Dia masih bukan bergelar isteriku,
Maka bukan hak aku untuk membatasi pergaulannya,
Bukan hak aku untuk menghalang dia bersama sesiapa yang dia perlukan,
Dia masih belum sah menjadi isteriku,
Maka bukan hak aku untuk menegur sesiapa yang menghubunginya,
Melainkan perhubungan tersebut hanya untuk mengganggu ketenteraman dia,
Dia hanya sekadar calon yang telah aku pilih,
Menjadi teman yang mungkin akan bergelar surirumahku,
Maka menjadi tanggungjawab aku membentuk apa yang perlu untuk dirinya,
Dan memberi apa yang perlu untuk membuat dia selalu senang semasa ada dan tiada aku...
"Sebagai seorang gadis, apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki itu :
Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."
Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal tak besar pun tak apa, asalkan selesa untuk keluarga nanti, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta penyediaan pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.
Pengganti ibu ayah. Sanggup melindungi wanita itu daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti dia rela melepaskan dirinya daripada ayah ibu yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
Pandai menjaga diri. Apabila bercakap ditunaikan dan diamalkan. Suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan beliau mendahului perbuatan itu.
Bijak menguruskan hal rumahtangga. Berkebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Tak salahkan kalau ada give and take?
Kepercayaan. Ikhlas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa bersangka buruk.
Rajin. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
Keturunan baik-baik dan jaga ibadat. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
No comments:
Post a Comment