Pages

Saturday, 23 March 2013

Patah Hati ...



Emm… patah hati !!

Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas, tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat. “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati”

Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”. Tiada istilah lain yang lebih sedap ke? Tapi yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita

Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?

Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:

Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan? bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka. Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata.



Menagislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri. Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya


♥‘fabiayyi ala irobbikuma tukazziban♥

Maka nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? bahkan didalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya.

Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini? cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah ditelinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya, tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam AlQuran?

Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah disebalik hati yang teriris berdarah darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita kepada cintanya ALLAH, apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini?

Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? disebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH. Nauzubillahimindzalik. Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.


”Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”

Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan. Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil henpon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.


Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia, terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH. Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini !



Hemmm saya copy paste dari blog Aku Islam .. Betul la tu .. Dan paling terkesan dalam hati si perempuan .. Bohonglah kalau tak pernah mengalaminya .. Tak apa. Patah hati ini perkara biasa bila kita tak dapat nak mempertahankan sesuatu yg kita sayang. Cubalah hidup beralah ..dan kembali kepadaNya. In sha Allah. ALLAH bagi kekuatan yg berganda di masa masa akan datang. Hiduplah dengan redha .. Itu je ubat patah hati sebenanrnya.   :)



Friday, 22 March 2013

Hanya Kau yg Mampu ..

" Kalau perempuan tu berkenan dgn someone, bole kah kasitau dia? " , tanya ma ex roomate.

Jawapan aku. Boleh sangat !! Untuk org yg pernah ada rasa itu seperti juga aku, aku galakkan mereka yg ada rasa seperti itu carilah satu ikhtiar yg boleh buat hati kita tenang. Dengan syarat!! Istikharah dahulu. Hehehehe . Tak salah berbuat demikian, biarpun ahli ulamak berkata sebaiknya perasaan itu disimpan dan berdoalah kepada Allah. Cinta selepas nikah pun betul la sangat nya sebab dah tertulis dlm surah An Nisa./ . Tapi .... Hati itu milik Allah. Allah yg menggerakkan segala rasa dlm hati hati hambaNya dgn cara bila hati hambaNya berusaha untuk menarik rasa hati yg lain.. Sebelum itu. Jangan salah faham . Fikir sejenak, kalau ada jalan yg lebih baik yg boleh anda fikirkan , nanti komen sesudah saya post entry ni. Kita boleh luahkan perasaan itu, dgn syarat .. kita mesti redha terlebih dahulu. Boleh jadi .. Bila awak luahkan rasa itu, si lelaki ni tak bagi respon yg baik. Jadi kita sbg perempuan jgn rasa down sgt. Sepatutnya bersyukur, sekurang kurangnya kita dah tahu akan ada yg lebih tercipta utk kita nanti. Sebab tu saya cakap istikharah tuh penting tuk kita cari kekuatan untuk redha segala hal. Hemmm.. Boleh jadi juga .. si lelaki juga ada rasa yg sama .. Tapi kena beringat .. Dlm keseronokan menerima respon positif dari si lelaki .. Berhati hatilah dgn rasa suka yg ada dlm diri tu .. Ingat. Allah Maha Berkuasa. Boleh jadi rasa yg dulunya anda teruja milikinya akan hilang sekelip mata dan jgn terkejut bila anda sendiri yg memutuskan utk melupakan si lelaki. Jadi .. Bila anda terima rasa yg positif dari si lelaki . Nasihat utk anda dan diri sendiri ni ..   Ucap rasa syukur dan mulakan langkah dgn taaruf sahaja. Jgn cuba aim high tuk miliki dia .. Berserah padaNya, sampai masa ada jodoh dgn dia , Allah akan permudahkan segala urusan anda tu. Biarkan dia dgn siapa untuk dia pilih. Si lelaki ni macam kita juga .. Dia rasa diri belum cukup baik, tapi dia mahu juga perempuan yg baik tuk diri dia. Kita ni pula jgn la pura pura nak jadi baik hanya krn dia nak perempuan yg baik. Jadi lah anda apa adanya .. Aku rasa itu caranya tuk mendekati jodoh. Kot laaa .. Entry ni hanya sesuai tuk perempuan yg 20 an macam aku la.. Adik adik perempuan yg masih sekolah tuh .. Jadikan entry akak ni sebagai pengajaran je.. Enjoy masa sekolah tuh seenjoy enjoynya. Dah jadi macam kami nih, barulah boleh fikir kita mahukan pasangan yg macam mana .. Tu pun kalau sempat fikir la .. Tu pun kalau kalau ade family yg mendesak tuk cari pasangan .. (macam cakap diri sendiri) :3 .. Aku bukan nak menjatuhkan maruah kaum perempuan dgn ungkapan perigi mencari timba ni .. Kita sebagai perempuan selayaknya memilih lelaki yg boleh membimbing kita ke syurga .. Ya.. Dan entry ni juga hanya sesuai untuk perempuan yg yakin ada rasa pada seorang lelaki yg boleh jadi suami untuk dirinya . Kot laaa.. nampak macam sesuai la konon jadi laki .. tak sesuai carilah lain!! Bak kata Ustaz Azhar Idrus .. Hahahahaha .. Allahualam .. Semoga berjaya dalam meluahkan rasa tu . Berdoalah agar kita dijodohkan dgn org yg kita suka. Jodoh pasti ada. Kalau kita tak dapat tarik, Mana tahu ALLAH toloh tarikkan .. Haaaaa .. Tak rugi pun doa hari hari .. Dia tak pernah jemu dgn doa kita.. (jgn duk angau doa jodoh je.. doa juga untuk tingkatkan rasa cinta kita pada Allah dan Rasul) Hamboi .. Ok ??

