tersenyum sendiri. Dah setahun lebih. Setahun tu jugak aku lupakan dia walaupun sekarang, cinta hati dia skg kawan aku. Cuma malam ni, aku teringat dia, yang berkaitan dgn org yg aku tgh pk sekarang. Kenapa mesti suka org yang tak suka kita ha? Aku pelik betul lah.. Bila ade org suka, berabislah cakap hati ini dah berpunya. Tapi. Aku sekarang dah tak berani dah nak mengaku perasaan suka  pada empunya org yg aku pk skg seperti mana aku buat pada org yg aku teringat skg suatu ketika dahulu. Paham tak ayat nih? Ahh buatbuat paham jelah. Sebab. Aku tak mahu. Tak mahu perasan sendiri. Lagi.

Chatting dgn be-pu :
 Be-pu : Kejar jgn tak kejar. Berita gembira update aku.
Aku : Baik.. Follow ye.
Be-pu : I will.
Aku : Pepehal aku nak habiskan final aku dulu, Then thn dpn baru try ngorat.
Be-pu : Baiklah cik lea, Jgn terlepas dah.
Aku : Huk. Alaaa..
Be-pu : Y?
Aku : Word terlepas tuh bikin hurt tuh.
Be-pu: Kalau dgn kau takkan terlepas punyalah.
Aku : Insya ALLAH. :) Doakan dia untuk aku..

Dah. Ni je luahan malam nih. Buat Final Alia!!! Baik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!  .. Gambateh!

Tuesday, 18 September 2012

Bisikkan Dia


"Kenapa nak sedih Alia..??"
"Takde ape.."
"Ibadatlah denganKu..Kau akan bahagia.."
"Terima kasih.. Aku tahu Kau pasti ada.."
"Tahu pun, senyumlah..Lebihkan cintamu pada Ku sebelum kau mencintai mahklukKu"
"Kalau dia tak terima aku camana??"
"Percayalah Aku sediakan yg terbaik untuk mu.."
"Siapa?"
"RahsiaKu"
"Suka berahsia, kenapa..?"
"Kerana Aku mahu Kau sentiasa dgn Ku.."
"Kalau aku terus terang perasaanku pada dia bagaimana??"
"Ikutlah imanmu"
"Kalau dia tak terima aku??"
"Laluilah kebahagianmu dgn keperitan terlebih dahulu"
"Kalau dia pilih perempuan lain??"
"Dia bukan untukmu"


"Tapi kenapa hati ini sering tak tenteram"
"Kau kurang mengingatiKu"
"Aku selalu ingat Kau lah.."
"Tatkala Kau hanya bersedih, gembiramu bagaimana ??"
"Yela..Maaf.. Aku selalu mengabaikan Kau"
"Tahu pun, malaikatKu ada"
"Tak nampak, sebab tu tak kisah"
"Ibu mu, kau tak kisah??"
"Eh kisahlah, dia lahirkan aku"
"Itu sebahagian Malaikatmu yg Aku berikan untukmu"
"Yelah.."
"Sudah Maghrib, marilah ibadat kepadaKu"
"Baiklah.."
"Jgn lupa doamu"
"Baiklah"
"Jgn lupa Quranmu"
"Baiklah"




Berbisik dgn hati..
Apa erti cintaku..
Memilih kata-kata..
Berselindungkan yg ternyata..

"Awak saya doa awak jodoh saya boleh tak?" .. 

Saturday, 15 September 2012

Hati milik siapa?

Baru habis tonton drama Naziha yang terakhir. Nangis aku jadinya. Baru drama. Kalau situasi cerita itu betul..?? Redhakah aku sepertimana Adam meredhakan hatinya melepaskan Naziha? Bukan sekali. Tapi dua kali. Kalau aku. Kalau aku. Huk. Dah lama aku nangis kat situ gak time dorang akad nikah. Yai.. Walau redha camana sekalipun, kalau itu lah insan yg kita pernah syg. Air mata ni laju je nak mengalir. Cis. Pengaruh drama betul lahh. Ish..Ish..Ish..

Hari ini ayah balik semenanjung. Mesej dari ayah :

" Ayah harap along dapat teruskan perjuangan walaupun jerih dan perit nak menghadapi masa depan. Byebye long, jaga maruah diri, jangan lupa solat, Quran. "

