Pages

Tuesday, 24 April 2012

Bila dah terlalu sarat menanggung...

Dalam doa Magribku ; Ya Allah..Kau ampuni segala dosaku, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, ampuni dosa adikadikku. Kau lindungilah keluargaku. Kau kuatkanlah Iman aku, Kau kuatkanlah hati aku. Kau permudahkanlah segala urusanku dunia akhirat. Kau berikanlah aku jodoh yg baik. Dan Kau tenangkanlah hati org sekelilingku agar mereka dapat terimaku dgn baik.. Amin Ya Rabbal Al' amin..

Ya Allah..
Bila tiba saat aku dah tak larat nak tanggung rindu. 
Depan dia aku menangis. Aku terlalu rindukan dia. Aku rindukan keluarga aku. 
Seakan tak kuat nak melakukan segalanya hari ini. Laju lagi air mata ku mengalir, bila..

Ibu : Kenapa terlebih emosi?
Aku : Sedih, rindu ibu. Nak balik..
Ibu : Hujung minggu ni balik lah..

Ya Allah, sekiranya kau jadikan manusia punya sayap, sekarang jugak aku tak memerlukan perkhidmatan Air Asia atau MAS tuk terbang ke sana. 
Kena bayar tol udara pun aku sanggup asal ada sayap. 
Tetapi Kau tak ciptakannya utk manusia mungkin sebab Kau tak mahu kami bergaduh dgn burung. 

Ya Allah..
Sesungguhnya aku tak kuat.. Ibarat minum susu untuk jadi kuat. Kau berikanlah kekuatan untuk aku mengharungi segala kehidupan masa lalu, hari ini, dan masa hadapan..

No comments:

Post a Comment