Pages

Wednesday, 27 February 2013

Aku dan Seorang Lelaki

Pandai die bawak cerita, itu kelebihan lelaki, dorang tak pernah bersangka buruk tuk pertama kali berjumpa dgn org baru, terutama perempuan. Dia sapa dgn baik, ajak bawak cerita dgn baik, walaupun dah kawen. Tak sampai berapa minit, dia boleh ngam dgn saya, haritu duk kate saya diam .. Ni bawak cerita, saya lah paling kuat menyakat dia .. Hahahah .. Tapi takleh lebih lebih, kang ada yg tak puas hati pulak. Lagipun, abg dah kawen, nanti org kate ape pulak terlebih mesra dgn abg, ngeee ~ 

" 4 tahun sy duk cari kat UPSI, tak dapat dapat, skrang ni lah baru dpt, carilah cepat, nanti dah keje susah nak cari , " ... 

Hahahaha .. saya duk gelak je .. " Rileks laa abg, abg tu, lau ada kawan yg single, kasilah kenal kat Tika, " .. :) 

"Tika suka lelaki yg tak kurus, tak gemuk sgt, tak pendek, tak tinggi sgt, sng citer, sederhana. Tgk abg, Tika dah tau abg dah kawen, tgk tuh, buncit ! Hahahahah. Mata elaki tuh mesti suke merenung Tika sorang je. Tika suka laki pakai baju Melayu, tak hensem pun nampak nsem .. Ha! satu lagi, tika suke dgr lelaki yg pandai ngaji, dah sah sah pandai nyanyi .. Mesti yg beriman. Nanti sng nak ganti tempat ayah, bimbing Tika ..  ^^.. Pastuh, Tika suka lelaki yg pandai main gitar, tak pun bersukan, sebab uh Tika suke tgk budak Sains Sukan kat sini, hehehehe .. Biar gaji tak besar, asalkan lelaki tu rajin bekerja .. Tika suka lelaki yg buat Tika gelak .. Tapi, tegas dan melindungi, memahami. Abg tuh, isteri celoteh sikit, abg dah bosan eah .. Amboi ..  Mesti comel, kalau lelaki tuh pandai layan baby. Abg tuh, bakal jadi ayah pun, takut takut nak pegang baby .. Hehehehehe .. Ensem tak ensem belakang citer, asal die sedap mate memandang, ok laaaa .. "


" Amboi, lau mcm tuh, Tika duk jadi kwn kite sorang lah tak kawen kawen .. hahahhaha"

" Hei ! Nauzubillah, tu kalau pilihan Tika laaaaa ... Tak mengharap pun .. Cukup yg beragama, kire ok laaaa .. Ibu Tika suh cari yg rajin kerja .. "

" Mcm saya laaaa.. rajin. " :D

" Hek eleh, .. " :P



Abg, Tika nak lelaki camni ^^



Tuesday, 26 February 2013

Bawa kau pergi - Goliath Band (Lyric)




Bila ada didekatmu

Detak dadaku mengencang

Pesona indah di dirimu

Buat ku mabuk kepayang


Jalan panjang yang kita lalui

Bukanlah sebatas mimpi

Baru kini ku merasakan

Jatuh cinta sesungguhnya


Kau membuat jantung berdebar

Tubuhku bergetar

Saat dengar bisikanmu kasih

Senyummu selalu dihati

Sabarlah menanti

Ku kan bawa kau pergi


Cerita cinta para pujangga

Tak seindah kisah cinta kita

Dan takan ada yang bisa

Merangkainya dalam kata-kata


Kau membuat jantung berdebar

Tubuhku bergetar

Saat dengar bisikanmu kasih

Senyummu selalu dihati

Sabarlah menanti

Ku kan bawa kau

Ku kan bawa kau pergi



Monday, 18 February 2013

Klangit - Dewi (lirik)





Ku mohon kepada mu duhai dewi ku
Maafkanlah oh maafkanlah aku
Ku tahu kau terluka tahu kau terseksa
Tapi ku tak berdaya memilih engkau dan dia

