Pages

Tuesday, 13 March 2012

Karma..

My boy : Kenapa awk takut?
Me        : Sebab sy percaya pada karma.


Sumpah aku takut kehilangan dia. Orang cakap, "What u'd give, u'll get back," , (betul tak quotation nih..??) mana-mana lah, point utamanya, aku takut apa yg lakukan dulu akan dapat balik dalam hidup aku. Dalam kesedihan rajukku tak dilayan, aku terbaca blog perempuan itu. Sungguh dia mencintai Mr.A dia. Kalau lah kau tahu Ilyana yg aku bersalah dgn kau.. Dan kini aku tahu betapa peritnya kau menanggung bila aku "berkwn" dgn laki kau, dan aku takut benda ni akan terjadi dlm hubungan aku dan En.N .. Walaupun diberi kepercayaan yg kuat, aku masih meraguinya kerana kami terlalu jauh tuk bersama. Buat perempuan itu, aku cuma mohon minta maaf atas kesilapan aku sepanjang bersama laki kau, yg menggodanya adalah aku, dan yg menginginkanya adalah aku. Maafkan aku. Mungkin sakit laki kau tak memilih aku. Sekurang-kurangnya aku lega bila dia memilih tuk bersama kau. Cuma aku mohon, jgn kau doakan karma pada aku, kerana aku tak sanggup diduakan. Mungkin kau tabah, tapi aku tidak.. Kita perempuan dan aku tahu perasaan kau saat laki kau mempermainkan perasaan kau dan aku. Doa aku, semoga apa yg kau dan dia hajatkan enam tahun lagi akan tercapai. Abaikan aku dalam jemputan walimatulurus kau, sebab aku juga akan abaikan kau dan dia saat walimatulurus aku nanti. Biarlah kenangan pahit terus berlalu pergi dan tak perlu muncul lagi dalam tahun tahun akan datang. Cukup ternoktah di situ. Cuma. Maafkan aku sepertimana aku maafkan laki kau.




Untuk awak En.N , cemburu dan rajuk saya bukan mengada-ngada, cemburu dan rajuk saya kerana setianya cinta saya pada awak. Dia cuma kesilapan. Maafkan saya yg tak sempurna ini. -AA-

No comments:

Post a Comment