Laju je airmata ni nak mengalir bila menaip blog. Baru aku sedar, aku macam kekurangan kasih sayang pulak duk jauh jauh ni. Padan muka. Org cakap, ikut kehendak hati, mati. Ikut rase, binasa. Dulu beriya  nak belaja kat sini. Walau jauh mana pun aku pergi, walau cantik mana pun tempat itu, tak akan sama dgn tempat aku. Cukuplah kalau ada family. Bahagianya bukan kepalang. Bayangkan ayah datang Sabah seminggu je, dah sibuk texting ayah ajak kuar. Macam mintak date ngan pakwe. Tambahtambah, roomates sem ini agak jarang ada d bilik. Lonely kowt!! Rindu pulak pada si messy, suer. Haihhh.. point sebenarnya, aku bosan !!! Aku tak tahu camana nak gerakkan final aku nih. Nak berenti macam dah nak hbs dah aku study kat sini. Nak cari boyfriend..?? Tak payah. Tak mahu. Aku tunggu yg sorang tuh. Tapi. Tapi. Entah la. Belum ada keyakinan nak meluahkan. Balikbalik  luah dalam doa. Kalau lah Allah tuh kawan, boleh tak aku minta pada Dia macam ni, "Ya Allah, Kau bagi jelah dia kat aku, aku janji kalau aku dapat dia, aku akan jadi isteri solehah tuk dia, kalau Kau bagi, nanti aku belanja Kau dengan ibadat aku pada Kau, Insya Allah. "  Wow!!! Sesungguhnya Allah itu Tuhanku. Buat masa sekarang aku cuma ada Dia je, manamana aku pergi aku bawa Dia.


Insya Allah yah, selagi along ingat Tuhan, selagi along ingat family, along selalu jaga diri along baikbaik. Kalau ini dugaan yang along kene tempuh, along redha, usaham dan tawakal. Untuk dia, awak, tunggu saya. Bolehkan? Tapi, kalau ada yg terbaik tuk awak, bukan urusan saya tuk menghalang. Biar rahsia ni saya dan awk je tahu, walaupun awk tak tahu. Huhuwww... !!! Ye ye ooo jep. >.< Siapa?? Biarlah rahsia.

Ya Allah................................,
Ye ye aku tahu Kau sdg panggil aku nak beribadat sekarang ni.. Jomlaaa Jomlaaa... Aku nak luahkan lagi byk pada Kau ni Ya ALLAH... Jgn Kau jauh dari aku. Tolong ye.. Aku mohon. Aku dah takde sesiapa lagi kat sini selain Kau Ya Allah. Assalamualaikum.

Monday, 3 September 2012

Tahun ini..

Tahun ni... Tahun penuh dgn cinta, kalau tidak pada aku, pada orang sekeliling aku. Ya Allah rasa bahagia bila tgk kawankawan batch aku hidup dengan sebaikbaiknya. Walaupun tak serapat dulu, aku tahu masingmasing sudah mula membina kehidupan sendiri dengan usaha masingmasing. Aku hanya tersenyum sendiri bila yang datang ke open house aku semalam semuanya berpasangan. Hahaha. Rasa lawak laaa.. Ya Allah, rasanya macam semalam aku baru habis sekolah.. Tak sangka, fasa itu akan datang juga pada usia aku 22 tahun.. Cepatnya masa berlalu. Tak tahu kenapa aku rasa sebak di hari pernikahan Ira dan suaminya.  Biru.. Indahnya..  Senyuman dia aku tahu dia sedang meniti hari kebahagiaan kehidupannya kelak. Dan. Bahagia lihat Sidot dan suaminya selalu bersama. Untuk Ain dan Am, Diba dan Afiq, Wani dan Syafiq, Fatin dan Faizal, Ilyana dan Aizad.. Moga jodoh berkekalan hendaknya. Doa aku, agar aku diberi peluang tuk melihat kebahagiaan korang di atas sebuah pernikahan. Indahnya perkahwinan itu.Terpulanglah pada pasangan bagaimana mereka mencorak perkahwinan mereka sehingga akhirnya.. Aku mahukannya juga. Aku mahu suami yang membimbing aku ke arah syurgaMu, Ya Allah. Insya Allah. Weee, jiwang! Dengan siapa? Itu aku tak tahu. Aku hanya berdoa pada Allah, agar aku diberi jodoh yang baikbaik. Terlalu awal untuk menyebut nama orang yang aku mahu jadikan dia jodoh ku. Sebelum itu aku selalu redha. Bukan berlagak. Cuma itu pesan ayah, redha dgn ketentuan Ilahi. Akan datang pasti ada hikmah. Bagaimana dengan kehidupan tahun depan pula ya? Entah giliran siapa pula yang akan membina masjid. Ya Allah.. Moga aku diberi kesempatan untuk hidup sekian kalinya dan melihat kebahagiaan orang sekelilingku. Untuk tahun ini. Aku harus, dan wajib fokus untuk Matriks ku yang dah tak lama je lagi. Then praktikal. Grad. Cari kerja, hah! Pastu boleh kawen kan??? Ngeeeee... Tak kisahlah kalau org panggil kita anak dara tua.. Zaman sekarang zaman milenium.. Perempuan bila ada  kerjaya, makin cantik. Kawen lambat bukan jadi satu isu, tak macam dulu. Kalau ada pun, mulut masyarakat, kita tak boleh nak tutup. Yang pasti tanggungjawab kita terhadap Allah cukup dan sempurna. Insya Allah, Amin.. Semoga ikatan ukhwah aku dan orang sekelilingku berkekalan juga .. Jalan kehidupan ini masih panjang walau kita tak tahu bila ajal tu akan tiba. :) Assalam..


Jodoh itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah itu indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita. Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya kan?