Kadang langit tak selalu cerah .. (takziah untuk mangsa banjir di Pantai Timur dan Johor) .. Dan untuk itu, aku masih boleh mengucap syukur bila fikir, ada yg lagi susah dari aku .. Jadi kenapa harus bersedih ..
Sepatutnya , fresh graduated macam aku dah mula busy mencari kerja yg sepatutnya .. Dan sehingga sekarang pun aku masih mencari .. Bukan aku tak mahu kerja partime .. Tapi bila tgk keadaan ayah aku yg semakin membimbangkan, hati terus membeku nak pergi jauh .. Ikutkan hati memang nak sangat merantau lagi .. Mencari sesuap pengalaman .. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yg menimpa aku dan keluarga. Sabar .. Dalam darah muda, diri ni selalu saje memberontak, sampai bila nak terperap dlm rumah??!! Tapi aku tak pernah pun meluahkannya .. Bimbang org tua yg byk berjasa kecil hati .. Masih adakah iman di dada? Masih ada mungkin .. Dulu aku tak pernah rasa seberat ini .. waima dalam menyiapkan final pun aku tak pernah sebegini sedih. Sebab aku tahu aku masih ada parent yg boleh support aku walau bape juta RM sekalipun .. Aku ulang lagi, langit tak selalu cerah, hidup tak selalu menongkah langit .. (betul ke tu?) .. Now, bila terjadi macamni, aku adalah org paling berat nak menanggung, walaupun ada yg lagi berat merasakannya, iaitu ibu. Kali ini betul betul mencabar peranan aku sbg anak sulung yg masih nak bertatih ke dunia pekerjaan, dan kali ni, betul betul sedar kenapa dulu ibu ayah sanggup habiskan seribu lebih untuk aku belajar memandu. Rupanya ayah sakit, aku lah yg berulang alik hantar dia ke hospital, meredah kesibukan bandar, (maklumlaa jarang nak drive ke hospital pakar) .Baru tahu kenapa ibu ayah sanggup berabis duit untuk aku belajar tinggi2 .. Rupanya time ayah sakit, ibu susah hati .. Dia boleh bercerita , "anak saya baru konvo.. " .. mungkin segala penat lelah mereka hilang disitu .. Baru tahu kenapa ayah suruh aku menutup aurat .. belajar agama .. Rupanya dia sakit, dia nak aku sedar .. perhitungan syurga dan neraka tu masih bergantung pada dia (sebab aku belum kahwin) .. Sedang dia tak tahu, aku lah anak yg byk sgt mengecewakan hati dia ..
Its ok Alia. Aku sahut cabaran tuh, supaya aku masih tahu hidup bila dlm kesusahan. Suapaya aku tak leka dibuai arus kesenangan, aku takut aku akan alpa pada yg Esa. Disebalik diri yg penuh gelak tawa, menyakat org .. hati kecil aku kadangnya menangis dek kerana nasib yg menimpa diri. Tapi buat apa menangis tanpa ada penyelesaiann yg tiada kesudahan. Bangkitlah Alia. Aku tahu diri aku boleh harungi semua ni. Sebab aku dilahirkan utk menjadi seorang yg indipendent, seorang kuat menghadapi apa pun .. Rabb, tolong kembalikan senyumtawa aku seperti dulu. Kekuatan aku adalah kekuatan ayah untuk pulih sedia kala.
Sekiranya aku punya suami didunia ni, aku terlalu nak dia faham aku seadanya, jaga aku, menjadi tempat luahan hati, menjadi penyokong dan memberi kekuatan untuk aku terus kuat .. sebab waktu ini aku dah guna seluruh kekuatan aku untuk family aku. Andai suatu saat aku terlalu lelah untuk menghadapi ujian Tuhan, aku mohon sang suami ikhlas memimpin dan mendukung aku untuk terus bangun. Kerana setiap saat ini, aku merasai kehilangan .. kehilangan cinta, kehilangan nikmat mencari rezeki, kehilangan tempat bergantung, kehilangan nikmat gurau senda dgn ayah, kehilangan senyuman ayah, kehilangan punca nak tlg ayah, kehilangan kesihatan ayah. Setiap hari aku belajar untuk menghadapi kehilangan. Dan moga kau yg setia menemani aku di masa akan dtg terus bagi kekuatan untuk aku menghadapi apa jua kehilangan pun.
Semoga apa yg terjadi ada hikmah Mu ya Rabb..
Redhakan aku.