Biarlah ku berterus terang
Yang selama ini ku menduakan cinta mu
Ku tahu engkau kecewa
Tapi apakan daya ini semua takdirnya

Ku mohon kepada mu duhai dewi ku
Maafkanlah oh maafkanlah aku
Ku tahu kau terluka tahu kau terseksa
Tapi ku tak berdaya memilih engkau dan dia

Aku tak bisa memilih kau dan dia
Ohh jangan salahkan dia
Kerna dia tak mengerti

Ku mohon kepada mu duhai dewi ku
Maafkanlah oh maafkanlah aku
Ku tahu kau terluka tahu kau terseksa
Tapi ku tak berdaya memilih engkau dan dia

Ku tahu kau terluka tahu kau terseksa
Tapi ku tak berdaya oh maafkan aku



p/s : kita merancang .. Allah juga turut merancang .. dan Dia sebaikbaik Perancang .. 

Saturday, 16 February 2013

Aku : Manusia Akhir Zaman

Allah bagi cuti minggu ni .. 

Biasenya cuti yg Allah bagi ni akan menganggu sedikit emosi yg ssh nak kawal.. Macam yg aku rasa sekarang ni lah. Rasa nak marah .. Rasa nak nangis .. Tambah pulak sakitnya cuti yg Allah bagi tu, Allah shj yg tahu .. Pinggang mcm nak kena patah dua .. Cara terbaik .. Aku diam dari semua org dlm rumah ni. Tak bercakap sgt. Sepatah org tanya. Sepatah aku jawab. Silap sikit. Ikut hati nak marah balik. Tapi Iman aku masih kuat. Aku diamkan aje. Dari duk melawan org tua. Sebelum aku menaip entri ni. Aku takde subjek nak cerita sebenarnya. Cuma aku terlalu diam dan tak tahu nak luah kat sape. Blog jadi peneman setia aku. 

Lepas dengar tazkirah dr ayah tadi. Ayah panggil suh tgk berita pasal meteor yg jatuh kat Moscow, Rusia tuh. Terkedu aku sekejap. Macam macam yang bermain di fikiran aku. Yang pastinya korang yg tahu pasal cerita ni pasti fikir perkara yg sama. Adakah hari Kiamat semakin menghampiri?

Subhanallah Allahurabb .. Bila kita fikir hari Akhir tu .. Kita yg tak cukup imannya lagi pasti terfikir .. sempat tak lagi untuk bertaubat .. Adakah kita umat terakhir yg akan hidup di muka bumi ni .. Cukup tak amalan amalan yg kita kat dunia ni .. Allahuakbar .. Tak takut kah kita nih.. Allah dah bagi macam macam petanda .. Tsunami .. Gempa bumi sana sini ..  dan baru baru ni jatuhnya meteor .. dan sekarang NASA tengah kawal Asteroid yg sdg berlegar di angkasa .. dekat sgt dgn bumi .. Kalau meteor boleh cederakan hampir 1000 orang di Rusia ... Kalau Asteroid ..??? Ya Allah ... Semalam aku highlight kata kata adik .. " Sedangkan matahari yang mahu terbit pun akan bertanya Allah, dia mahu terbit sebelah mana.. " .. Buatnya Allah arahkan matahari esok terbit sebelah Barat ..?? Aku yg Allah bagi cuti ni .. nak taubat camana lagi..?? Manusia sekalian alam..? Korang tak takut ke..?? :'( .. Sekarang ni kelahiran anak anak bermata satu makin ramai.. Korang tahu tak petanda kemunculan Dajjal dah semakin hampir sangat .. Kenapa kita masih leka .. Kenapa aku masih leka .. Kenapa mereka masih leka ..