Istikharah. 

Doa.

Kumpul kekuatan. 

Susun kata kata. 

Luah cara wakil atau diri sendiri. 

Redha.  :) 

Legaaaa .. (percayalah!)




" Saya suka kawan awak sebab saya suka awak, saya suka kawan dgn org yg saya suka .." .. Tak tahulah dia masih ingat .. Dan kerana rasa itu juga aku biarkan dia buat keputusan dia sendiri kerana aku yakin dia boleh buat pilihan yg terbaik. 



Thursday, 21 March 2013

Insan yg disenangi ..

" Tika tengok akak camana, dgn org lain akak tak pernah byk bercerita mcm akan cerita kat Tika.. " kata staff yg duk satu opis ngan aku ..

Aku hanya senyum .. " Mungkin saya selalu berdoa, supaya saya didampingi orang yg baik baik .. " .. Ada senyuman lebar yg terukir di wajah dia. Paling tidak, bila dia banyak bercerita , aku tak akan ingat benda yg buat aku sedih .. Kadang dia cerita pun banyak manfaat yg aku dapat .. Sekurang kurangnya, dia kenalkan aku kat staf staf lain .. So aku takde segan segan nak tegur ..

Tak semua orang akan menerima kita seadanya .. Mahu tak mahu kita , suka atau tidak suka , bila kita didampingi seseorang , terima kekurangan dia .. hargai kelebihan dia .. Dengan cara itu kita akan disenangi oleh org itu .. Mungkin Allah sedang meneliti doa aku .. Aku mahu didampingi org yg baik baik, supaya aku yg masih jahil tak terus jahil .. Aku mahu jadi baik .. anak yg baik utk ayah.. perempuan yg baik semua org.. isteri yg baik utk si dia.. ibu yg baik utk anak anak aku nanti .. Orang nampak kita sekarang baik, sebab.. Allah dah tutup aib aib kita yg lalu .. Kalau Allah tak tutup , tak akan seorang manusia tu baik sebenanrnya .. Penuh dosa adelah .. Termasuklah aku ni .. (saja copy paste ayat yg dorang duk post kat FB) .. 

Tak kisah lah orang tu camana pun .. Duk banyak cerita ke .. Duk selalu perhatikan aku ke .. Duk ngutuk aku depan depan ke .. Aku ni selagi boleh berkawan, kawan jelaaaa .. Satu je aku fikir .. Kalau aku tak terima peel peel orang sekeliling akuu, aku ni baik sgt ke org nak terima aku dlm hidup dorang .. Kadang kadang mulut aku jahat jugak .. Agak rasa nak maki org , tang tu jugak aku makinya .. Cuma sekarang, macam lebih berdiam kot .. Entah tak tau napa .. Mungkin sebab staf sini tak satu umur ngan aku kot .. Takleh nak hu haaa hu haaa macam kwn kwn kat U dulu .. Nak citer pasal cinta pun tak dapat .. Rugi.. Rugi .. Satu lagi tak jumpa plak orang orang yg boleh berdakwah pasal agama kat aku.. Kalau tak dengar dorang ngumpat, aku yg jadi batu api.. Hahahahaha .. Jahatnya aku , Allah.. Balik balik citer sal kawen , anak , gaji.. Haaaaaaaa .. Aku ni yg belum ade semua tuh, diam , sengeh sengeh jelah ..

