Pages

Friday 16 December 2011

Sangat rindu kan beliau..

........................................................
Perbualan seorg bapa dgn anaknya ketika hendak menyeberang titi...

Bapa: anakku, peganglah tangan bapa... Nanti kamu terjatuh..
Anak: tak mahu...!
Bapa: kenapa tidak? Kamu kecil lg...
Anak: bapa pegang tangan saya...!
Bapa: apakah perbezaannya?? Bukankah sama?
Anak: sy takut, jika sy yg memegang tangan bapa, nanti bila tiba di waktu yg sukar, sy akan melepaskan pegangan itu... Tp, sebaliknya jika bapa yg memegang tangan sy... Pasti di saat2 sukar, bapa tak akan melepaskannya...
~~
...................................................................


Teringat perbualan antara aku dan ayah time hari jadi beliau..

Aku : Assalamualaikum ayah~
Ayah : Walaikumslm , nape long?
Aku : Ayah, cuba ayah dengar lagu ni, (lalu aku dgr kan lagu harijadi tuk beliau)
Ayah : Haha~
Aku : Selamat hari jadi ayah, semoga ayah sihat, happyhappy selalu, hehe~ 
Ayah : Terima kasih, tu bermakna along takkan lama hidup dgn ayah lagi.. 
Aku : Alaa , nape pulak..
Ayah : Yela , semakin kita berumur, semakin ajal dekat dgn kita..
Aku : (terdiam) tak baik ayah ckp mcm tu.. 
Ayah : betul la.. itu hakikat nya.. belajar rajin rajin long..
Aku : Mesti la.. along kan dah janji dgn ayah..
Ayah : Kalau ayah dah takde, jgn lupa doakan ayah setiap waktu..
Aku: :'( ayah ni...




Walaupun syurga di bawah telapak kaki ibu, tahu tak ayah adalah tiang syurga kita.. Walaupun ibu menjadi penawar duka, tahu tak ayah adalah madu pemanis ceria.. Walaupun ibu kaunselor peribadi, tahu tak ayah juga adalah pengawal peribadi.. Walaupun ibu risau setiap masa, tahu tak ayah risau setiap denyut nadinya..



Ayah tegur bukan benci.
Ayah marah bukan benci..
Ayah kritik bukan benci..
Ayah hukum bukan benci..
Ayah bebel bukan benci..



Ayah terlalu sayang,,tersangat syg,,teramat syg,,akan kita kerana dia takut dia akan kehilangan kita di dunia dan di akhirat kelak. Anak itu ibarat nyawa ayah kerana Allah dah beri tanggungjawab kepadanya untuk menjaga kita sehingga akhir hayat. 


ayah along! ^^v


... Jika Ibu malaikat kanan,  Maka Ayah malaikat kiri ...... ^^v

No comments:

Post a Comment