Malangnya aku sebagai manusia akhir zaman .. Yang hidup dikelilingi kemaksiatan .. 22 tahun hidup .. Umur 22 tahun baru sedar betapa banyaknya dosa dosa lalu .. 22 tahun baru belajar nak tutup aurat sepenuhnya .. 22 tahun baru nak belajar hal hal agama dgn mendalam. Jangan sesekali salahkan ibu ayah yang tak hantar kita kelas agama lah .. tak bergurukan Tahfiz lah.. Sekali kita salahkan mereka .. Secara tak langsung kita mengheret mereka ke neraka .. Kita ni .. Aku ni.. Aku yang akil baligh .. Allah dah bagi cuti tiap tiap bulan sejak tingkatan 1 lagi .. Kenapa tak sedar dari dulu..? Kenapa tak kejar cinta Allah dari dulu..? Kenapa tak bertaubat dari dulu..? Kenapa ... Allah Subhanallah .. Dayusnya manusia akhir zaman. Dayusnya aku .. :'( 

Purata hidup manusia akhir zaman hanya 60 tahun.. Ada baki 37 tahun lagi nak hidup. Ya Allah .. Dah singkat sangat dah masa itu .. Kalau masih hidup dalam lingkungan sisa sisa tahun itu .. Kalau buatnya Allah tarik nyawa aku saat ini..?? Sedangkan Nabi Muhammad SAW yang ditarik nyawa Baginda sehalus sutera oleh malaikat Izrail pun terasa pedihnya Baginda .. Ini kan kita kiranya nyawa disentap tanpa belas .. Allahurabb .. :'(  Bila dengar kisah kisah suara kubur taip kali jemaah bersama ayah .. Pelbagai cara aku fikir apa perlu aku buat tuk aku luaskan rumah akhir aku itu nanti .. Apa perlu aku buat dlm dunia kalau aku mahu kubur aku sejuk tanpa merasa sipinya angin dingin dari syurga .. Apa perlu aku buat agar mayat aku tak disiksa dgn begitu siksanya di sana tu nanti .. 

Allah ... Allah.. Allah .. 

Terlalu asyik memikirkan cinta dunia .. Kecewa nya tak payah nak cerita .. Terlalu ghairah mencari harta dunia .. Penatnya tak payah luah .. Terlalu leka dgn mainan dunia .. Seronoknya tak terkata .. Bila kita nak fikirkan cinta Allah .. Bila kita nak kumpul harta Akhirat kita .. Bila kita nak seronok menuju ke syurga .. ? Bilaaaa.. Bila aku nak buat semua tu?? Bilaaa .. Aku adalah hamba Allah yang paling segan sekali hidup dlm dunia akhir zaman. Aku yang sepatutnya menjadi serikandi dlm agama , yang jadi khalifah di muka bumi ni .. Akhirnya jatuh sebagai hamba yang terlalu khayal dgn dunia .. dunia akhir zaman yg penuh maksiat .. Berubahlah wahai aku .. Berubahlah .. Dah tak lama sangat dah dunia ni .. Aku nak hidup lama di Akhirat .. Nak hidup dgn tenang .. Nak hidup dgn penuh syafaat .. Selalu aku mohon pada Rabb dlm witir ..

" Ya Allah .. Kau kumpulkan segala solat-solatku, ibadat ibadatku, amalan amalanku agar dapat diangkat tuk dijadikan bekalan Akhirat aku nanti Ya Allah .. "

Tetapi .. 

Selalu lupa dlm doa .. " Ya Allah , Kau kabulkan doa-doaku .." ... :'(

 Allah .. Allah .. 


Monday, 11 February 2013

Saling melengkapi..

Assalamualaikum ..

Allah .. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. 