Pesan aku yg pada org yg tak boleh terima org baru dlm hidup tuh, jadilah orang yg menerima. Alaaaa .. kalau tak suka org tu pun .. Layan biase jep .. Taknak layan, jgn terus buat muka .. Maniskan muka tu .. Kita ni hidup menumpang tempat Allah .. DariNya kita ada, KepadaNya kita kembali .. Kerana Dia kita berukhwah .. Kerana dia kita bersaudara .. Kita tak tahu cinta dan benci kalau kita tak kenal org sekeliling kita .. Kita tak tahu gembira sedih hidup tu kalau kita tak berkawan .. Semakin hari kita semakin dewasa .. Jangan jadi dewasa, perengai kita cam budak budak .. Manja cam budak budak , takpe .. Hahahhahaha .. Confident, dan berusahalah jadi org yg baik baik .. Org yg baik utk org yg baik, org yg baik akan pastikan yg terbaik tuk org dapat benda yg baik baik .. supaya Allah balas yg baik baik tuk org yg baik .. (cer kira berapa banyak word baik dlm ayat ni.. :3) . In sha Allah .. 



" Kupu kupu cinta, terbanglah tinggi menuju jalanNya .. Hinggap lah engkau di bunga yg indah, terbang bersama hembus angin cinta .. "







 


Monday, 18 March 2013

Me, Sara & Tunang

Saya kenal dia masa darjah 5 .. Dia baru pindah kat taman, then dia round round mengusha saya .. Nama dia Siti Sarah .. Bermula pada tu dia jadi kawan saya .. Kami berkongsi cerita .. ketawa .. sama sama .. jalan jalan .. Sampai satu cerita saya mula kenal cinta monyet pun .. dari dia ..  "Sarah, kenal lagi tak boyfriend pertama aku? " :) Kita pernah bet siapa yg akan kawen dulu ...

Kami berpisah bila masing masing masuk sekolah menengah berbeza, lagi berpisah bila saya pindah dan dia pun pindah .. Lagi terpisah bila saya pergi ke UMS dan dia ke UNITEN .. Rasanya terpisah segalanya dan lama kami tak jumpa .. Kami dah tak rapat macam dulu. Dia kenal dunia dia, saya kenal dunia saya.  Saya tahu sejak berpisah, saya jarang bertanya tentang dia .. Dah tak bercerita selalu macam dulu .. Fesbuk penghubung cerita .. Itu pun kadang kadang .. jarang jarang .. Pernah bertanya, adakah saya masih menjadi bestfren dia. Dia cakap sekarang , Dhiyaul menjadi bestfren dia sekarang .. 

Dan sekarang ..

dia melepasi fasa pertama dia sebagai pasangan orang .. Kini, dia sedang melalui fasa kedua sbg tunangan orang .. Alhamdulillah.. Saya berharap dia kekal bersama tunangnya hingga ke nikah dan bahagia sehingga akhir hayat .. Tak ada doa yg lebih baik selain berharap dia bahagia .. Walaupun bukan saya yg memegang title "bestfren" dia .. Saya doa yg terbaik tuk kebahagiaan dia.. Dan pada yg mengambil title "bestfren" dia tu .. Saya minta awak jaga dia baik baik .. Tolong jaga dia baik baik .. Tahniah untuk dia .. Rasa nak peluk dia kuat kuat time tu nak mohon kemaafan atas kekurangan dlm berkawan selama ni .. Sebak rasenya dia bakal menjadi isteri orang .. 

" Untuk Sarah, aku minta maaf sebab kita tak macam dulu dulu, tapi aku rindu zaman kita dulu dulu , tapi kalau kita kekal macam dulu dulu, kau mesti tak jumpa Dhiyaul kan..??? Hidup kita dlm rencana yg berbeza, Allah dah aturkan .. Kekurangan aku, mungkin ada kelebihan tuk kau, ketiadaan kau, mungkin ada kelebihan tuk aku .. Tak pernah ada rasa nak lupakan kau, mungkin kerana situasi yg berbeza buat kita saling terlupa sesama kita .. Aku doakan kau bahagia sampai bila bila pun .. In sha Allah .. Aamiin .. " :)

Me and Sarah




Friday, 8 March 2013

Kenapa saya tak mahu bercinta sekarang ..

