Pages

Wednesday, 13 June 2012

Not now my love...

Ruby : Alia, kalau betul si Nizam sanggup putuskan girlfren dia, dan dia minta couple sama kau, apa keputusan kau?

Aku : (kelu) . Em..?? Tak kan kali. Belum lagi aku kenal lama dgn dia. Lagipun. Tgk lah apa yg terjadi. (kisah lain yg certain jep boleh tau) . Tak mustahil dia pun bule buat begitu. Kan..??

Ruby : Jadi? Kau tidak mahu?

Aku : Buat masa terdekat biarlah kami berkawan.  :)

Ruby : Bermakna kau ni belum lagi ready tuk bercinta.

Benarlah kata si kawan. Aku belum ready tuk bercinta. Takut. Takut tuk menghadapi kekecewaan. Bukan tidak pernah melalui, cuma dah tak sanggup lalui nya tuk kali ke berapa entah aku tak tahu. Sampai bila? Pun aku tak tahu. Biarlah Tuhan yg tentukan. Insya Allah aku akan ikut jalan yang ditentukan oleh Nya. Seandainya, akan ada lagi kekecewaan itu lagi. Biarlah aku betulbetul ready tuk menghadapinya, kerana aku tahu karma itu pasti ada. Tak mustahil jika kita menyakiti org yg menyakiti org yg menyayangi kita, kita juga akan rasa sakit itu. Lagipun, tak pernah pula seumur hidup bersama dengan lelaki yg muda dari aku. Agak janggal rasenya.. Tapi hati..??? Menipukah aku?? Tak perlu lah rasanya buat masa ni. Biarlah. Kita tengok je apa akan terjadi. Yang penting. Aku mesti fokus pada final aku. Aku kena habiskannya dgn baik. Ye. Lakukan yg terbaik tuk final year aku. Sekarang ni pun aku macam tak mampu nak handle cinta dan cita-cita. Jadi  ingat pesan ayah, recall balik matlamat hidup kita. Cita-cita. Ya. Rasanya itu sangat penting. Cinta..?? Biarlah dulu. Duhai cintaku. Datanglah engkau pada waktu aku sedia menerima dirimu seadanya.  Redhakanlah hatiku untuk menerima cintaku sekali lagi.  Dan untuk yg mencintai aku ketika ini, maaf. Aku mungkir bahagia.   

Jangan duluan kau mengurat saya..




Friday, 1 June 2012

Maaf ...


Maafkanku
kerna mengingkari janji yg tepati dahulu pada mu..
Maafkanku 
atas kekurangan ini.. - Maafkanku,Sixth Sense


Dan aku tahu kenapa aku minat Sixth Sense..  kerana lagu yg dimainkan selalu kena dgn kisah hidup aku.. Biarlah.. Sangka orang kasih aku dan dia selamanya. Biar dunia tahu aku kejam membuat keputusan itu. Aku dah tak mampu nak tanggung. Dari terus menyakiti, biarlah dia sakit sekarang, agar, dia tak sakit di kemudian hari. Dia sememangnya layak untuk dapat yg lebih baik dari aku, dan hanya dia sahaja tahu kenapa. Aku buat keputusan itu dgn rasa yang sgt berat untuk ditanggung. Aku tak mampu nak teruskan. . Mungkin aku tak menyesal dgn keputusan ini untuk hari ini, namun, sekiranya ada penyesalan di masa akan datang, itu dosa yang perlu aku hadapi seumur hidup. Kerana keputusan itu aku yang lakukan, aku yang buat! Aku, Aku yang bernama Alia. Aku adalah orang menyakiti org yg mencintai aku. Semuanya kerana hati yang tak berapa teguh untuk menyintai. Kerana hati terlalu muda untuk memilih yg tetap. Hati yang selalu mencari kesempurnaan. Hati berperasan tamak. Biarlah masa ini aku sendiri. Aku tak berminat nak mencari cinta. Dan rasanya macam tak layak untuk dicintai. Kerana dari dulu, hidup aku tak penah ada kebahagiaan cinta yg tetap. Orang yg tahu mungkin cakap puncanya aku menyukai org lain, aku terlalu jauh dari dia, aku terlalu serabut dgn assignment, semuanya tidak! Aku buat keputusan ini kerana aku dah tak mampu nak berkasih. Aku pnt. Kalau boleh, aku mahu tercipta untuk jadi org yg tiada perasaan cinta. Ahh. Tuhan pun malas mahu mendengar rintihan hidup aku. Hidup yg sepatutnya senang , aku yg jadikannya rumit. Aku mohon kemaafan dari dia.. "Awak, maafkan saya, sekiranya kemaafan itu boleh diganti dgn penderitaan awak, bagilah penderitaan itu pada saya, biar sy lalui penderitaan itu,maafkan saya.. " Maafkan aku. Biarlah aku begini. Aku kejam!