Suka tengok blog Irine Nadia Marcello ..Baru baru ni dia post pasal mengandung. Comel..  Dia cantik .. Dikurniakan dgn wajah yang cantik .. Mungkin juga ada iman yg cantik .. Diberi suami yg sama cantiknya dia .. Allah. Subhanallah.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Kadang kadang bila kita rasa kita cantik .. Dan selayaknya kita rasa kita akan dapat pasangan yang cantik mcm kita. Kita rase dah kuat beragama. Selayaknya kita dapat pasangan yg kuat beragama juga mcm kita. Begitu juga bila kite ada kedudukan tinggi sikit. Maka pasangan itu haruslah yang kaya juga mcm kita. Tapi Allah itu Adil. Kita diciptakan berpasangan untuk saling melengkapi. Ingat tu. Saling melengkapi. Bukan saling sepadan. Boleh jadi Allah beri kita wajah yg cantik, tapi kita boleh beri rasa cinta pada pasangan yg kurang cantiknya. Boleh juga bila kita ada iman dan agama yg tinggi .. Last last dapat pasangan yg masih tercari imannya di mana .. Tak kisahlah .. Mungkin anda juga percaya. Dan pernah tak terfikir kenapa .. Kenapa? Kerana Allah mahu kita saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sentiasa mensyukuri dgn nikmat yg Allah beri pada kita. Hidup mati jodoh pertemuan semua rahsia Allah. Jangan fikir kenapa kita dihidupkan .. Fikirlah bagaimana kita mahu hidup di dunia ni.. Jangan fikir bila kita akan mati.. Fikirlah bagaimana keadaan kita mati nanti. Jgn fikir siapa jodoh kita, fikirlah siapa dia selepas dijodohkan .. Dan jangan fikir kenapa kita bertemu.. Fikirlah bagaiman mahu menghargai sebuah pertemuan. :) Hidup ni sebenarnya tak boleh memilih tetapi biarlah ada pilihan. Pilihlah jalan yang benar. Agar jadi orang yg terpilih dan dikurniakan pasangan yg terpilih juga. Itu maksud sebenarnya memilih pasangan hidup. Aku post pasal ni sebab aku teringat sembang ibu pagi tadi,

" Kita jgn memilih, jodoh tu rahsia Allah, jadilah manusia yg menerima.." - Ibu.

Betul kata ibu. Tapi aku ada pendapat aku sendiri. Aku tahu dia bimbangkan aku yg susah sgt nak dapat jodoh dan mungkin beranggapan aku terlalu memilih. Bukan ibu .. Aku tak pernah memilih. Cuma susah nak pilih pasangan hidup sekarang. Ibu masih ingat tak wasiat ayah .. Tak senang nak tunaikan .. Wasiat. Kita sebagai anak.. sedaya upaya kita nak tunaikan. Itu ja cara aku nak berbakti kepada org tua aku. Semalam sepatutnya aku ke Shah Alam.. Anak buah aku dah bertunang. Tapi kerana ayah tak sihat. Tak lah aku pergi .. Rasa happy.. teruja.. bila masing-masing nak mendirikan masjid. Bohonglah jugak kalau aku tak rasa sedih bila memikirkan bila turn aku .. Cepat cepat aku istighfar bila fikir hal itu. Seolah olah aku salah kan Allah krn tak mengurniakan jodoh aku dgn cepat. Sabarlah wahai hati. Tak kisahlah berapa lama pun. Aku akan tunggu saat itu. Aku yakin Allah pasti akan bagi seseorang boleh melengkapi hidup aku nanti. Aku mahu seseorang yang matang .. sebab aku manja .. :P Biarlah dia yg datang itu datang dgn iman yg mencukupi. Walaupun kisah silam aku tak sebaik muslimah yg di luar sana. Aku juga ada impian mahukan lelaki yg soleh. Kerana apa? Kerana aku mahu dia didik iman aku dgn sesempurna yg boleh. Kena rotan pun takpe, demi agama. :D Biarlah dia melengkapi .. Allahualam .. In sha Allah. 

Assalmualaikum.




Friday, 25 January 2013

Suami AKu Ustaz

Assalamulaikum ..

Satu hari yg indah aku spend time dgn family Jumaat semalam . Terharu ayah sanggup cuti keje petangnya tu semata mata nak bawak kami jenjalan .. Ngaaaa .... Aku request wi-fi .. Angah request baju .. Adek request  ke Jusco .. Dgn jam nye .. hujan lagi .. redah jela .. Sayang ayah!