Kenapa tak 4 tahun yg dulu? Tu bermakna nama dia dan nama aku tak tertulis di Luh Mahfuz .. :) Pernah ada rasa tuk dia .. Tapi dia dah tertulis tuk orang lain. Aku tertulis tuk org lain. Selagi belum ada pasangan yg sah tuk kita. Anggap je hubungan hubungan sebelum ni, atau rasa , perasaan suka sayang pada seseorang tu hanyalah cinta monyet .. :) Tak perlulah nak sedih berpanjangan. Bila fikir balik. Macam bodoh rasenya rase sedih dgn pasangan yg belum jadi milik kita .. Kelakar pun ada.. Halaaaa semua zaman Jahiliah punya style .. Takpe .. Itu pengalaman .. Pengalaman putus cinta .. Pengalaman merebut cinta .. Pengalaman meluahkan cinta .. Pengalaman meninggalkan cinta .. Pengalaman berkongsi cinta .. Semua aku dah rasa .. Sekarang ni aku bujang bukan sebab aku tak pernah bercinta. Dah rasa dah .. Cuma malas nak cerita .. Dan sekarang. Tunggu masa merasa sebenar benar cinta je belum .. Akan datang pasti ada .. Tak di dunia mungkin di akhirat nanti .. Huhuhuw. Denagan cara? Dengan cara .. bila ada yg mahukan aku, aku mahukan dia. Aku ingin pernikahan. Tu je. Setakat mahukan cinta aku sebelum kawen. Baik rasenya dia cari lain laa, sebab aku malas nak handle tau jaga hati org yg belum tentuu milik aku. 

Kerana Allah Maha Pengasih, Dia ciptakan kite berpasangan .. Yang dah miliki , alhamdulillah. Yg belum sabarlah menanti .. 

Kata penyelia, " Alia, jangan terlalu fokus , sambil menyelam minum air, look around you .. jgn terperap dlm office .. but! listen to me. Find a man that can make u happy forever .. If he failed , just find another man, tak perlu bodoh nak tunggu .. I cakap ikut pengalaman I .. "

Kata staff perempuan, " Perkahwinan itu mcm perjudian, pasangan kita adalah nasib .. Ikut kita sebenarnya macamana, kalau kita begini, Allah bagi kita pasangan yg begitu .. Kita kena terima kekurangan dia "

Kata staff lelaki , " Atika carilah sekarang .. nanti dah kerje , jadi cam saya , takde mase nak cari .. 4 thn kerja baru dapat .. "

Selalu dapat nasihat dari ayah ibu, bila praktikal, kawan dgn org org berpangkat besar, org yg dah berkahwin, sikit banyak , aku kutip ilmu ilmu perkahwinan, mana tahu dapat handle rumah tangga aku nanti .. Ikutkan rasa takut pun ada , rasa excited nak kawen pun ada .. Sebab tu kita kena perbaiki diri kita kalau mahu pasangan yg baik baik .. Betul tak? Tak pe biarlah org jemu, aku tak akan pernah jemu bercakap ttg rasa cinta ni, sebab rasa ni mmg dah hadir sejak roh diletakkan dlm diri kita semasa dalam kandungan ibu lagi .. Cinta pada Allah. Cinta pada Rasul. Cinta pada makhluk. Cinta pada alam. Cinta pada sekeliling kita. Cuma cinta tu adalah rasa. Bukan memiliki .. Kerana kita semua milik Allah .. Jadi siapalah kita nak memiliki hak Allah .. Satu saat cinta tu akan datang dan pergi dgn keizinanNya, dgn kehendakNya. Kita sebagai hamba, harus redha .. Pernah ada seorang kenalan lelaki, dia putus cinta dan sunyi .. Bagi aku ayat tu macam tak masuk akal, knp nak sunyi sdg kita ada Allah. Benar. Allah ciptaan kita berpasangan melalui usaha bernikah, dan berkasih sayang antara kita. Allah sebut nikah dulu baru berkasih sayang. Bukan sebaliknya .
Aku malas nak terangkan, bukan aku malas nak ambil tahu, tapi aku tak mahu nasihat org yg belum sedia terima nasihat aku. Cuma harap dia sedar dgn sendirinya. Tak apa. Lelaki ni lambat matang dia .. Dia tahu nak memberontak .. Kiranya dia ada iman, pastinya dia dapat kawal kesunyian tu dgn berzikir dan bercinta dgn Allah. Untuk awak, sang lelaki. Pilih lah baik baik dan beri komitmen , berusaha meluahkan rasa pd dia melalui pernikahan. Bila dah kahwin, berilah komitmen tuk jaga pasangan kita sampai ke syurga .. :)


Biasa kan betul, betulkan yg biasa :)

Hati perempuan tak sama dgn hati lelaki ..

