Pages

Tuesday, 31 July 2012

Sudah sudah lah..

...... Mungkinkah esok, kita kan bertemu kembali..
..masihkah ada ruang didalam hatiku...
untuk cinta yang pernah engkau miliki..
...untuk selama-selamanya...

Tak tahu... yang pasti aku rasa sakit. Tapi normal lah. Adat hukum karma. Bila kita menyakiti org, org akan menyakiti kita balik. Dan aku rasakanya sekarang. Tak kira siapa yang menyakiti tapi aku terima dgn redha. Itu pedoman aku. Selagi iman ada dalam hati. Aku terima sakit ini dgn tenang. Aku lupakan segala yang terjadi. Anggap je itu kitaran hidup yang tak selalunya indah. Semakin kita disakiti semakin kita dekat dengan yang Maha Kuasa. Sesungguhnya Dia lagi menyayangi aku. Di bulan Ramadhan ni. Biarlah aku fokus untuk ibadah puasa ku, tanggungjawab ku menyiapkan segala assignment, tumpuan ku terhadap kerja. Abaikan kau. Tak perlu lagi mengharap. Kau tercipta bukan untukku. Itu petanda Maha Esa untukku. Sudah aku meluah kepadaNya untuk beri yang terbaik. Dan apa yang aku alami memberi amaran untuk aku melupakan kau. Ya. Kalau dulu aku boleh lupakan org yang aku menyakiti aku. Kenapa tidak yang ini jugak. Kalau dulu aku boleh memaafkan orang yg mengkhianati aku, kenapa tidak yang ini jugak. Kalau dulu aku boleh redha dgn takdir yang tidak menyebelahi aku. Kenapa tidak yang ini jugak. Seakan immune dalam hidup ini untuk menerima segala dugaan yang diberi. Sakitnya sudah sebati dalam diri. Kalau dikelar dengan pisau sekalipun, mungkin aku hanya tersenyum melihat darah yang mengalir. Tindakan aku sekarang. Aku akan berdiam diri. Jangan sesekali kau cuba mendekati aku, memberi pandangan simpati, sentuhan yang kejap. Jangan. Dan jangan tanya kenapa aku menjauh dari kau. Itu aku. Sekali aku disakiti, aku akan pergi dari hidup org yg menyakiti aku. Seandainya jodoh itu tertakdir untuk aku dan kau, bagilah aku masa untuk menyejukkan hati dari kesakitan yg kau bagi. Dan sekiranya kau bukan untukku,keluarlah kau dari hidup aku, selamanya. Dan aku takkan pernah jemu untuk mencari cinta baru sehinggalah cinta itu tercipta untuk aku.
~Arigato gozaimasu, Sayonara~





Friday, 20 July 2012

Salam Ramdhan

Masuk Ramadhan kali ni, setahun sudah blog aku ni tercipta..
Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat yang sudi membaca blog aku ni..
Untuk kedua kali juga aku menyambut Ramadhan tanpa keluarga di sisi..
Terbayang masakan ibu untuk kami bersahur walaupun aku hanya meminta nasi panas, telur goreng dan kicap. 
Along rindu ibu~

29 hari lagi.. 

Harap aku dapat lalui Ramadhan penuh kesabaran, keikhlasan, dan semoga diberi ketenangan yang berlipat kali ganda untuk beribadat dengan Nya.

Harap aku sentiasa dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Harap aku sentiasa jadi insan yang disenangi dan menyenangi org lain.

Harap aku sentiasa dapat kawal diri dari..dari..menyukai org itu lebihlebih.

Harap aku sentiasa tersenyum melihat karenah orang yang tak berapa suka dgn aku.

Harap aku sentiasa jadi org penyayang.

Harap harap... Aku harap Ramadhan tahun ni penuh makna.. 

Doa Ramadhan ku..
"Ya Allah, Kau ampuni segala dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, adikadik ku. Kau lindungi lah kami Ya Allah. Kau kuatkanlah hati ku menempuhi segala dugaan hidup, sempurnakanlah Ramadhan ku dengan kebaikan, Kau sucikanlah hatiku dari segala hasad dengki dan amarah yang terlampau. Kau permudahkanlah segala urusan ku di dunia dan di akhirat. Kau berikan kesenangan untuk aku sempurnakan segala tugas. Kau berikanlah aku jodoh yang baik-baik. Sekiranya dia jodohku, Kau satukanlah kami dgn cara yang sah. Dan kau tenangkanlah hati org sekelilingku agar mereka dapat menerima ku dengan baik.
Amin Ya Rabbal Alamin"

Salam Ramadhan buat semua~

Thursday, 12 July 2012

Dear Messy~

Pertama kali saya jumpa dia. Saya tak suka. Dia seakan overexciting. Tapi kata pepatah. Tak kenal maka tak cinta. Dua sem bersama dia. I feel comfortable with her. She can advise me as sister, and I command her like a sister. Dia talkative. Every single thing dia akan cerita. Sana sini dia akan cerita, tak kisah benda atau orang tu saya kenal tau tahu atau tidak. Fanatik dia kalau babbab menonton. Tanya je apa cerita dia yang tak pernah tgk. Dari anime ke drama and movie.. Semua dia nonton. Sometimes, dia gedik jugak. Tapi tak kisah. Saya layankan ja. Bila saya tak da duit, dia jadi banker saya. Bila saya suka someone, dia tempat saya meluah. Bila saya ada masalah, dia tempat saya bercerita. Bila saya happy, dia teman saya ketawa. Bila ada masa, kami jalanjalan samasama. Try to know each other. Bila rasa tak suka dgn acting, advise dia. Saya rasa nak marah, tapi tak jadi. Bila dia tidur, saya jaga, bila saya tidur, dia jaga. Hahaha. Macam guard. Dia gila sushi, sebab tu sanggup kerja dgn saya d Sushi King. Saya kenal dia, dari dia single, sampailah kini dia dah berpunya.

Itu dulu..

Now, dia dah habis belajar. Dah berenti kerja. Dan. kembali pada family dia yang tercinta. She left me. Pernah tak rasa kehilangan? Saya rasakannya kini. Rasa funny pulak bercerita tentang dia sekarang. Lepas ni. Takda orang teman lepak kedai mamak. Takda orang bagi duit. Takda teman nak gaduh, bercerita, ketawa. Saya mesej ibu, saya cakap saya hilang kakak. Ibu cakap. "Along dah biasa bercerita dengan org, jadi bila org takda kat sisi, sebab tu along sedih. Tak pe, kita kena berdikari." Lepas ni, macam biasa. Lalui kehidupan dengan bersahaja dan tenang. I pray for her happiness. Entah bila dapat jumpa dia lagi. Entah bila nak tgk dia kawen. She will be going to graduate soon. Please come back to see me if u still remember me. Thanks being my roomate indeed. Miss her. Much. :')

If u klik our picture, u will know her~