Untuk kali pertama aku jejak ke Jusco Rawang tuh konon semua ade kate adek aku .. Aku ni tak hadap la sangat sebab dah biase dah dgn shopping mall time study kat Sabah tu ..1Borneo tu paling style aku rase la kan selain Suria Sabah .. 

Jalan jalan .. teman angah cari baju .. aku pun terikut ikut beli jugak .. Then melawat kawasan mall yg besar giler tuh sehingga aku jumpa Popular .. Haaaaa .. ape lagi .. Aku teringat request kosmate aku mintak aku beli novel Suami Aku Ustaz .. At last jumpe!! Tadaaaaaaa ~~~~ 

" Yana ..... As you wish ... Aku dah beli dah .. Puas hati???? And now, aku sedang membacanya . Comel sgt . " :P

Suami Aku Ustaz
Aku pun sebenarnya dah lama dah cari novel ni time kat Sabah lagi .. masalahnya aku tak jumpa .. Then again , kwn aku suh beli sebab kononnya sesuai dgn aku .. Maka dengan ini aku tanpa fikir dua kali , aku beli .. Walhal sebenarnya jauh sgt kaitannya dgn hidup aku . Ade laaa time time thn akhir .. Niat aku tuk berubah aku gunakan nama .. "Ustaz saya tak suruh buat ini.. buat itu .." "Ustaz saya ckp ..blaa.. blaa.. "  dgn kengkawan .. Ade setengah nya kate aku hipokrit berubah sebab seorang ustaz .. walhal aku sendiri tak tahu siapa ustaz aku tu .. hahahaha .. Berangan mahukan suami seorang yang baik sebenarnya .. Walau bukan ustaz pun .. Aku harap bakal pengganti Imamku(ayah) sekarang adalah seorang suami yang boleh jadi Imam yg baik dlm rumah tangga aku nanti .. Seorang yang pelindung .. penyayang .. pendidik .. pembimbing .. penyokong seperti mana ayah aku buat untuk aku selama hayatnya membesarkan aku .. Dia mesti ade sifat sifat itu, kalau tak ade pun awalnya .. totally akan ade bila dia menyintai aku nanti. Allhualam .. Kalau itu doa kwn kwn, aku dapat jodoh seorang ustaz .. Allahuakbar .. syukur Alhamdulillah .. Thanks pada yang mendoakan .. :D

" Untuk along dan adik, ayah wasiatkan .. cari seorang suami yang baik agamanya .. bila nanti dia akan dapat sambung didikan ayah pada along ngan adik .. Kalau boleh, hindarilah lelaki yang merokok .. Tapi kalau suratan takdir itu jodoh .. ubahlah dia untuk berhenti merokok .. Kalau boleh elakkan dari mengenali golongan lelaki itu .. Lahirkan anak yang ramai dan korbankan salah seorang dari anak itu tuk menjadi tahfiz .. Kerana seorang tahfiz itu adalah golongan yang boleh membawa ahli keluarganya ke syurga .. " - Ayah.

Monday, 14 January 2013

Akhirnya rasa ini ...



... Berakhir sudah ... Berakhir kisah cinta aku bersama mereka ... Mereka yang berada di Universiti Malaysia Sabah .. Mereka yang sentiasa beri suka dan duka ... Mereka yang selalu bagi gelak tawa ... Hari terakhir aku habiskan masa dgn rasa yang redha .. Sedih dan sayu yg aku sembunyikan terluah dlm doa dan blog ini saja .. Aku langkah dengan tenang .. Empat beg besar besar .. 30 kg cukup ke? .. Tiket yang dah di book hanya one way saja ... Ya .. Dah tiba masanya aku kembali pada tempat aku membesar .. Cukup lah dua tahun setengah pengajian aku .. At least bila org tanya apa istimewanya Sabah .. Aku hanya senyum dan berkata , "Pergilah, negeri yang perlu diteroka ... " 

