Pages

Saturday, 14 April 2012

I'm travel to Kuching!

5 April 2011
Bermula hari utk siap sedia ke Kuching. Tak tahu ape rasenye. Yg pasti aku sakit ketika itu. Gastrik. Perut ni mcm nak pecah je rase. Nasi yg di oder pun tak mampu nak hbskan walau sesudu. Aku lbh byk diam. Bila aku diam. Bermakna aku sakit, risau, ataupun marah. Aku diam dan diam. Bukan aku tak suka. Cuma hati memang tak ikhlas nak pergi. Aku runsing. Sama ada aku boleh bersama dgn mereka dlm masa seminggu itu. Bagi aku. Kosmates hanya kwn dlm kelas dan study. Dan bukan kwn untuk mesra dan bermanja. Aku perhatikan satu persatu. Dan ketika sakit itu, aku rase mereka semua annoying. Teruknya perasaan ketika itu. Last aku beralih ke surau, dan melelapkan mata dgn perasaan berbaur risau + sedih. Terus terang aku cakap, aku tak berapa suka travelkan diri dgn kwn biasa selain family dan org yg aku syg. 

Get ready, muka sebal + thn sakit
6 April 2011
Aku dikejutkan oleh seorang kosmate, Nabila. Jam 3 pagi. Bas dah tiba. Aku masih bingung. Melayan sakit. Pening. Aku muntah. Kosmate lain, Dalilah. Dia minta aku makan ubat. Aku berterima kasih dlm hati krn care. Aku nye bas nombor 26. Aku bersama grup time kami buat pasport. Diamdiam aku duduk seorang. Dtg kosmate lelaki minta duduk sebelah. Punya lah aku buat muka. Alasan takde tempat duduk. Padahal ade je satu kosong di belakang. Aku hanya mampu diam. Malas nak berkatakata, Lihat je muka aku , kau akan tahu aku suka tau tidak. Aku telan pil tidur + pil gastrik sekali gus. Aku tidur tak sedarkan diri.

7 April 2011
Hampir ke 8 April baru sampai Kuching. Tiba hotel. Bilik tak cukup. Terpaksa share dgn grup lain. Bising. Aku diam. Aku dah terlalu bengang. Kosmate aku , Lynda, tanye kenapa dgn aku. Last dorang kurangkan bising. Mungkin perasan muka aku yg tak suka suasana itu. Benarlah kate dorang. Riak muka aku je tahu perasaan aku macamana. Tak perlu berkatakata. Aku minta tukar bilik sebelah. Bersama felo, cik Yati dan my F4 sisters, Ntan, Siti, Ruby, dan Rsna, dorang lbh memahami. Matang. Aku tidur ala kad. Bygkan tanpa makan apa apa dlm dua hari. Aku boleh hidup tapi ibarat mayat hidup. 

8 April 2011 
Aku bgn awal. Mungkin aku tak berapa nak lena malam tu. Manakan tidak. Aku dah pengsan seharian dlm bas. Nak telan ubat lagi. Aku takut impak lain yg dtg. Aku jaga dgn perasaan yg sedikit selesa. Aku siapkan diri dgn tanpa make-up. Aku sarapan bersama kosmates yg lain. Biasa. Mee kolok. Tak hbs. Mungkin tak kene dgn selera. Kami snapsnap picture before bertolak ke Pustaka Negeri Sarawak. Indah. Baru aku boleh bergelak tawa. Sesampai kami di sana. Get ready set-up barang dan membuat persiapan untuk Pameran dan Kolukium. Masing-masing ada ada nama pada painting, tapi tidak aku. Aku tersenyum hambar. Ikhlaskan diri buat apa yg patut. Supaya nampak aku golongan yg profesional, kalau nak tahu. Golongan yg profesional tidak memikirkan perasaan diri sendiri dan lebih menjaga hati org lain. Setelah siap. Aku ditegur oleh si pembenci aku. "Alia, awk get ready jadi m.c. Alia , sy tak nampak awak sbg Alia sb takda make-up dan tudung langsir (shawl) awk tu," sambil tersenyum lebar. Mungkin puas hatinya karya-karya beliau sudah di standkan atas hezel. Aku hanya tersenyum. Mendoakan yg terbaik tuk beliau. Balik hotel. Dapat bilik baru. Malam tengok ABPH. Aaron Aziz bintang popular. No wonder. Penangan Ombak Rindu masih di hati peminatnya. Malam tak dapat tidur. Ubat tidur alternative tuk tidur.

Kosmates girl aku, pantang nampak lens!