Yg sebenar, yg mampu menikahi dia 

Akan dtg, kewajipan saya mencintai awak ..

Bila dah betul betul sedia .. :)


Wednesday, 27 February 2013

Aku dan Seorang Lelaki

Pandai die bawak cerita, itu kelebihan lelaki, dorang tak pernah bersangka buruk tuk pertama kali berjumpa dgn org baru, terutama perempuan. Dia sapa dgn baik, ajak bawak cerita dgn baik, walaupun dah kawen. Tak sampai berapa minit, dia boleh ngam dgn saya, haritu duk kate saya diam .. Ni bawak cerita, saya lah paling kuat menyakat dia .. Hahahah .. Tapi takleh lebih lebih, kang ada yg tak puas hati pulak. Lagipun, abg dah kawen, nanti org kate ape pulak terlebih mesra dgn abg, ngeee ~ 

" 4 tahun sy duk cari kat UPSI, tak dapat dapat, skrang ni lah baru dpt, carilah cepat, nanti dah keje susah nak cari , " ... 

Hahahaha .. saya duk gelak je .. " Rileks laa abg, abg tu, lau ada kawan yg single, kasilah kenal kat Tika, " .. :) 

"Tika suka lelaki yg tak kurus, tak gemuk sgt, tak pendek, tak tinggi sgt, sng citer, sederhana. Tgk abg, Tika dah tau abg dah kawen, tgk tuh, buncit ! Hahahahah. Mata elaki tuh mesti suke merenung Tika sorang je. Tika suka laki pakai baju Melayu, tak hensem pun nampak nsem .. Ha! satu lagi, tika suke dgr lelaki yg pandai ngaji, dah sah sah pandai nyanyi .. Mesti yg beriman. Nanti sng nak ganti tempat ayah, bimbing Tika ..  ^^.. Pastuh, Tika suka lelaki yg pandai main gitar, tak pun bersukan, sebab uh Tika suke tgk budak Sains Sukan kat sini, hehehehe .. Biar gaji tak besar, asalkan lelaki tu rajin bekerja .. Tika suka lelaki yg buat Tika gelak .. Tapi, tegas dan melindungi, memahami. Abg tuh, isteri celoteh sikit, abg dah bosan eah .. Amboi ..  Mesti comel, kalau lelaki tuh pandai layan baby. Abg tuh, bakal jadi ayah pun, takut takut nak pegang baby .. Hehehehehe .. Ensem tak ensem belakang citer, asal die sedap mate memandang, ok laaaa .. "


" Amboi, lau mcm tuh, Tika duk jadi kwn kite sorang lah tak kawen kawen .. hahahhaha"

" Hei ! Nauzubillah, tu kalau pilihan Tika laaaaa ... Tak mengharap pun .. Cukup yg beragama, kire ok laaaa .. Ibu Tika suh cari yg rajin kerja .. "

" Mcm saya laaaa.. rajin. " :D

" Hek eleh, .. " :P



Abg, Tika nak lelaki camni ^^



Tuesday, 26 February 2013

Bawa kau pergi - Goliath Band (Lyric)




Bila ada didekatmu

Detak dadaku mengencang

Pesona indah di dirimu

Buat ku mabuk kepayang


Jalan panjang yang kita lalui

Bukanlah sebatas mimpi

Baru kini ku merasakan

Jatuh cinta sesungguhnya


Kau membuat jantung berdebar

Tubuhku bergetar

Saat dengar bisikanmu kasih

Senyummu selalu dihati

Sabarlah menanti

Ku kan bawa kau pergi


Cerita cinta para pujangga

Tak seindah kisah cinta kita

Dan takan ada yang bisa

Merangkainya dalam kata-kata


Kau membuat jantung berdebar

Tubuhku bergetar

Saat dengar bisikanmu kasih

Senyummu selalu dihati

Sabarlah menanti

Ku kan bawa kau

Ku kan bawa kau pergi