Esok, flight AK5115 akan membawa aku dalam jam 4.20 petang .. Family angkat yang akan menghantar aku ke airport .. Walau hati teringin seseorang yang hantar .. Tapi nanti, ada yang nangis tak mahu balik Semenanjung pulak kan .. Biarlah .. Biarlah rasa yang ada tersimpan di dalam lubuk hati .. Hanya Allah tahu, dan yang tertentu saja yang tahu .. kalau dia tahu pun .. biarlah diam seribu tu lebih baik .. Takut kalau diluah , rasa yang itu jadi lain .. Kira aku dapat memilih .. Aku memilih keluarga .. Dah tentu juga dia .. 

Esok .. semoga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan aku .. Dah dapat bayangkan senyuman ibu, adik .. angah dan ayah menanti kepulangan aku .. Dah tentunya aku merindui senyuman senyuman itu .. Mereka kekuatan aku dunia akhirat .. Tugas aku sebagai pelajar dah berakhir .. Aku mahu buat plan lain  pulak .. Maklum lah umur dah meningkat .. Makcik makcik yg begitu caring dah mula pasal jodoh .. Dan aku mula persiapkan diri tuk bekalan masa hadapan .. Tak lupa juga permantapkan lagi iman yang ada .. Dengan adanya Latihan Industri .. Aku akan belajar bagaimana nak lalui alam pekerjaan .. Ya Allah .. HambaMu dah dewasa .. Apelah perasaan ibu ayah , bila anak sulong dorang dah jadi anak dara .. 23 tahun .. Ya Allah , satu umur yang matang dan ranum .. 

Mana abang angkat aku ni , tak sampai sampai .. Hmmmm .. sempat lagi aku buat satu entri tuk blog .. Hujan sepanjang hari seakan mengerti apa yg tersirat dlm hati .. Melayang layang ingatan aku pada ayat seorang kawan, "Kau sedih tinggalkan Sabah ke, tau kau sedih tinggalkan .... ****** " .. Aku hanya tersenyum .. Hati ? Jawablah .. Yang mana satu sedih mahu ditinggalkan .. Sabah , yang pastinya aku akan dtg lagi .. Tp dia?? Hmmmm .. Semoga jumpa lagi .. Itu je ayat yg aku mampu taip dlm msg .. Selebihnya, air mata je keluar .. WeK! Manje sangat .. Jgn manja sangat Alia! Susah nanti suami nak jaga .. Jgn pulak nanti gaduh ngan anak rebutkan suami .. Ngah ngah ngah .. 

Sudah!! Hadapi dgn tenang Alia .. Yang tinggal tetap tinggal .. Yg dtg hadapi dgn senyuman .. Semoga jumpa cinta cinta aku di Sabah suatu masa nanti .. Dlm dimensi yg berbeza .. Apelah yg akan terjadi lepas nih???? Nantikan transformasi dari aku ... Yang penting! Alhamdulillah sgt sgt .. padaMu Ya Rabb .. Kau lah ... kesayanganku .. Sentiasa ada dlm hambaMu ni susah senang .. Ya Rabb .. Antara tiga hajat yang aku pinta dalam sujudku .. Satu telah Kau tunaikan .. Satu lagi dalam perjalanannya .. Dan satu lagi belum lagi kau approve .. Entah bila aku tak tahu.. Seandainya hajat terakhir itu tak mahu Kau tunaikan , aku anggap Kau sedang menyediakan yg lebih baik utk ku .. Satu ja aku pinta , kiranya aku terpaksa lepaskan hajatku yang terakhir itu, Kau damaikan hati aku dgn ketentuan Mu. Sesungguhnya Kau sebaik-baik perancang .. 


Semoga berjaya cinta cinta ku .. Semoga berjaya untuk aku juga .. Untuk awak yang kat sana tu, jaga diri baik-baik .. Suatu saat Allah izinkan sy tuk berjumpa dgn awak, biarlah saya jumpa dgn hati yg redha ... :)

Assalamualaikum ..