9 April 2011
Melawat Sekolah Seni Kuching. Before ni, sekolah seni cuma ada di JB. Kami disambut mesra oleh adikadik. Persembahan yang menarik. Seolah-olah aku ingin turut join. Alangkah indah aku terus dibenarkan tuk menyanyi dan menari dari kecik. Sayang. Setelah umur 12tahun minat itu dihentikan oleh ayah sendiri dgn menghantar aku ke sekolah yg lebih mementingkan pendidikan formal. Now. Umur 21 baru nak longgarkan tulang balik dgn show Resital. Agak malu, tarian yang agak kaku. Tapi puas. Satu band dari pelajar seni itu nyanyikan lagu Carta Hati dan Wish You Here. Memang kena dgn feel aku time tu aku amat rindu kan dia. Sangat rindu. Cuma time tu aku merajuk pasal ape ntah. Aku lbh selesa berdiam tanpa mesej dari dia. Then. Pergi ke Pustaka Negeri balik, buat rehearsal. Baru now nak buat. Dorang memandang aku dgn pandangan yg berat dan serius. Bermakna. Menjadinya event kami esok. Bergantung kpd aku. Walhal. Teks yg dibagi pun masih salahsalah. Nak lwn pun tak mampu. Malas dgn kerenah sesetengah pihak yg annoying dlm melakukan tugas. Aku turutkan saje. Malam. bertandang ke Haniis Bistro. Perh! Pedas nye melampau setiap makanan. Tak mampu nak telan. Last , kuetiow tomyam dihabiskan oleh Ruby. Huk.

SSK here I come..
10 April 2011
Hari penting. Aku bersama kosmate lelaki, Hero. Akan jadi org penting. M.c. Agak kabut sikit awalnya. Aku tercakap cepat time part pertukaran cenderahati. Haha. Lucu pun ada. Kelam kabut dorg tukar. Alhamdulillah. Event berjalan dgn lancar. Makan tengahari yg sedap. Perut dah mula baik. Hari yg ceria. Aku puas hati. Aku mampu lakukannya walaupun bukan bidang aku. After event kami berjalan ke Satok. Cari brg art kononya. Tapi. Macam tak sehebat KL pun aku tgk. Akrilik yg aku boleh dapat rm4 kat KL , kat situ, hampir rm10 dorang jual. Perh.. Lupa plak aku , situasi itu di Sarawak. Memangla puluh kali ganda harganye. Konon kate ade artstore yg murah. Tak gak jumpa. Mungkin malas mencari. Penat. Hati teringat katil. Balik. Rehat. Senja berjalan bersama F4 sisters. Waterfront destinasi pilihan. Cantik neon malam. Snap pictures. Makan mee bandung dan tea C special. Sedap. Letih. Balik hotel. Tidur tanpa ubat. Memang puas.

Abaikan yg belakang tuh.. Hahah.

Cari mana satu aku..

11 April 2011
Free time! Sempena pertabalan Agong. Start bgn. bersiap. Kami berjalan hari ni. Mencari kek lapis. Mencari souveniers. Melawat segala muzium. Snap pictures. Puas! Bermakna aku dah baik. Mampu ketawa. Mampu makan. Ketika itu. Rase sayang kat Kuching. Byk tempat yg cantik. Cuma tulah tak sempat nak bergambar dgn tugutugu kucing kat sane. Aku beli 3 jenis kek lapis. Sehelai t-shirt. N keychain tuk members aku. Malam  konon after meeting nak ke Waterfront balik. Tp si pembenci tak benarkan. Terpaksala tapau kat RJ Ayam Penyet je. Last. Si Aten' yg hbskan nasi aku. Aku hbskan sup Ruby. Picture tgk kat FB jelah. Hahaha.

12 April 2011
Hari yg ditunggu-tunggu. Heeee.. Melawat UNIMAS. Hampa sikit sebab member2 yg kat situ takde. Sorang balik semenanjung, sorang masuk hutan. Kedatangan kami disambut pelajar secong year kowt, dgn menunjukkan Canon EOS nye, snap2 kami. Macam artis plak. Kami dijemput ke dewan Resital mereka. Tak segah Resital kami. M.c pun kelam kabut semacam, smpai tutor kami suh aku jadi m.c. HAHA. Joking jeh. Jgn marah.  Oleh sebab kami 65 org. Grup dibahagikan. Ikut senior2 art msgmsg melawat FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF . OK. Time tu aku kagum. Setiap part ada bilik masingmasing dan luas! Dgn bilik arcanya yg lengkap dgn segala mesin. Bilik seramik. Bilik cetakan. Studio shooting. Perh! Hati mula goyah dgn bertanyakan, knp aku tak dapat UNIMAS dulu. Huhuw! Terus trg aku akui. Student lelaki dorang memang gaya student yg betulbetul student art yg sempoi, macho, mesra.. Lain sgtsgt dgn student lelaki kat UMS, specially SPS. Bukan lah nak kutuk. Tapi ketara sgt watak dorang. Aku ditegur oleh senior pembuat seramik. Org Bukit Beruntung. Hahaha. Sempatlah bercerita pasal profession. Pasal hati. Sorry. I 'm taken. 
Settle. Makan nasi beriyani hidangan dari dorg. Time tuk balik KK. Masuk bas, aku telan ubat tidur. Sedar2 dah smpai Miri. Uit?

Su, aku minat picture aku yg ni, tp tibatiba dgn ko. Alahai.. 

13 April 2011
Jam 11.30 malam, sampai bilik. Letih. Tgk bilik yg kusut dan bersepah. Takda org. Mana ntah semua housemates. Aku tidur. Dan. Selamat pulang Alia. 

No comments:

Post a Comment